About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

14 April 2012

Dendam kesumat


Dah lama aku pendam perasaan ini,
Baru sekarang aku nak luahkan segalanya,
Supaya semua orang tahu siapa kau sebenarnya!
Perasaan aku dah mula memberontak,
Memang aku bengang dengan sikap kau!

Kenapa kau selalu mengganggu hidup aku?
Sampai mak aku pun ko nak ganggu?
Kau rasa dah bagus sangat ke kau tu?
Membuatkan aku benci padamu!

Kalau macamnilah perangai kau,
Siapa-siapa pun akan benci kat kau!
Sentiasa menghantui hidup aku...
Sehingga mengganggu tidur ku!

Tak pernah ke kau rasa penat?
Sikap kau yang selalu menggugat?
Sanggup kau meninggalkan kesan luka
Membuatkan diri aku terseksa.

Apa kau tak punya hati dan perasaan?
Mujurlah kau juga makhluk Tuhan.
Kalau tidak dah lama aku bagi tumbukan
Biar kau tahu apa aku rasakan.

Seriously, kau dah melampau
Siap bawak kaum kerabat dan mak kau,
Kalau macamnila peel kau
Sampai 7 keturunan aku takkan maafkan kau!

Suara kau yang membingit
Telinga aku jadi sakit
Jangan kau sakiti aku lagi
Kalau tak kau akan mati!



Aku bunuh kau sampai pengsan... NYAMUK!!!!!! Amik kau makan Ridsect!



P/s: Hanya 10 minit, anda mampu lakukannya! Cegah sebelum terlambat! Nyamuk Aedes pembunuh! Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia... ^^


Hilang...

Assalamualaikum...


Pernah tak korang terfikir untuk kehilangan sesuatu yang berharga dalam diri korang? Paling-paling berharga? Kalau korang hilang sesuatu ni, susah untuk memulakan hidup yang baru? Iaitu ingatan... Hilang Ingatan! Mesti susah nak bayangkan, betul? Bila dah hilang ingatan, password nak log in blogger.com pun tak boleh nak ingat. Macamana nak blogging? Atau yang paling penting, lupa family sendiri. Lagi sedih kan?

Semalam aku dan Zam pergi kerumah kawan kitorang iaitu Si kembar, Iqi dan Ash. Aku dapat khabar berita Ash dah hilang ingatan akibat terjatuh dalam toilet. Kepala dia terhentak di lantai kalau tak silap. Bila aku dapat berita tu macam tak percaya. Takkanlah Ash hilang ingatan! Malam tu jugak aku dan Zam menziarah Ash dirumah neneknya, Mak Tok.

Kedatangan kami disambut oleh Ash sendiri. Lain benar cara dia greet kitorang. Mukanya penuh tanda tanya. Selalunya dialah yang paling peramah. Tapi semalam perubahan dia ketara sangat. Bertukar 360 darjah! Joe, kawan baik Ash memperkenalkan diri kami kepada Ash. Aku senyum je. Rasa awkward sebab macam baru first time kenal dia. Padahal dia orang yang sama aku kenal sejak di event KONMAS (2010)!



Ash (tengah), Mash dan junior-junior ku di event KONMAS!


Kenangan di KONMAS


Semalam aku tengok je perwatakan Ash. Alhamdulillah keadaan dia dari segi fizikal, stabil. Dari segi mental, dia masih ragu-ragu dan takut-takut. Bagi dia kitorang macam stranger. Padahal, Ash yang aku kenal sangatlah peramah. First time jumpa dah ajak borak sakan. Macam tak percaya! Joe sedaya upaya menceritakan pengalaman Ash sebelum ni. Dia seorang cosplayer yang berjaya dan dikenali ramai. Dengan sifat dia yang baik dan peramah tu memang sangat disayangi ramai. Tengok jelah jumlah friends dia dalam facebook. 

Cakap pasal facebook, Ash cakap dia baru first time tengok facebook. Password memang tak ingat. Sekarang tak boleh nak access. Sedih dan terharu sebab ramai kawan-kawan dia bagi wall post tanda ingatan dan support! Kau memang seorang kawan yang disayangi ramai, Ash!

Aku sangat berharap dan mendoakan Ash cepat sembuh dan ingatannya pulih seperti sedia kala. Walaupun kau tak ingat kenangan kita lepak, main KOF dan L4D dan perkongsian kisah peribadi, aku redha. Yang penting kau sihat sejahtera bersama family. Amin...



Behind the scene "Cadbury TVC" (Assignments Sem 1 Degree). Ash pernah tolong kitorang...






P/s: Seriously, aku rasa sebak tengok keadaan Ash. Menyedihkan, simpati dan terkejut... Apatah lagi perasaan keluarga sendiri... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...