About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

30 September 2012

My Bro, My Bestfriend...

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal seorang mamat ni... Nama dia Abdullah Razin. Hari ni birthday beliau yang ke... tuuuuttt.... Ni kes nak rahsiakan umur beliau atau lupe umur dia yang terkini? Hehe... Oh, ya... Abdullah Badawi Razin ni merupakan abang aku... Kalau nak ikutkan dalam bilangan adik-beradik, beliau ialah anak yang ke-5 daripada 8 beradik... Aku lebih selesa menggelarkan beliau dengan panggilan "Abang Razin".

Tadi, dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, tetibe dapat idea nak tulis pasal beliau ni... Kira the chosen one la konon... Huhuhu... Lama jugaklah aku termenung dalam kereta memikirkan pasal abang aku ni. (Kesian ayah sebab takde orang nak ajak berbual dalam kereta!) Sebab dalam banyak-banyak adik-beradik aku ni, dialah yang aku rasa paling rapat... Sejak dah besar ni la aku rasa banyak waktu aku luangkan dengan abang Razin berbanding adik-beradik yang lain.

Antara isi kandungan 'ketermenungan' aku tadi ialah kitorang berdua banyak berkongsi minat yang sama... Adakah faktor tarikh lahir? Sebab kitorang berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu bulan September... Contohnya macam, kitorang lebih banyak menghabiskan masa dirumah dan jarang keluar (Pastu memerap dalam bilik! Hahaha!)... Pastu, kalau kitorang masuk pertandingan menyanyi mesti dapat hadiah tempat kedua... Hihihi... Abang Razin pernah masuk pertandingan Karaoke, aku pulak pernah masuk pertandingan nyanyi mase kat sekolah menengah... Masing-masing hanya berpuas hati dengan tempat kedua... Haha... Badi ape ni?

Kitorang selalu jugak keluar tengok wayang berdua, shopping berdua...  Dengan dia jelah selalu berdua, selain dengan Mak dan Ayah... Dulu, aku sanggup balik PJ sebab nak tengok wayang dengan dia... Kitorang suka cerita penyiasatan macam 'Sherlock Holmes'... Tapi semenjak sambung belajar degree ni dah takde masa nak keluar tengok wayang bersama... Setakat shopping tu adelah jugak... 

Selain itu, kitorang berkongsi minat mendaki gunung... Aku pernah ajak dia mendaki Gunung Tahan pada tahun 2007... Mase tu aku ikut cikgu sekolah menengah... Aku saje je ajak Abang Razin, sebab aku tahu dia pun minat mendaki... Sebelum mendaki Gunung Tahan, kitorang ada training dekat Gunung Nuang... Aku ajak jugak Abang Razin untuk membiasakan diri dengan daki-mendaki... Almaklumlah, orang kata Gunung Tahan ni antara gunung yang paling susah untuk didaki kat Malaysia...

Masa ni tengah mendaki Gunung Tahan...


Apa yang aku suka pasal Abang Razin ni, dia tak merokok... Adik-beradik aku yang hok laki tu semua merokok... Ini juga antara faktor yang menguatkan lagi teori kenapa aku lebih rapat dengan dia berbanding adik-beradik yang lain... Abang Razin ikut jejak Ayah yang tak merokok barangkali... Hihihi... Best bila lepak dengan orang yang tak merokok, sebab kita saling menghormati dan menjaga kesihatan masing-masing... Tak gitu?

Kengkadang tu kesian jugak dengan Abang Razin, sebab selalu menjadi 'mangsa' untuk dipergunakan aku meminta pertolongan... Kalau nak pergi mana-mana mesti mintak dia tolong hantarkan... Kemana saja dia ikut aku... Tapi kengkadang selalu jugak dia ajak aku teman dia pergi kemana-mana... Biasala tu, dalam perhubungan mesti ade 'give and take' bak kata omputih! Nak-nak pulak dia belum kahwin lagi, jadi inilah masanya untuk kitorang mempergunakan diri masing-masing... Hohoho...



Lagi satu yang bestnya pasal Abang Razin ni, aku dapat share masalah atau cerita peribadi kat dia... Sebab dia pun akan cerita pasal dia kat aku... Sebab kengkadang, lelaki lebih memahami perasaan 'gegirl' kan? ( Iyolah tu, Haktuih! ) Pastu, dia selalu jadi tempat untuk aku menyakat dan 'membahan'! Seronok gila... Seronok kalau kena pukul dengan dia akibat geram yang teramat! Hahaha... Bergaduh pun selalu jugak... Normal! 



So, sempena hari ulang tahun kelahiran Abang Razin ni, Mash nak wish... "Happy Birthday bro... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, semoga dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. dan cepat dapat jodoh... Pleaselah kawen cepat, jenuh nak tunggu giliran ni...!! Tak sampai hati nak langkah bendul... Hahaha... Just kidding! "


Nota Kaki : Kaki Abang Razin lebih besar daripada kaki aku #Fakta

0 Orang Pinjamkan Nota:

Post a Comment

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...