About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

25 April 2012

Kenal, Cinta, Hargai

Assalamualaikum...

Bumi yang tiada rimba, seumpama hambar... Ia dicemar manusia, yang jahil ketawa. Masih ingat lagi tak dengan bait-bait lirik lagu 'Hijau' ini yang dipopularkan oleh Zainal Abidin? Kepada yang membesar pada zaman 90s mesti tak asing lagi dengan lagu ni. Sebenarnya lagu ni salah satu lagu favourite aku. Sangat bererti dan mendalam maksudnya tapi mudah difahami.

Lagu ni berkisar tentang alam. Kalau cakap pasal alam, semua orang tahu yang alam ni dipinjamkan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Amanah yang perlu kita jaga sebaiknya. Macam kita pinjam barang kawan kita, dah tentulah kita guna dan dalam pada masa yang sama kita kena jaga supaya tidak ada cacat-cela sebelum kita pulangkan semula pada pemiliknya. Semua orang tahu kan? Tetapi ada juga yang masih buat-buat tak tahu.

Semasa aku berada ditingkatan 1, aku telah menyertai satu kelab yang diberi nama Kelab Pencinta Alam (KPA). Aku pun dah lupa kenapa aku join kelab ni, sebab penasihat kelab ini ialah Guru Disiplin yang paling digeruni kat sekolah SMKSU. Macam saje nak tempah tiket untuk gantung diri! Tetapi rupanya takde apa-apa pun yang perlu ditakutkan. Semua orang tak tahu betapa menariknya join kelab ni. Pelajar lain tak tahu yang banyak ilmu yang kitorang dapat sepanjang menjadi ahli KPA. Yang paling best sekali, semua pelajar tak tahu yang Guru Disiplin yang paling garang tu sebenarnya tak pernah meninggikan suara semasa kitorang menghadiri perjumpaan kelab ni, apatah lagi kena maki! Semuanya sebab perkataan 'Tak Tahu' tadi lah...

Kenapa tak tahu? Sebab tak nak ambil tahu... Kenapa tak nak ambil tahu? Sebab ego tak menentu... Kenapa perlu ego? Sebab rasa diri itu lebih hebat... Siapa yang paling hebat? Yang Maha Hebat itu hanya satu... Maha Pencipta.

Aku ingin berkongsi satu formula sayangi alam yang pernah diajar oleh Guru Penasihat KPA. Sejak hari pertama aku didedahkan dengan formula ini, dan melalui pengalaman ilmu bersama KPA, barulah aku benar-benar dapat mengenal, cinta dan hargai alam ini.

Kenal - Cinta - Hargai

Kenal. Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta". Macam bila kita nak kenal - kenal dengan orang yang kita suka... Kena tahu dulu latar belakang orang tu, selidik mengenai tingkah laku dan pe'el dia. Suka tak bermakna kita cinta dia betul tak? Bila agak-agak dah kenal, dah serasi dan berkawan barulah kita start cinta dia kan? Kalau dari segi islamnya, kita 'taaruf' dulu atau merisik le... Haaa... Samalah macam kita nak kenal dengan alam ni. Kita kena tahu siapa penciptanya, kemudian kita kaji tentang kejadian alam ni dan banyak membaca tentang fenomena alam. Dari situ, sedikit sebanyak kita tahu apa sebabnya Allah ciptakan alam ini?

Cinta. Bak kata Rahul dalam filem Kuch-Kuch Hotak Hang Hota Hai, "Love is Friendship" Mengambil contoh sayang sesama manusia tadi, cinta itu datang bila kita kenal seseorang itu. Kenal dari segi kita dah berkawan, mesti kita rasa happy sebab kita ada teman yang rapat. Kita perlukan dia bila kita kesusahan. Pada masa yang sama kita juga sayang kawan kita tu, cuba untuk menjaga hati dia dan ada rasa tanggungjawab untuk menjaga dia. Sweet tak? Begitu jugak bila kita dah kenal dengan alam ini, barulah kita rasa cinta. Sebab kita tahu, manusia dan alam saling memerlukan antara satu sama lain. Bila kita memelihara alam ni sebenarnya, kita sedang memelihara proses kitaran hidup diri kita dan juga alam sekitar. Kita pun akan rasa aman dan damai dibumi sendiri.

Hargai. Cinta itu mengajar kita untuk menghargai. Biasanya kalau dah sayang sangat-sangat dengan seseorang atau dengan benda sekalipun, mesti kita jaga dan hargai kewujudannya. Sampai orang nak usik sikit kita dah tak senang duduk. Mesti kita sanggup melakukan sesuatu demi seseorang atau sesuatu itu. Sebab bagi kita, dia atau benda tu sangat penting dalam kehidupan kita. Tapi ada jugak selalu kita dengar orang kata, " Kita akan lebih menghargai orang itu apabila dia sudah tiada ". Ayat penyesalan ni selalu timbul bila kita dah kehilangannya. Macamana dengan bumi dan alam ini? Apa yang dapat kita lakukan bila ia sudah tiada? Nak menyesal pun tak berguna. Semuanya sebab kita tak belajar untuk menghargai.

Peringatan ini untuk diri aku dan sesiapa yang sudi membaca. Selepas aku dah kenal, cinta dan hargai ni, barulah aku mendapat kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Selalunya kalau makan makanan yang berbungkus, mesti aku buang dalam tong sampah, takpun aku simpan dalam poket atau dalam beg sebelum buang sampah kat rumah. Mungkin bagi korang benda tu remeh. Tapi cuba tengok disekeliling korang. Benda yang remeh tulah yang selalu orang tak ambil peduli. Sampah-sampah ini juga yang mengganggu penglihatan korang dan bagi penyakit kat korang.

Kita kena ingat, setiap perkara yang berlaku tu bersebab. Sedangkan kita hidup kat dunia ni pun bersebab. Jadi, sempena Hari Bumi pada 22 April 2012 lepas, jom kita mula menjaga bumi kita dengan mengamalkan formula Kenal-Cinta-Hargai ini! :)




P/S : Cikgu Rahimy, bila agaknya kita dapat bertemu lagi? Buku Nota pemberian cikgu masih lagi saya simpan dengan baik. Cikgu garang sangat, tapi cikgu ialah cikgu Seni yang saya kagumi. :)

Kak Yam oh Kak Yam

Pada suatu hari Kak Yam sedang mengemas rumah. Itulah rutin harian beliau pada waktu pagi setiap hari. Pada waktu tengah hari pula beliau siap-siap nak pergi kerja. Sedang beliau mengemas rumah, tiba-tiba beliau teringat sesuatu perkara. Oh ya, beliau ingin menelefon rakan sepejabatnya untuk memaklumkan sesuatu perkara. Kemudian beliau pun menuju ke gagang telefon dan mendial nombor rakannya itu. Maklumat mengenai nombor perlu dirahsiakan kerana 'private & confidential'.

Anak kepada rakannya yang bernama Arif menjawab panggilan Kak Yam. Umurnya dalam lingkungan 5 tahun. Mari kita ikuti perbualan mereka...

Kak Yam : Assalamualaikum...
Arif : Wa'alaikumussalam... Nak cakap dengan sape?
Kak Yam : Nak cakap dengan Mama boleh?
Arif : Boleh.
Kak Yam : Err.. Cakap kat Mama, Kak Yam telefon...
Arif : Ok..

"Mama.... Kak Ayam Telefon...!! " 

P/S: Bukan typo tu... Memang dia sebut Kak Ayam...

22 April 2012

Binatang kesayangan Rasulullah...

Situasi 1 : Bersin

Mash : Aaaachumm...!!
En. Izham : Hahaha... Mash bersin macam kucing!

Situasi 2 : Gerakan mata yang tajam

Ada suatu hari tu, En. Izham ( Lecturer ) nak sakat aku la... Tapi tak ingat pasal apa... Cuma yang aku ingat, dia gerakkan barang dia ke kiri dan ke kanan, atas ke bawah. Secara spontan mata aku mengekori gerakan barang yang dialihkannya mengikut kelajuan alihan. Kepala aku pun ikut bergerak jugak! Tak pasal pasal-pasal beliau ketawa... " Hahaha... Mash macam kucing!"




Situasi 3 : Tangan yang pantas menangkap

Roomate aku kata aku macam kucing sebab dia cakap macam ni.... " Hahaha... Ko tau tak cara ko ni macam kucing yang kat dalam Youtube tu? Yang dia main dengan printer tu... Lawak la... "
* Tapi sayangnya aku tak ingat peristiwa apa sampai dia cakap aku macam tu...






Situasi 4 : Birthday Wishes (Facebook)

Mash : Happy birthday En. Peejoy! ( Lecturer photography )
En. Peejoy : Thanks kucing hitam!
*Setelah lama tak jumpa ingat lagi dia pasal aku ni yek... Untuk pengetahuan, aku pernah cucuk thumbdrive aku kat laptop beliau. Nama thumbdrive aku tu 'BlackCat'. Sejak hari tu dia panggil kucing hitam... hahah

Situasi 5 : Chatting YM

Mash : Kenal tak ni?
Alien ( Bukan nama sebenar ) : Kenal... 
Mash : Sape?
Alien : Kucing
Mash : Yeke? Kucing mane pandai YM
Alien : Ye kucing yang boleh YM
*Kucing pulak dia panggil kite? Adoiyai!


Yes, aku memang suka kucing. Tapi takdelah sampai nak terikut pe'el kucing. Kalau sekali orang cakap aku tak heran sangat. Masalahnya banyak kali jugak orang kata aku macam kucing. Yang ni pun senarai situasi yang aku ingat je. Yang aku tak ingat tak kira lagi tu... Hihihi...

Tak sama pun! *Konmas 2010


Anyways, kalau si kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah, aku pun teringin sangat menjadi 'ikhwan' yang disayangi Rasulullah jugak. Korang nak tak? Kalau nak, ikutlah sunnah dan ajaran Baginda. Sempena memperingati kekasih Allah ini, marilah selawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W... Semoga kita memperoleh syafaatnya di Akhirat kelak. Amin.

P/S: Ada satu hari tu aku terfikir... Aku nak hilangkan 'Si Itam' dalam diri aku... Tapi tak boleh... Si Itam takkan boleh bertukar jadi putih. Si Itam cuma boleh berubah menjadi sesuci hati Si Putih... It's what's on inside that counts, not the outside!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...