About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

23 September 2013

New Look...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Untuk entri kali ini aku nak share 'Art Blog' aku yang kini dah berwajah baru! Ececeh... Feeling-feeling macam nak jual produk baru pulak... Ahaks! Alhamdulillah... Setelah sekian lama aku nak ubah blog tu menjadi lebih baik dan teratur... Perubahan ini mungkin akan menjadi perangsang untuk aku terus berkarya... Mungkin... Ku bilang Mungkin! Hahaha...

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, tahap kemalasan dan kekurangan semangat aku meningkat. Mungkin disebabkan faktor kerjaya. Hohoho... Poyo eh! Tak abis-abis nak cari alasan... Astagfirullahal'adzim... Ya, Allah... Jauhkanlah diriku dari sifat malas dan kemurungan... Aamiinn... Huhuhu...

Well, malas nak tulis pepanjang... nanti banyak benda aku mengarut karang! Haaaa... Sabor jelah... Ok, seperti yang dikecohkan tadi...


Klik pada gambar untuk menjenguk dan mula stalk blog aku... Hihihi...

Yep... Design sama macam 'nota' yang berhabuk ni... Actually, banyak je idea nak buat layout yang lain sikit... Tapi, nampaknya next time jelah aku laksanakan angan-angan aku tu... Busy... Busy.. Huhuh... Alasan tak abis-abis! :P

Aku nak ucapkan tahniah untuk diri sendiri dan semoga aku akan menjadi lebih rajin dan berjaya meningkatkan skill Art & Design ke peringkat yang lebih tinggi... Insha Allah... Aamiinn...


nota kaki : What ever you say, I am! ^^

22 September 2013

1,2,3,4,24... and still counting...


Bismillahirrahmanirrahim...






Syukur Alhamdulillah diatas kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk terus bernafas sejak dilahirkan sehingga sudah mencecah 24 tahun. Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk teruskan kehidupan didunia dan terus beribadat kepada-Mu... Allahuakbar...

Terima kasih juga kerana memberikan aku Ayah dan Mak yang disayangi, Keluarga yang mencinta, sahabat yang dikasihi serta saudara-mara yang baik-baik... Tiada yang kuinginkan selain yang baik-baik sahaja. Dan aku mohon Ya Allah, agar Engkau permudahkan segala urusanku dan juga lancarkan perjalanan dalam mengharungi hidup yang akan datang. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... Aamiin...









Nota Kaki : Dapat hadiah jam tangan daripada En. Muhajir... I'm a happy girl! ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...