About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

04 January 2013

Back to school...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ayah hantar pergi kesekolah, ayah pernah berpesan...

"Nanti bila dah duduk dalam kelas... Kawanlah dengan budak-budak kat situ... Nanti tegur kawan yang duduk kat sebelah tu... cakap macam ni... 'Hai, Nama saya Mashitah... Nama awak siapa? Boleh tak kita jadi kawan?' "


Tahun 1996, Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku, Kelas 1 Ros...

Ada seorang awek duduk disebelah aku... Rambut dia panjang... Tinggi sikit dari aku. Hmmm... Aku teringat kata-kata ayah... So, kena cakap la ni?

"Err... Hai, Nama saya Mashitah... Nama awak siapa?"
"Nama saya Nurul Farhanah..."
"Hmm... Boleh tak kita jadi kawan?"
"Boleh..." *senyum*

Nurul Farhanah Binti Md. Fadzil... Sahabat pertama aku sejak menjadi pelajar tahun 1 di SKKT... Dialah sahabat baik aku time sekolah rendah. Harap-harap satu hari nanti Farhanah akan type nama sendiri kat google, pastu kalau dia perasan nama dia tertulis kat blog ni dia akan ingat dan contact aku balik... Aku dah lost contact dengan dia sejak dia berpindah ketika kami darjah 5...


Nota Kaki : Mood back to school sejak anak-anak buah aku masuk belajar tahun baru... huhuh...

Cinta itu memerlukan waktu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alia Zahrah, 4 years old. My niece... Seorang yang degil, sombong, manja, susah nak dengar kata ( Hanya dengar kata Mummy & Abah je ), kuat meragam dan mempunyai jelingan yang tajam... Besides that, beliau seorang yang bijak, pandai berkata-kata, pandai bergurau dan berkawan ( Dengan bebudak yang sebaya ) and adorable.

Aiman & Alia


Sejak menikmati 'anggur' dirumah ini, tugas aku ialah menjaga beliau dan abangnya yakni Aiman. Setiap kali Alia pulang dari sekolahnya, aku akan menukar pakaiannya dan meluangkan masa untuk bermain dengan Alia... Part paling susah apabila time lunch... Susah betul nak suruh Alia makan. Beliau sanggup berlapar, selagi Mummy dan Abahnya tiada.... Susahlah macam ni! Alia kecik lagi, mane boleh diet-diet... Nanti perut masuk angin siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka...

Mujur kelmarin Mummy & Abah cuti untuk siapkan kelengkapan Alia & Aiman untuk kesekolah... So, hari tu diorang yang setelkan budak-budak ni...

Pada sebelah malam, sebelum Mummy & Abah Alia nak balik kerumah mereka di Denai Alam, aku yang duduk disebelah mummy melihat gelagat Alia yang datang kemudian memeluk mummynya dan memberikan ciuman di pipi...

Mashi : Sini, cium Achu pulak... ( Sambil tadah pipi )
Alia : Tak nak la...
Mashi : Kenapa?
Alia : Sebab pipi Achu bulat... Alia x suka... Pipi mummy elok, putih je....
Mashi : Alia mengampu kuat ni...!!! @#$%^*

Begitulah Alia... Sombong sikit... Nak bersalam pun payah... Inikan pula nak bercium... Tak jujur pulak tu! Ada ke dia kata pipi mummy dia elok, putih? Pipi aku tak cukup putih ke? Bulat? Okey ape? gebu kan tu?? Hahaha... Sorry ye Kak Mun ( Mummy )... Gurau je!

Keesokkan harinya, macam biasa Alia akan pulang kerumah pada waktu tengahari. Babak menukar pakaian nasib baik takde masalah sangat... Tapi babak nak makan tengah hari ni yang agak merisaukan aku... Adakah percubaan aku akan berhasil?

Mashi : Alia, semalam Mummy kata Alia sakit perut ye?
Alia : ...... ( Tak layan... Tengah main game kat laptop! )
Mashi : Alia sakit perut sebab tak makan kan?
Alia : ..... ( Masih membisu... Pandang kita pun tak! )
Mashi : Tau tak kenapa perut Alia sakit?
Alia : ...... ( Zzzzzz )
Mashi : Sebab momok gigit perut Alia!
Alia : Aaaaaaa.... ( merengek )
Mashi : Betul... sebab Alia tak makan, sebab tu dia gigit....
Alia : Achuuu.... Janganlah....~~
Mashi : Iyaa... Kalau tak nak kene gigit dengan momok, Alia kena makan...
Alia : Yelahhh.... Huuuuu...~~ T^T

Lepas cakap gitu barulah dia nak makan... Siap bertambah 2 pinggan nasi... Hahahaha... *Gelak mak cik yang kejam*

Selepas makan tengah hari kitorang pun main same-same... Aku layanlah dia main game kat laptop... Tengok youtube... Cerita Barbie... Dia paksa aku tengok same-same... Ada masanya aku macam tertido, pastu dia marah...

"Achu, jangan la tido... bukak mata besar-besar!" Katanya...
"Ye, Achu dah bukak mata besar-besar dah...."

Lepas waktu maghrib, Mummy, Alia & Aiman bersiap-siap nak balik ke rumah mereka... Alia datang kepada aku yang sedang duduk di sofa... Tersenyum-senyum dan menghulurkan tangan, nak bersalam... Aku terkejut jugak... Alia salam dan cium tangan aku... Aku terharu... Aku pun cium pipi dia... Alia ketawa...

"Cium pipi Achu pulak!" Kata aku.

Alia pun cium pipi aku yang kononnya bulat tu... "Esok Achu ada tak?"

Mashi : Ada... Heee..
Alia : Esok lagi, ada tak?
Mashi : Ada....
Alia : Esok, esok, esok ada tak?
Mashi : Adaa.... Eeeeee... Cubit nak? ( Aku cuba nak geletek Alia )
Alia : Hehehehe...

Mereka pun pulang...


Akhirnya.... ~~








Moral of the story : Sabar eh!!! Hahahah...


Nota Kaki : Setiap apa yang dilakukan memerlukan kesabaran...

02 January 2013

Buka Nota Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Agak lama jugak aku biarkan nota ini berhabuk! My Bad! Sejak beberapa minggu yang lalu kehidupan aku kurang terurus... Maksud aku, kurang terurus dari segi aku tak dapat nak settle down... Busy dengan FYP... Alhamdulillah, segalanya dah berakhir... Aku dah berjaya tamatkan Degree... Syukur Alhamdulillah...

Aku dah kembali ke PJ... Meaning, aku dah tak stay kat Shah Alam... Dah selesai pindah keluar dari rumah sewa dan kembali menetap dirumah Mak Ayah... There's no place like home!

SHAH ALAM, AKU TINGGAL!

So, rasanya belum terlambat untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2013...!! Tahun baru sebagai penganggur... Hohoho... Tak boleh honeymoon lama sangat... Kena cepat bergerak... Cari kerja > Dapat kerja > dapat gaji > simpan duit gaji > beli aset > pastu... jeng! jeng jeng! Hahaha... Lu pikir lah sendiri! *jelir lidah sambil buat muka kiut!*

Tahun 2012 ialah tahun yang banyak makna dalam hidup aku... Pada tahun ini lah mempamerkan jatuh dan bangun aku... Begitu jugak rasa yang pahit dan manis... Complete set! Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku hidup dan memberi ruang untuk aku berfikir dengan matang... Setiap hari aku mempelajari sesuatu...

Tahun baru ni kena buka helaian nota yang baru... Memandangkan nota lama dah berhabuk, aku nak bertukar kepada nota yang baru...

Bismillahirrahmanirrahim...


P/s : Aku tak tahu kenapa bila aku buat entri ni macam tak happy... Padahal aku patut celebrate sekarang ni! hmmm....


nota kaki : Aku akan update mengenai Degree Show Unisel pada entri yang akan datang... Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...