Bismilllahirrahmanirrahim...
Masa aku kat sekolah menengah dulu-dulu tu, aku selalu
menyumbangkan karya-karya berbentuk penulisan untuk dimasukkan dalam majalah
Visi Utama pada ruangan Pena Kreatif. Majalah sekolah SMKSU yang aku miliki
sejak mula-mula Visi Utama diterbitkan pada tahun 1998 sehingga tahun 2006
masih tersusun rapi dalam almari. Macamane aku boleh ade majalah terbitan
pertama sedangkan aku masuk sekolah tu masa tahun 2002? Ada rahsia disebalik
itu…
Ketika itu, aku berada di tingkatan 3. Aku, Yana & Mira
tolong cikgu Mahsuri mengemas bilik Panitia Bahasa Melayu yang akan berubah
menjadi bilik belajar untuk kelas 4 Sains Bakti. Apa kes aku kena tolong kemas
plak? Huhuhu… Biasalah, kitorang ni kan selalu jadi sukarelawan yang berhati
mulia… Ececehh… Tapi, bukan pasal tugas kitorang nak dijadikan cerita.
Sedang-sedang aku mengemas sebuah Almari untuk di pindahkan ke bilik yang lain,
tetiba aku perasan ada banyak majalah-majalah berwarna biru tersusun rapi. Aku
tergerak hati untuk mengambil dan membelek-belek majalah tersebut. “Eh, Ini
majalah Visi Utama tahun 1998!”. Aku selak-selak sehelai demi sehelai… Zaman
Abang Razin ni! Abang Razin ialah antara pelajar batch pertama sekolah tu sejak
ditubuhkan pada tahun 1995.
“Wei, Yana! Aku terjumpe majalah sekolah yang lame…”
“Mane?”
“Ni haa…” Aku menunjukkan majalah tadi kat Yana & Mira.
“Cam best je…” Kata Mira sambil menyentuh majalah Visi
Utama.
“Ade lagi tak?” Tanya Yana ingin tahu.
“Tu haa… dalam lemari tu…” Aku menunding jari ke arah almari
buku.
“Perghh… banyaknye!” Yana teruja.
“Aku nak amiklah… Boleh ke ha?” Tanya aku slumber.
“Cube ko tanye cikgu Mahsuri,” Mira member cadangan.
“Ok…”
Tanpa membuang masa dan tanpa memikirkan masa depan, aku,
Yana dan Mira pun berjumpa cikgu Mahsuri yang sedang sibuk di suatu sudut.
“Err… cikgu Mahsuri… Nak tanye sikit boleh?”
“Haa… Ada ape?”
“Hmm… Majalah sekolah yang ade dalam almari tu ada orang
yang punye ke?”
“Yang mane?”
“Yang ini…”
“Ohh… Takde sape-sape punye… Nak buang sume buku-buku yang
ada dalam almari tu…”
“Err… Boleh tak saye nak amik majalah tu?”
“Ambiklah…”
“Terima kasih!”
Mira, Yana & Aku ketika form 3, tahun 2004
Yes! Cepat-cepat aku dan lagi dua orang tu pergi amik
majalah tadi untuk dijadikan koleksi masing-masing… So, sekarang dah cukuplah
koleksi aku… Majalah tahun lain pun ade, sebab abang aku yang terlebih dahulu
sekolah kat sini yakni Sanusi pun dah beli majalah yang sebelum ni. Barulah aku
dapat lihat perkembangan & evolusi Visi Utama!
*
* *
Sejak aku tingkatan 1 lagi aku dah pandai hantar karya
pertama aku iaitu Seloka 1 Bakti. Kalau masa sekolah rendah dulu tak de plak
aku reti nak tulis-tulis ni. Yep, kebanyakkan karya aku berbentuk Seloka. Ade
jugak puisi sikit-sikit. Karya aku yang terakhir plak mase aku di tingkatan 5,
yakni cerpen yang bertajuk “ Terima Kasih… Domo Arigato… Thanks a lot!”. Cerpen
ni jugak disisipkan pada muka surat pertama dalam ruangan Pena Kreatif. Tapi,
kat bahagian terakhir cerpen tu aku letak nama ‘SAM’… Bukan nama sebenar aku…
Aku letak nama SAM tu sebab tak nak bagi orang tau la yang aku tulis cerpen tu…
SAM=MAS… hehehe… Tapi, ade jugak sesetengah member aku tau bahawasanya aku yang
tulis termasuklah Guru Penasihat Editorial Board, Mr Jega. Sejak haritu, kalau
dia terserempak dengan aku dia akan panggil, “ Hai, SAM!”. Hahaha… Segan aku
dibuatnya.
Kenangan bersama Editorial Board 2006. Mr Jega yang pakai baju kemeja purple! Aku sebagai Penolong Pereka Grafik Majalah. (Okay, boleh cari sekarang kedudukan aku!)
Antara puisi yang aku sumbangkan bertajuk “Aku benci, Tapi
Aku suka…” mase Form 3. Puisi ni aku dapat ilham selepas berlakunya peperangan
antara Amerika Syarikat & Afghanistan (Kalau tak silap…) beberapa tahun
yang lalu. Sebelum tu aku tengok berita pasal peperangan tu dan jugak iklan
kempen anti keganasan. Dari situlah hati aku mula berkata-kata, lalu aku tulis
luahan perasaan aku pada sehelai kertas…
Aku benci
keganasan,
Kerana
keganasan berakhir dengan kemusnahan.
Aku benci
keegoan,
Kerana
keegoan itu punca persengketaan.
Aku benci
kegagalan,
Kerana
kegagalan itu mendukacitakan.
Tetapi aku
suka akan kasih sayang,
Kerana kasih
sayang itu membawa kebahagiaan.
Aku suka
persahabatan,
Kerana
persahabatan itu membawa kegembiraan.
Aku suka
kedamaian,
Kerana
kedamaian itu menjanjikan keharmonian.
Aku suka
akan kejujuran,
Kerana
kejujuran menampakkan keikhlasan di hati.
Tetapi
kenapa yang dibenci tidak kita tinggalkan?
Sebaliknya
kita masih melakukan perkara-perkara yang dibenci.
Dan kenapa
yang kita sukai
Tidak kita
hargai dan tidak mengamalkannya?
Sebaliknya
kita lupa mengapa dan kenapa
Kita
dilahirkan ke dunia ini.
Jawapannya
hanya berada di dalam
Hati
sanubari kita sendiri, Think about it!
Nota kaki : Semoga negara kita dilindungi Allah S.W.T.