About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

25 November 2012

Kaunter Aduan

Bismillahirrahmanirrahim...


Jalan yang kau pilih, tak semestinya sama dengan jalan yang aku pilih... Destinasi kita berbeza di dunia... Di Akhirat siapa tahu? Tunjukkan aku ke jalan yang lurus...


Aku ni bukan jenis yang kuat mengadu... Nak cerita kat orang everything... Dari kecik aku tak dididik untuk mengadu. Masa aku muda-muda dulu (Ececeh!) manelah aku pandai nak mengadu domba kat Mak... Pasal kalau aku mengadu nanti, aku kena marah balik... Hohoho... Seriously, aku bukan anak bongsu yang dimanjakan... Sebab tu lah agaknya hati aku keras sikit... Hohoho lagi... (Raya Krismas nak dekat kan?)

Pendek kata banyak yang dipendam la... Jarang sekali nak mengadu kat member atau family sekalipun... Aku malas sebenarnya... Malas untuk mintak attention... Tapi kalau ada tu maybe benda yang aku tak boleh pendam, lebih baik luahkan saje... Luahkan hanya untuk meringankan beban yang ada di hati... Tapi luahan aku hanya kepada insan-insan yang terpilih sahaja... Ewah, kelas kau Mash! Tak pun, kalau aku mengadu pun mungkin kat orang yang aku sayang... Sebab nak mintak attention la kan... Huahuahua... Itu je la kekdahnye...

Mungkin atas sebab itu, aku lebih suka meluahkan apa yang aku rasa melalui lukisan dan penulisan... Yep... Aku pernah ada diary... Aku jugak ada menulis blog ( Hok ni yang boleh diceritakan jelah...)... Kalau nak lebih private, dalam Microsoft Word... Tapi siap letak password... Supaya orang tak boleh baca... Kalau aku lupe password? Hancurrr!! Hahaha...

Jadi, blog ini juga salah satu medium untuk meluahkan perasaan. Mungkin banyak perkara aku tulis kat sini. Kalau ada yang tak boleh terima, tak payahlah susah-susah klik link blog ni. Kalau ada yang suka, aku lebih bahagia... Heeee...

Aku tak boleh bayangkan, kalau hari-hari aku dok mengadu kat member aku... Mesti member aku tensi sebab asyik nak dengar aku punye cerita... Agak-agak diorang mesti boleh bukak kaunter aduan... Hihihi... Jadi, untuk tidak ingin menyusahkan orang lain aku pilih untuk tidak banyak bercerita... Sebab member aku ada life jugak... Diorang pun ada masalah jugak... Nanti bertambah pulak masalah diorang... Setiap orang ada masalah... Kalau masalah tu kecik, aku rasa tak perlu untuk aku layankan atau panjang-panjangkan... 

Fikirkan Allah itu lebih Besar berbanding masalah kita... Allah S.W.T. akan sentiasa mendengar keluh kesah kita... So, kembalilah pada Dia... Insha Allah kita akan lebih bahagia...


*Rindu kat Kak Lila... :')

(Selepas aku tulis ni... Tetiba dapat SMS dari Kak Lila... Ya Allah, dia boleh baca apa yang ada dalam hati aku ke??)



video
*kenangan awal tahun 2012


"Kenapa ni Mash?" Tanya Hakim, adik Kak Lila yang 2 tahun lebih tua daripada aku.
"Takde ape-ape..."
"Betul ni? Nampak sedih je... Kalau ade problem bagi tau la..."
"Betul... Takde ape..."
"Kau tau tak, Kak Lila kata ape dengan aku?" 
Kak Lila? Aku diam... Tunggu butir-butir kata daripada Hakim.
"Dia pesan kat aku, suruh tengok-tengokkan kau... Dia cakap... Mash tu selalu sorang-sorang, selalu sedih... Tolong dia, tengok-tengokkan dia..."

Aku tersentuh... Kak Lila masih ingat kat aku walaupun kami jauh... Aku happy dan terharu mendengar kata-kata Hakim... Walaupun Kak Lila jauh, dia masih fikirkan pasal aku... Aku tak nak dia susah hati disebabkan aku...

Aku takkan lupa peristiwa ini... Peristiwa masa aku masih tingkatan 3...





nota kaki : Kaunter aduan aku time form 1 adalah Kak Lila... :')... Tapi sekarang aku pilih untuk tidak bersedih... Sebab aku tak nak orang yang aku sayang susah hati disebabkan aku... 

24 November 2012

Bersin kerana habuk

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum... It's been awhile since my last post... Rasa macam dah lama tak menulis sesuatu... Busy... Itu je la alasannya... Sekarang ni tengah countdown untuk Degree Show yang bakal menjelma... Kalau takde aral melintang, insha Allah pada 26 Disember 2012 akan berlangsungnya first assessment... Tak lama dah tu... Oh tidaakkkk...!!

Sekarang ni perasaan bercampur-baur... Nampak je macam takde ape-ape, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu... Huhuhu... Apa yang aku boleh buat sekarang ialah pujuk diri untuk banyakkan bersabar... Walaupun banyak cabaran yang melanda, hadapi dengan tenang. Kalau hidup takde cabaran, bukan kehidupn namanya... Ye dok?

Adapun, aku ingin panjatkan rasa syukur kepada mu Ya Allah... Kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dengan selesa, sihat tubuh badan dan diberi rezeki yang mencukupi... Sedangkan ada yang lebih malang nasibnya berbanding aku... Lihatlah apa yang berlaku di Gaza... Semoga Allah melindungi mereka disana... Aamiinn...

Entri kali ni tak nak cerita banyak... Sekadar nak bersihkan habuk-habuk yang bertimbun diatas kertas nota ni...

Haaaa-chummmm!!

Ada siapa nak hulurkan bantuan?



14 October 2012

The Fruits

Assalamualaikum...

Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang paling aku sayang? DING-DONG! Jawapannya anak buah aku... Hehehe... Tetiba teringat kat anak-anak buah kesayangan... Miss them so much, mucho mucho... Tengok gelagat diorang memang seronok... Melayan diorang pun lagi seronok... Tapi kekadang tu penat jugaklah nak melayan lebih-lebih... Hahah... Sebab ada ketikanya diorang ni banyak cengkadak jugak... (Macam Achu dia!) Lepas tu, nakal pulak tu... (Macam Achu dia gak!) Bila layan diorang, kekadang rasa hilang sekejap masalah... Happy yang teramat... ^^

Aiman, Aisya, Fahim, Alia, Qistina, Adib Ashraff & Alwani... Penenang jiwa... Son & Daughter of fruits... (Anak buah laaa...)


Aiman... like a boss..!!


Aisya... Kak Long Kajang...


Alia... Princess Barbie die hard fan...


Qistina Balqis... Muka yang memang nak mintak Q(K)iss...


Fahim encem... Yutaka Takenouchi Junior... Pasal ayah dia bajet YT... Hahah (Ok, boleh google sekarang kalau tak kenal...


Adib Ashraff... mintak-mintak dah besar nanti pandai masak macam chef wan.


Alwani... Bakal jadi pembaca berita di Astro Awani


Sepupu kamceng... Nakal tak abis-abis...


Budak zaman sekarang layan iPad... Untungleeerr...


Teringat hadis Rasullullah, drpd Ibnu Abbas ra,

" Bukanlah dari golongan ku barangsiapa yg tidak mengasihi kanak kanak dari kalangan kami dan memuliakan orang tua dari kalangan kami dan memerintah berbuat kebaikan dan mencegah daripada berbuat kemungkaran.." [At Tirmidzi]


"Achu sayang kalian..." <3


Nota Kaki : Tahun depan bakal dapat anak buah lagi sorang... InsyaAllah... Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...

10 October 2012

Aku memang best




Bila dah nak dekat Final ni memang mood tak berapa nak best sikit... Tensen dengan projek akhir yang menimbun. Tambah-tambah pulak kena menghadap lecturer. Kalau menghadap saje takpe lagi... Tapi kalau dah nak kena puaskan hati diorang susah jugak... Macam-macam yang dimintak, ada je yang tak kena...

Kengkadang tu ada jugak rasanya hilang hala tuju... Bukan hala tuju hidup kat dunia ni. Tapi hala tuju untuk projek akhir ni... Tak pasti dengan apa yang patut dilakukan dan tak yakin dengan kebolehan diri. Mampu ke aku selesaikan semua tugasan sebelum 'hari keramat' tu tiba?

Tapi, sejak bulan lalu perkataan "Buat apa yang kita minat" asyik bermain kat fikiran. Kalau ikut kata hati aku ni, sumpah aku memang nak buat sesuatu yang aku minat. Sebab aku rasa ralat sangat masa diploma dulu aku tak buat something yang aku minat. Sebab rasa takda apa sangat untuk dibanggakan, atau dalam erti kata lain rasa tak puas! (Manusia memang tak pernah nak puas!)

Akhirnya aku cuba jugak untuk buat sesuatu yang aku minat tadi... Aku rasa bersemangat. Excited nak buat... Pada mulanya, memang excited... Pastu tak sangka pulak benda yang aku buat tu jadi tak elok... Apa yang aku tengah buat ni sebenarnya?? Kenapa jadi buruk? Kenapa skill aku jadi tumpul? Aku tengah kesuntukan masa ni! Time camnilah aku dah start putus asa... Terus jadi blank... Habislah Final aku! Aku biarkan semua peralatan bersepah dalam bilik... Fed up! Aku STOP! Sudahlah tengah demam, selesema dan batuk... Ok, aku cuba bagi alasan... (Lemah kan aku?)

Keesokkan harinya, bila aku bangun dari tidur... Aku tengok peralatan yang bersepah... So, camne? Apa cerita ni? Takkan nak biarkan gitu je kan? Selesai je breakfast aku start sambung projek yang terbengkalai... Tarik nafas dalam-dalam... Dalam hati aku terbit pula perkataan "Aku memang best!" yang di'repeat' berulang-ulang kali... Untuk membenarkan diri aku menjadi positif...

"Aku memang best! Aku memang best! Aku memang best!
*nampak macam poyo... tapi peduli hapa aku! Hehe...


Selesai je projek, aku renung hasilnya... Kali ni aku senyum... "Ye, aku memang best!" Hahaha... *gelak riak lagi takbur*... Akhirnya aku puas hati... Alhamdulillah... Tak sia-sia aku pilih untuk bersabar dan tak putus asa... *wink*




Nota Kaki : Lecturer aku dah tengok, dan pertama kali aku rasa mereka betul-betul suka dengan apa yang aku buat. Walaupun mereka melihat perjalanan aku nampak 'senang', tapi hakikatnya tiada siapa faham apa yang aku lalui. Melawan sifat negatif dalam diri lebih susah daripada melawan musuh. Wallahualam...



30 September 2012

My Bro, My Bestfriend...

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal seorang mamat ni... Nama dia Abdullah Razin. Hari ni birthday beliau yang ke... tuuuuttt.... Ni kes nak rahsiakan umur beliau atau lupe umur dia yang terkini? Hehe... Oh, ya... Abdullah Badawi Razin ni merupakan abang aku... Kalau nak ikutkan dalam bilangan adik-beradik, beliau ialah anak yang ke-5 daripada 8 beradik... Aku lebih selesa menggelarkan beliau dengan panggilan "Abang Razin".

Tadi, dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, tetibe dapat idea nak tulis pasal beliau ni... Kira the chosen one la konon... Huhuhu... Lama jugaklah aku termenung dalam kereta memikirkan pasal abang aku ni. (Kesian ayah sebab takde orang nak ajak berbual dalam kereta!) Sebab dalam banyak-banyak adik-beradik aku ni, dialah yang aku rasa paling rapat... Sejak dah besar ni la aku rasa banyak waktu aku luangkan dengan abang Razin berbanding adik-beradik yang lain.

Antara isi kandungan 'ketermenungan' aku tadi ialah kitorang berdua banyak berkongsi minat yang sama... Adakah faktor tarikh lahir? Sebab kitorang berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu bulan September... Contohnya macam, kitorang lebih banyak menghabiskan masa dirumah dan jarang keluar (Pastu memerap dalam bilik! Hahaha!)... Pastu, kalau kitorang masuk pertandingan menyanyi mesti dapat hadiah tempat kedua... Hihihi... Abang Razin pernah masuk pertandingan Karaoke, aku pulak pernah masuk pertandingan nyanyi mase kat sekolah menengah... Masing-masing hanya berpuas hati dengan tempat kedua... Haha... Badi ape ni?

Kitorang selalu jugak keluar tengok wayang berdua, shopping berdua...  Dengan dia jelah selalu berdua, selain dengan Mak dan Ayah... Dulu, aku sanggup balik PJ sebab nak tengok wayang dengan dia... Kitorang suka cerita penyiasatan macam 'Sherlock Holmes'... Tapi semenjak sambung belajar degree ni dah takde masa nak keluar tengok wayang bersama... Setakat shopping tu adelah jugak... 

Selain itu, kitorang berkongsi minat mendaki gunung... Aku pernah ajak dia mendaki Gunung Tahan pada tahun 2007... Mase tu aku ikut cikgu sekolah menengah... Aku saje je ajak Abang Razin, sebab aku tahu dia pun minat mendaki... Sebelum mendaki Gunung Tahan, kitorang ada training dekat Gunung Nuang... Aku ajak jugak Abang Razin untuk membiasakan diri dengan daki-mendaki... Almaklumlah, orang kata Gunung Tahan ni antara gunung yang paling susah untuk didaki kat Malaysia...

Masa ni tengah mendaki Gunung Tahan...


Apa yang aku suka pasal Abang Razin ni, dia tak merokok... Adik-beradik aku yang hok laki tu semua merokok... Ini juga antara faktor yang menguatkan lagi teori kenapa aku lebih rapat dengan dia berbanding adik-beradik yang lain... Abang Razin ikut jejak Ayah yang tak merokok barangkali... Hihihi... Best bila lepak dengan orang yang tak merokok, sebab kita saling menghormati dan menjaga kesihatan masing-masing... Tak gitu?

Kengkadang tu kesian jugak dengan Abang Razin, sebab selalu menjadi 'mangsa' untuk dipergunakan aku meminta pertolongan... Kalau nak pergi mana-mana mesti mintak dia tolong hantarkan... Kemana saja dia ikut aku... Tapi kengkadang selalu jugak dia ajak aku teman dia pergi kemana-mana... Biasala tu, dalam perhubungan mesti ade 'give and take' bak kata omputih! Nak-nak pulak dia belum kahwin lagi, jadi inilah masanya untuk kitorang mempergunakan diri masing-masing... Hohoho...



Lagi satu yang bestnya pasal Abang Razin ni, aku dapat share masalah atau cerita peribadi kat dia... Sebab dia pun akan cerita pasal dia kat aku... Sebab kengkadang, lelaki lebih memahami perasaan 'gegirl' kan? ( Iyolah tu, Haktuih! ) Pastu, dia selalu jadi tempat untuk aku menyakat dan 'membahan'! Seronok gila... Seronok kalau kena pukul dengan dia akibat geram yang teramat! Hahaha... Bergaduh pun selalu jugak... Normal! 



So, sempena hari ulang tahun kelahiran Abang Razin ni, Mash nak wish... "Happy Birthday bro... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, semoga dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. dan cepat dapat jodoh... Pleaselah kawen cepat, jenuh nak tunggu giliran ni...!! Tak sampai hati nak langkah bendul... Hahaha... Just kidding! "


Nota Kaki : Kaki Abang Razin lebih besar daripada kaki aku #Fakta

18 September 2012

Dulu dan Kini

Assalamualaikum...

Mak pernah cakap, masa aku kecik-kecik dulu aku ni pendiam orangnya... Kurang bercakap, kurang menangis... Bak kata orang tak 'cengeng' la... Mak aku yang cakap la kan... Menangis tu ada... Biasalah, kalau dah kena marah, nangis je la kan... Seingat aku time kecik-kecik dulu aku tak reti nak mengadu... Pasal kalau aku mengadu, nanti aku yang 'kena' balik... Sebab tu masa tadika dulu, ada orang buli aku pun aku tak kabor dengan Mak... Kalau cerita pun, mesti takde respon yang diinginkan... Wahaha... Sabar je la yang aku boleh buat... Nasib baik ada Cikgu Nashibah ( Cikgu Tadika ) yang tolong lapkan air mata dan air hingus yang meleleh... Dari situlah aku diajar bersabar, dan biar je apa orang lain nak buat... Yang pasti, aku percaya Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... Dia sahaja yang layak mengadili... Bukan kita manusia yang serba kekurangan ni...


Ok, tengok tarikh... *wink* 22 tahun yang lalu...


Tak lekang buku tu kat tangan... Aku rasa seperti di'setup'kan... Hohoho..


Confirm... di'setup'kan! Hahaha... "Layankan je la..." Kate aku dalam hati.


Ok, macam takde beza pun dengan sekarang...



Itu cerita time kecik-kecik dulu... 23 Tahun kemudian... Beza betul dengan diri aku yang sekarang ni... Hohoho... Apa kes sekarang dah pandai mengada-ngada? Cengeng? Degil? Ketegaq? Pemalu? Nakal? Banyak mulut? Hihihi... Perubahan tu semua dari diri sendiri jugak... Kita ada pilihan kan?

23 Tahun tu sepatutnya dah cukup matang kan? Pilih la jalan hidup yang lebih baik... Sampai bila nak kekal begini? *terpanah dihati*


Deanna Yusoff ke tu?? Cover magazine tu la...




Nota Kaki : Terima Kasih Ya Allah, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku bernafas di dunia Mu ini... Semoga 23 tahun ini tidak sia-sia dan berharap agar Engkau mengampuni dosa-dosa yang ku lakukan selama ku hidup didunia ini... Amin...

16 September 2012

Bila Mash Tensen...

Assalamualaikum...

Hari ni sebabkan tensen menatap assignment yang tak abis-abis tu... Nak release tensen sikit... Jom main 'Cari Nama Tersembunyi'....


Ini kes tak reti eja Mashed Potato la ni... Susah-susah sangat tulis je 'kentang lenyek'... Hihihi... 
(Lokasi : Teluk Cempedak)


Cari nama tersembunyi.... 


Jemputlah... hihhihi!




Nota Kaki : Mash dimana-mana.... :)

14 September 2012

Kenali Diri

Assalamualaikum...

"Siapakah orang yang paling awak percaya?"


Soalan ini pernah diajukan oleh cikgu kaunseling aku 10 tahun lalu... Ketika itu aku sedang menyertai 'Kem Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )'. Seingat aku masa tu aku baru Form 2... Aku tak jawab terus pertanyaan Cikgu Azahari sebab aku sedang berfikir. Siapa orang yang aku paling percaya? Memang aku ada kawan yang rapat, yang selalu mendengar cerita aku. Tapi, adakah dia orang yang aku paling percaya? Macamana orang yang berada dalam family aku? Adakah sebab aku selalu bermain dengan abang-abang aku menyebabkan mereka juga ialah orang yang aku paling percaya?

Soalan tersebut turut diajukan kepada setiap ahli PRS yang menyertai kem itu. Seorang demi seorang cikgu tanya. Ada diantara mereka menjawab Mak, Ayah, Kawan, Kakak, Adik dan macam-macam lagi... Selepas mereka menjawab soalan itu, Cikgu Azahari akan menemukan mereka dengan orang yang mereka percayakan tadi. Kemudian mereka kembali semula ketempat duduk. Pertanyaan tersebut juga diajukan kepada aku...

"Hmm... Diri sendiri..." Jawab aku. Sebenarnya aku tengah fikir apa yang cikgu cuba nak sampaikan.

"Err... Soalannya, siapa yang awak percaya?" Tanya Cikgu Azahari lagi.

"Hmmm... Abang saya kot..." Jawab aku selamba. Ini je jawapan yang aku dapat kasi. Itupun jawapan yang tak pasti...

"Sebenarnya saya dah tau dah siapa yang awak percaya, awak rapat dengan abang awak... Saya ada jumpa dia haritu..."

"Eh, yeke? Abang saya yang mane satu ni Cikgu? Saya ada 5 orang abang..." Banyak pulak pertanyaan aku.

"Adelah... Dia tengah tunggu awak kat sebelah..." Kata-kata Cikgu Azahari membuatkan aku berkerut dahi... "Pergilah jumpa dia..." Sambung Cikgu Azahari, menyuruh aku ke kelas sebelah untuk bertemu dengan Abang aku... Siapa agaknya? Helmi? Amin? Razin? Sanusi? atau Yusree?

Aku pun melangkah keluar dari kelas 5 Bakti dan terus menuju ke kelas 5 Azam yang terletak tak jauh dari situ. Masuk je kelas 5 Azam, kelihatan Cikgu Azizah yang merupakah Guru Praktikal dalam bahagian Kaunseling sedang menanti dengan senyuman.

"Mane abang saya?" Tanya aku kehairanan.

"Kat dalam kotak ni..." Kata Cikgu Azizah sambil memegang sebuah kotak. Macam kotak kasut. Aku fikir mungkin cikgu ada letak gambar abang aku dalam kotak tu... Mungkinlah... "Cuba bukak kotak ni..." Sambung Cikgu Azizah.

Aku pun membuka kotak tadi. Aku terkejut, kemudian tersenyum... Hehehe... Adoiyai! Kemudian, aku kembali ke kelas 5 Azam.

"So, macamane? Dah jumpe?" Tanya Cikgu Azahari sambil angkat kening dan menunjukkan barisan giginya.
"Dah... Hihihi... " Aku ketawa kecil.
"Ade ape kat sebelah, Kak Mash?" Seorang daripada ahli PRS membisikkan pertanyaan kepada aku.
"Tengoklah sendiri... Hehehe..."
"Ok,"

Selesai sahaja semua ahli ditemukan dengan orang yang diorang percayai didunia ini. Kitorang pun duduk di dalam satu bulatan. Masing-masing tengah tersenyum sendiri dan menunjukkan wajah yang ceria... Mungkin macam-macam perkara yang bermain difikaran diorang agaknya.


Kenangan bersama ahli Pembimbing Perosak Rakan Sebaya ( PRS )


Rasa-rasanya dapat teka tak apa yang aku nampak dalam kotak tadi tu? Bila aku bukak kotak tu dan melihat apa yang ada kat dalam, aku agak terkejut dan sedikit sebanyak aku sedar sesuatu. Aku rasa aku dapat tangkap apa yang cikgu cuba sampaikan.

"Apa yang awak nampak kat dalam kotak tu?" Tanya Cikgu Azahari kepada kami.
"CERMIN...!!" Jawab kitorang serentak.
"Rasa-rasanya tahu tak siapa orang yang awak percaya?" Tanya Cikgu lagi.

Setiap hari pasti kita akan melihat cermin. Paling tidak pun sekali sehari. Tipulah kalau takde orang yang tak tengok cermin walaupun sekali dalam sehari. Nak-nak lagi orang perempuan. Mesti wajib tengok cermin punya. What you see is what you get (WYSIWYG). Itulah yang kita nampak bila melihat diri kita dalam cermin. Kalau ade jerawat, memang tak boleh nak edit. Kalau dalam gambar, boleh jugak kita edit muka kita yang penuh dengan cela tu.. Hehehe...


اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.


Tapi, apa aku faham dalam kem ni dan apa yang Cikgu Azahari nak bagitahu ialah; orang yang kita paling percaya di dalam dunia ni ialah DIRI SENDIRI. Apa yang kita lihat dalam cermin tu ialah diri kita sendiri. Bukan orang lain. Sebab yang betul-betul kenal diri kita ialah kita sendiri jugak...

Kita tahu apa yang kita nak... Kita punca segala masalah, kita jugak yang perlu menyelesaikan masalah sendiri, bukan orang lain. Kita yang merancang masa depan. Kita yang menetapkan matlamat. Kita juga yang ingin kejayaan. Bukan sesiapa. Orang yang berada disekeliling kita hanyalah pembantu dan hikmah dalam sesuatu perkara.

Jika ada yang kata dia tahu apa yang kita fikirkan, atau dia kenal siapa diri kita dan memberikan apa-apa tanggapan pada diri kita, dia salah. Sebab dia tak tahu apa-apa, selain diri dia sendiri... Jadi, dia tidak layak membuat andaian atau tanggapan terhadap kita...

Tapi, beringatlah. Siapa yang menciptakan kita, Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengenal... Disaat kita buntu dengan diri sendiri, carilah DIA... Kerana dia Maha Mengetahui lebih dari segalanya...


Nota Kaki : Aku terfikir untuk berkongsi kisah ni bila aku lihat diri dalam cermin.

08 September 2012

Dejavu di Broga Hill

Assalamualaikum...


"Bukan senang nak memujuk diri untuk bertahan, kekadang tu ada la 'syaitan-syaitan' yang cuba melemahkan iman dan semangat aku dalam hidup ni"

Pada entri yang lepas aku pernah rancang nak coretkan pengalaman aku mendaki Bukit Broga atau lebih bajet omputihnye dengan nama 'Broga Hill'. Alhamdulillah, setelah lama ku pendam sebuah duka perasaan ini, akhirnya aku berpeluang merasai sendiri pengalaman berada di puncak Broga... Ok, berangan macam dah sampai Gunung Everest pulak... Hihihi... Sebenarnya semata-mata nak lepas gian sebab dah lama tak berkecimpung dalam arena mendaki gunung... Bilalah agaknya peluang tu datang lagi eh? Kena contact Cikgu Zul selalu nih! Hahah...

Watak-watak dalam 'drama' 'Dejavu di Broga Hill' ini ialah Mash, Chot, Shuk, Sharul dan Yana... Tapi kalau refer pada plot & sinopsis, dipertengahan cerita, Yana gagal tiba dipuncak Broga atas sebab-sebab tertentu... Maka, yang berjaya meneruskan perjalanan tinggallah kami berempat... It's ok Yana, pengalaman pertama yang sangat baik! Keep it up! Heee...


Sharul, Yana, Mash, Chot & Shuk


Babak pertama... Ikut sini...


The survivors... Hehehe...

Semut banyak... Berwarna-warni...

Oranglah... Bukan semut!

Cari helikopter kot-kot boleh tumpang balik nanti...

Puncak Pertama...

MRM was here! Hehe...


Akhirnya... Puncak yang sebenar-benarnya!

Turun pulokkk! Terasa diriku tinggi daripada model catwalk... Heheh...

Urusan Aizat Amdan 


Ni nak habaq mai... Mase nak turun ke kaki bukit tu, tetiba terserempak dengan Aizat! Woot... woot... Sempat jugak la paksa beliau nyanyi barang 2,3 lagu sampai habis... Hahaha... Kejam tak? Hehe... Tipu je... Mane boleh free-free nak dengar suara dia secara 'live'... Koman-koman pun mesti kena bayar beribu-riban ye dak? Malangnya, dalam dompet aku takde pulak duit berkepuk-kepuk... Habuk ada le... Hehe... Aku syak beliau tengah shooting untuk rancangan beliau kat Astro tu... 


Nampak tak wajah ku yang happy tak terkata tu? Gile tak happy? Hehehe...


Mesti ada yang terfikir, best sangat ke mendaki bukit/gunung ni? Buat penat badan je... Tido kat rumah lagi best... Bagi aku la, minat aku ni demi nak mencabar diri aku sendiri. Nak tengok sejauh mana ketahanan fizikal dan mental aku... Bukan senang nak memujuk diri untuk bertahan, kekadang tu ada la 'syaitan-syaitan' yang cuba melemahkan iman dan semangat aku dalam hidup ni. Selain itu, aku nak rasa sendiri perasaan bila dah ada kat atas... Seronok ke? Best tak? Kadang-kadang, bila dah ada kat atas terasa diri dah bagus... Rasa dah power sangatla kan? Tapi ingat, siapa yang memberi kita peluang untuk menikmati pemandangan kat atas tu? Bila fikirkan balik, diri ni rasa kecik je di samping-Nya... Macam semut... Macam anak semut la senang cerita... Bila berjaya sampai kat puncak Broga, aku rasa bersyukur dan kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. Samalah macam bila berada kat puncak Brinchang, Nuang, Bunga Buah, Ledang & Tahan...

Thanks to Chot, Shuk, Sharul dan Yana... Kalau diorang takde, tak dapat jugak aku jejak Broga ni. Almaklumlah, sejak study ni dah jarang jumpa 'geng-geng' mendaki ni... hik! ^^



Nota Kaki : Siapa nak pergi mendaki gunung mana-mana tu please ajak aku! Hehehe...

02 September 2012

Tujuan Hidup




Ada pernah satu ketika, aku seakan-akan dah hilang kudrat... Sedih dan peritnya macam nak gugur jantung. Pada ketika itu, terasa badan aku ni bukan milik aku lagi. Kaki tak terasa jejak pada lantai dan lemah lesu... Aku terfikir, macamana aku nak teruskan hidup ni?

Tapi itu dulu... Sebelum aku tersedar daripada 'mimpi'... Bila ingat balik terasa kesal... Kecewa dengan sikap aku yang dulu tu... Mana entah perginya Iman aku... Mana hilangnya kewarasan? Pathetic! Tau tak pathetic?

Alhamdulillah... Sekarang, everything is back to normal... Bila kita dapat berfikir secara waras dan kembali kepadaNya, terasa manis bak gula! :)


Nota Kaki : It's okay if you falling down, you can always stand up again! :)

#CERKON : Ayat Dalam Nota

Assalamualaikum...

Pagi ni seperti biasa selepas Subuh, aku dah start menatap Mr McB untuk buat assignment. Ini bermakna semester baru dah bermula! Semester terakhir aku... InsyaAllah... Final Year Project beb! Dah dapat hidu 'bau-bau tensen'... Huhuhu... Normal dah tu! Aku dah pernah lalui perkara ni masa Diploma dulu tu... Cuma yang bezanya, expectation tinggi melangit dari masa Diploma... Dah boleh bayang dah tahap tensen dia macamane kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Aku hanya bersandarkan pada usaha dan doa je sekarang ni... Tawakal... InsyaAllah...

Aku terfikir nak tampal nota-nota kat dinding. Macam yang pernah aku buat semester lepas... Demi Lovato akan kembali dan membantu aku lagi... InsyaAllah! I hope I can count on you my friend! Hehehe... Ada kemungkinan Demi Lovato nak bawak member! Wah, lagi best... Ramai la yang boleh tolong dan teman aku buat kerja ye dak? Barulah rasa semangat sikit! Kalau tak, lemau je sebelum raya itu hari...

Bila fikir pasal 'nota' ni, aku teringat satu peristiwa time aku praktikal semester lepas... Yakni kenangan yang aku takkan lupakan... Antara peristiwa yang indah yang ada dalam list 'Kenangan di MRM'... 

Beberapa bulan yang lalu di MRM...

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku seronok pulak lepak kat Studio... Setiap pagi bila sampai office, aku akan ke Studio yang terletak di ceruk belakang... Chot, Kay & Sham selalu gak join sekali... Supervisor kami dah paham sangat dah 'port favourite' kitorang... Apa-apa hal kalau nak bagi job, beliau akan cari kami di Studio.

Aku selak helaian 'Sketchbook MRM' yang Supervisor aku kasi... Helaian terhenti pada bahagian lukisan yang aku lukis minggu lepas... Gambar kartun berjantina lelaki... Terdetik pulak nak bagi pasangan kat lukisan ni... Terus tangan aku mencapai pensel dan mula melukis helaian sebelahnya... Kartun bertudung berjaya dihasilkan, kemudian aku buat inking... Lukisan simple je pun! Hehehe... Nampak sangat tengah boring pepagi ni...

Tetiba aku teringat sesuatu! Semalam aku terlupa nak bayar Nasi Ayam yang aku kirim pada Kak Na... Tak boleh jadi ni... Kena bayar balik harga Nasi Ayam semalam... Kak Na memang baik, sebelum ni dia   pernah dahulukan duit dia untuk bayar teksi masa aku pergi kerja dengan dia tempohari. Aku nak kongsi  bayar dengan dia, tapi di tak bagi. Tak pasal-pasal aku letak duit kat meja dia dengan harapan dia ambik duit tu. Bersama-sama duit teksi tu aku letak nota kecik "Ini duit teksi semalam"... Aku letak semua tu time dia takde kat meja dia... Kalau dia ada, mesti dia tak nak terima duit aku tu!

Jadi, kali ni aku terfikir nak bagi lukisan yang aku lukis ni bersama-sama nota dan duit harga Nasi Ayam semalam... Setelah siap melukis, aku tulis nota yang berbunyi : 

"Assalamualaikum... Kak Na, ini duit Nasi Ayam yang Mash dan Kay order semalam... Thank you!" - 5/6/2012 8.17 a.m.

Aku kerling jam... Baru pukul 8.18 pagi, confirm Kak Na tak sampai office lagi! Dengan pantasnya aku ke tempat Kak Na dan letak nota dan duit tu kat atas meja dia... Alhamdulillah, dia tak sampai lagi... 

Aku dapat SMS daripada Kak Na... Memandangkan Meja dia dan Studio berjarak jauh... Dia tanya pasal duit tu... Aku tetap suruh dia amik... Lagipun duit tu sekali dengan duit Kay... Akhirnya Kak Na terima... Alhamdulillah..

Lepas lunch...

Aku ke tempat asal ku berhampiran dengan Library... Kadang-kadang ikut suka hati aku je nak duduk mana... Hahaha... Kak Na datang ke tempat aku...

Kak Na : Mash... Bestnye dapat gambar kartun... Cantik Mash lukis... Siap ada nota lagi! hehe..
Mash : Thank you... Khas untuk Kak Na... :)
Kak Na : Nanti buat la lagi... Hihihihi...
Mash : Hari-hari Mash boleh buat untuk Kak Na...
Kak Na : Yeke? Bestnye...
Mash : Kak Na jangan cabar, setiap hari Mash bagi nota kat Kak Na... Start esok!
Kak Na : Ni yang tak sabar nak datang pagi esok ni! Hahaha...

Janji harus ditepati! Mulai hari itu, setiap pagi aku akan tukar ayat-ayat dalam nota pada lukisan tu... Aku akan pastikan setiap pagi sebelum Kak Na datang kerja aku dah siap tampal nota kat CPU komputer beliau... Oleh kerana aku plan nak tukar ayat-ayat dalam nota tu, aku tulis pakai pensel. Esoknya aku padam ayat semalam dan tukar kepada yang baru. 

Pada hari keesokkan...

Kak Na : Hari ni bertukar lagi ayat!
Mash : Mashi yang tulis tu, bukan Mash... Heheh
Kak Na : Mashi?
Mash : Nama dia Mashi! Hehehe...
Kak Na : 0o0o0... Mashi la yang tulis tu? Hahah...
Mash : A'ah... :)

Dan begitulah tugas aku pagi-pagi sebelum melakukan tugasan yang seharusnya aku buat time praktikal... Hahaha... 

Kak Na : Thank you Mashi...
Mash : Hehe... 
Kak Na : Sekarang ni, hari-hari Kak Na tak sabar nak gi opis, nak tengok ayat apa pulak yang Mashi tulis...
Mash : Yeke Kak Na?
Kak Na : Jay pun sibuk jugak nak jugak baca nota tu... 
Mash : En. Jay pun tengok? Alamak, malu pulak...
Kak Na : En. Que pun tanye, ape pulak yang Mash tulis?
Mash : Ah, sudah... En. Que pun baca... Malu la...

Memang, En. Que pernah cakap dia ada baca nota yang aku tulis tu, pasal Kak Na lekatkan nota pada CPU... Adoiyai... Segan plak... Takpelah... Janji mesti ditepati! Setiap hari ayat-ayat dalam nota tu akan bertukar, kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kak Na bercuti.

Selain daripada menunaikan janji, nota tu ikhlas untuk Kak Na, sebab dia layan aku dengan baik dan sweet sangat... Lagipun dia selalu buat aku happy dengan lawak jenaka dia dan cara dia yang menyenangkan hati aku... Kiranya aku dan dia cepat rapat sebab kitorang sama-sama gila-gila dan suka berlawak... Lagipun, Kak Na faham lawak yang aku cuba sampaikan... Yang bestnya dia boleh layan jugak dengan lawak aku tu... Dia buat aku teringat dekat roommate aku time diploma dulu, Lyaa dan Amy! Rindu nak bergurau macam ni... Bukan setakat gurauan je, kadang-kadang tu kitorang jugak share masalah yang menimpa masing-masing... Kawan susah-senang macam ni kita harus treasure and keep... Zaman sekarang ni susah nak jumpa manusia yang jujur dan ikhlas...

Diatas sebab sifat Kak Na itulah yang membuatkan aku rela hati dan ikhlas nak bagi dia happy, macam yang dia selalu buatkan aku happy. Bukankah membuatkan seseorang itu happy satu kemenangan yang mutlak? Bila kita berjaya membuat dia happy, kita pun happy sama... Malah berlipat ganda happy nya... 

Pada hari terakhir aku di MRM pada 6 Julai 2012...

Mash : Kak Na... Boleh tak Mash nak mintak nota? Nak tulis untuk yang terakhir...
Kak Na : Haaa... Ada ni... Kak Na dah siap buat buku...
Mash : Haa?? Buku?

Kak Na serahkan helaian kertas yang dikepilkan dengan stapler... Aku selak helaian-helaian tu... Mataku terbeliak... Mulut aku ikut sama terbukak...








Mash : Ya, Allah... Kak Na print semua nota ni?
Kak Na : A'ah... Kak Na tangkap gambar nota pakai handphone, pastu suruh Jay print kan... Ini je yang sempat Kak Na tangkap... Sebab setiap hari nota ni bertukar, nanti nota lama dah takde... Sebab tu Kak Na tangkap gambar...

Aku terus peluk Kak Na, macam nak menangis pun ada... Thanks Kak Na... Terharu sangat bila Kak Na betul-betul hargai nota yang aku bagi... Tak sangka... Sweetnya Kak Na... Ya, Allah terima kasih sebab menemukan seorang sahabat yang baik macam Kak Na... Seriously terharu... 

Aku meminta izin Kak Na untuk scan nota-nota yang dia print. Aku ingin simpan sebagai kenangan... 

Ini lukisan yang Kak Na mintak aku lukiskan untuk dia... Cuba untuk mengkartunkan diri Kak Na... Heheh...


Kenangan mengajar Kak Na lukis Detective Conan di Persada, JB.


*Nota terakhir aku tulis dengan Pen... So, dah tak payah ubah-ubah lagi... :')

Nota Kaki : Diari membantu aku mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku...

28 August 2012

#CERKON: Kisah Mashi & Abang-Abangnya di Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya! Sempena hari raya ni aku tak nak tulis panjang-panjang... Cukuplah jawapannya walau sekadar senyuman gambar menceritakan segalanya... Hehe... Lagipun, ini blog Mashi, bukan blog Ahmad Albab... Kalau ini blog Ahmad Albab, maybe beliau tulis karangan SPM kat sini... Heee... By the way, macam biasa kami sekeluarga beraya di desa Waterpark tercinta yakni Kampung Guai, Temerloh, Pahang... Mari kita ikuti kisah Mashi di Aidilfitri...


Di sebuah kampung yang indah permai...


Terdapat sebuah rumah yang tersergam indah


Di dalamnya, tinggallah seorang gadis bernama Mashi, yang cuba melakonkan iklan Adabi...


Sejak Abangnya, yakni Abang Mie insaf daripada menjadi 'tokan' mercun atas nasihat keluarganya...


Mashi berasa sunyi... Tiada lagi kedengaran bunyi "dam dam dum.. bunyi mercun"...


Namun, kehadiran Abang-abangnya yang sengal ini jugalah yang mampu menceriakan suasana... Sanusi, Razin & Yusree...


Mak & Ayah juga tempat Mashi mengadu...


Mashi & Razin selalu bergaduh... Selalunya Yusree lah yang menjadi orang tengah, cuba meleraikan pergaduhan...


Sanusi cakap... "Air dicincang takkan putus... Lebih baik bermaaf-maafan daripada bersengketa,"


Mereka berdua tak mengendahkan kata-kata Sanusi... Kerek la konon!


Yusree cuba memujuk mereka... "Kalo korang berbaik semula, aku bagi duit raye setiap seorang..."



Oleh kerana masing-masing tengah sengkek, mereka pun bersetuju untuk berbaik dan mendengar nasihat Sanusi dan Yusree...


Sekejap jela tapi... Pastu sambung balik gaduh...!



Nampak sangat tak ikhlas! Hampeh...



"Bagi balik duit kalo tak ikhlas!" Kata Yusree kepada Razin.
"Lu ni buruk siku la... Same je tak ikhlas!" Razin merungut.



"Macamanelah nak menyatukan balik diorang ni? Asyik gaduh je..."



Haaa... Pak Belang tu the rescue!



"Huh?? Apa Sanusi cuba lakukan??"



"Mu nampok dok diorang tu? Pegi serangggg....!!!"



"Huk Aloh... Larikkk...!!" Mereka cuba melarikan diri.



"Hahahaha... Tau pun takut..."



"Siapa kate kitorang takut? Bersedialah untuk bertarung!"



"Alamak... baik gua chow dulu...!!"



"Oitt... Ko terlupa sesuatu ke?"



"Ahh, sudahh... Pak Belang dah merajuk!"



"Sabar eh Encik Belang... Sanusi memang macam tu... Habis madu sepah dibuang... huhu"



"Nah, bawak Pak belang sekali... Pi main jauh-jauh..!!"



"Aku tak patut gaduh dengan Mashi... Walaupun dia selalu sangat menyakat aku... Dia tetap adik aku jugak... Haishh.." Razin menginsafi diri.



"Buat apelah aku nak ego dengan Abang aku sendiri... Padahal aku yang suka cari pasal... Di hari yang mulia ni sepatutnya aku berbaik-baik dengan beliau," (Monolog dalaman)



Akhirnya mereka berdua berdamai... *tepuk tangan*



"Dah... Jom Balik!!!"



"See ya later... Sayounara!"


THE END!


Moral of the story... Janganlah bergaduh sesama sendiri... Takde faedahnya.... PEACE! ^^


Nota kaki : Gambar dan cerita spontan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...