About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
Showing posts with label Nota Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Nota Sahabat. Show all posts

12 January 2014

That is so last year!



Assalamualaikum... Ini ialah post pertama aku untuk tahun 2014... Wohooo...!!! Alhamdulillah... Ok, tarikh birthday Siti Nurhaliza baru nak update ye? Menci! Hahaha... Apa-apa pun aku tetap rasa bersyukur kerana masih berkesempatan untuk terus bernyawa di bumi Allah... Alhamdulillah... Nota yang dah lunyai ni nanti aku 'iron' balik bagi licin! Haaa... Busy punye pasal dan kemalasan yang melanda nak update... Sebab tu jadi gini. Boleh tahan busy, walaupun disaat-saat akhir aku nak benti kerja... Last day kerja tetap menjalankn tugas tau! Tu diaaa...

Ok, stop. Hari ni nak share cerita yang dah basi... Tahun lepas punya cerita... Konon tahun lepas! Padahal cerita 2 hari sebelum new year! Bermakna bulan lepas je la kan? Caiiittt... Yang penting cerita ini masih segar-bugar diingatan...

Ceritanya bermula pada satu hari, Aku dan sahabat-sahabat aku bercadang nak buat gathering macam dinner la... Sebab dah lama tak berkumpul dan berjimba sejak masing-masing dah bekerjaya ni... Wahaha... poyo plak ayat 'bekerjaya' tu... Nak berbincang pun sampai guna aplikasi 'Wechat Group'! Sungguh tak sosial ok...


*Sila abaikan nama group kami... Hahaha





Macam-macam la cadangan yang diterima... Ada seorang member aku usulkan cadangan supaya adakan aktiviti tukar-tukar hadiah... Wah, cadangan yang menarik! Sweet bak kata omputih... Tujuannye sudah tentu untuk merapatkan lagi hubungan dan nak ber'happy-happy'... Hihih... Kami bersetuju... Dan untuk membuatkan aktiviti ini bertambah menarik, kitorang akan membuat cabutan sebelum bertukar hadiah. So, masing-masing memang tak tahu dapat hadiah dari siapa... Random! Cuma.... Kat mana kitorang nak dinner ni? Masalah besar gaklah nak pikirkan...



Akhirnya, kami dah sepakat untuk ke sini...


Sushi King... Hait!!

Yes... Akhirnya kami ke Sushi King yang berlokasi di Jaya One. Honestly, ini first time aku menjejakkan kaki ke restoran berkonsepkan makanan Jepun... Makan sushi pun jarang... Itu pun kalau orang beli dan offer aku rasa... Kalau nak beli untuk makan sendiri rasanya tak pernah... Sebab aku kurang sikit makan sushi walaupun aku ni peminat tegar Anime dan Manga (Especially Detective Conan! Heheh... )

Antara yang berjaya menghadirkan diri...


Illy & Kausyar... Illy cuba lari dari di'bahan' sebagai orang jepun bermata sepet!


Peanut, Mash & Nadh... *muka aku macam steady tapi sebenarnya excited... tahan... tahan..*


Ok, dah start 'Gear 2'...

Haaa... dah nak keluar dia punye 'belang'....

aksi 'Serabai' bermula...

Tu diaaa.... dah hilang dah control jelita tu...hahahha... hancurr...

Makanan pun dah sampai... Apa lagi? Seraaanggggg...

Kasi Sumbat!

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!


Makan sambil bermanja gitew...


Kitorang order sushi banyak gilaaa!! Punyelah excited nak order kan... Habis semua jenis sushi kitorang bedal... Waiter pun sampai berpeluh melayan kitorang... Kitorang pun dah bajet-bajet, nanti lepas makan nak terus ke dapur... Takut tak lepas nak membayarnye! hahaha... Oh, ya... Malam tu takda makanan yang bergerak kat tepi, sebab kitorang sampi kira dah agak lambat. jadi perkhidmatan tu telah diberhentikan, tapi masih dapat order secara manual...Hihih...

Order kitorang tak sampai sekali. Setiap kali makan sampai satu atau dua jenis sushi... Tengah makan, tetibe ada lagi order sampai... Sampaikan kitorang tanya balik "Betul ke kita ada order ni?" Hahaha... Risau punya pasal sebab fikir nanti cukup ke badget nak membayar... hahah... Nafsu-nafsi je semua ni! Masya-Allah...

Makanan kat sini boleh dikategorikan sebagai sedap, marvelous, delicious dan oishii!! Heheh... Sebelum ni makan sushi pun yang jual dekat pasaraya tu... Kalau yang jual camtu tak sedap... Tapi kat sushi king ni sedap!! Paling aku suka dia punye 'takoyaki'... Sedap sangat tak terkata. Takoyaki yang jual kat shopping mall tak dapat 'challenge' dia punya sedap tu! haaa... 

Siapa yang pertama kali nak cuba rasa sushi boleh try kat sini... Kalau jual kat pasaraya tu tak sesuai untuk yang first timer... Sebab confirm lepas tu tak rasa nak beli... Macam yang terjadi pada aku ni... Bila diorang kata nak makan kat Sushi King aku macam tak teruja sangat. Sebab penah makan sushi dan kurang berminat. Tapi, sejak makan kat sini aku macam teringat-ingat plak kat rumah... heheh... Dahsyat jugak kan?

Dah setel makan... Bermulalah aktiviti pertukaran hadiah... Jom cabut undi!


Illy dapat teddy bear! From Nadh to Illy... 

Nadh dapat Baju dan seluar dari Kausyar! 

From Peanut to Kausyar!

Kausyar dapat Pashmina... wahh... santek!

Titew pun dapat gak! From Illy for me... Hehehe... 

Woahh... Terkezut mak!!

Titew dapat set krim wangi buah-buahan untuk setahun! Hehehe... Thank Illy... Ailebiu! <3

Last but not least... From Mash to Peanut... heheh... Beribu-ribu taniyaaa...

Dalam paper bag ada kotak kuning... Haaa...

Suspense je nak bukak kann... 

Sorry Peanut, hadiah ko paling susah nak bukak... Siap ada balut sok kabar...hahah...

Yay, dapat tabung... Menjamin masa depan anda dan keluarga! Haha... 

Seronok kan bila dapat hadiah? Yang bagi hadiah pun seronok sebab dapat membahagiakan si penerima hadiah tu... Bukankah membuatkan orang lain bahagia itu satu kemenangan yang mutlak? Sekali-sekala buat aktiviti macam ni seronok jugak... Kitorang dah setuju nak buat aktiviti macam ni sekali setahun... So, more to come this year and next year! Hehehe... 



Setel dah aktiviti kitorang... Nampak tak piring kitorang yang botingkek-tingkek tu!
Hehehe.... Dahsyat!


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar... We had so much fun together! So, far aku rasa gathering kali ni paling happening! Yang pasti aku kenyang bukan sebab makan, tapi sebab asyik gelak je sambil makan... You guys are crazy! But I love you bebeh...Heheh... They were really made my day... Seronok sangat... Cannot describe with words anymore bak kata Kausyar! Heheh... Indeed!

And guess what? Kitorang pelanggan yang terakhir keluar dari premis tersebut... Kui...kui...kui... Kan gua dah cakap kitorang havoc...! havoc...! Ekeke.. Sabar jelah!

Kitorang ada jugak plan aktiviti untuk tahun 2014... Vacation... Maybe? Looking forward to it! Mesti syok... Dah lama tak bercuti dengan kawan-kawan... Harapnya plan kita berjaya kali ni! Insha Allah... ^^

*Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga... Friends forever... <3


Nota kaki : Sorang je yang tak dapat join time ni... Wani... Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... Hopefully plan tahun ni semua dapat turut serta... Insha Allah..


05 November 2013

Oh, Taragang Rasuk!*


* Oh, taragang rasuk = Oh, Si Baju Merah dalam bahasa Kadazan Dusun. ( Tajuk lagu yang aku belajar masa darjah 2 kalo tak silap! )

Assalamualaikum... Rasanya macam dah lama tak selak nota Mashi ni. Berhabuk sudah... Huhuh... My bad! Sejak kebelakangan ni busy dengan kerja. Penat sampai takde mood nak buat sesuatu yang aku suka... I need a vacation! Waaaa... Ok, stop! ini bukan masanya untuk aku bersedih... There's no reason to be sad... I should celebrate! Yep... Apakah itu?

Well... Pada 26 Oktober 2013 yang lalu aku telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik secara official!! Yieehhaaa... Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya aku telah bergraduasi... Sungguh, aku bersyukur... Finally aku telah berjaya harungi dugaan dan cabaran sepanjang study... Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan penulisan. Cukup sahaja hanya Allah sahaja yang mengerti...

Seingat aku, time mula-mula daftar diperingkat Degree... Aku tak berapa yakin. Boleh ke aku bertahan sampai semester akhir? Dah tentu dugaannya lebih dahsyat daripada time diploma... Tapi, dari hari pertama aku dah berazam nak teruskan dan berusaha untuk dapat result yang paling best! Walaupun mustahil nak gapai bintang, sekurang-kurangnye dapat sentuh sentuh awan pun jadilah kan? Rezeki Allah bagi, tapi kita pun kena usaha untuk mencari... Haaa... 


Thanks Demi Lovato... Sampai hilang suara hari-hari dok jerit! :P

USAHA > DOA > TAWAKAL... :')



Usaha, doa dan tawakal... Tak dilupakan juga kepada individu-individu yang turut sama berada disisi demi merealisasikan impian aku ini... 

My Parents yang melahirkan dan mendidik aku... <3
I just want them to be proud of having me as their daughter...


Lecturers... Thanks like a million times! ^^

En. Rini yang kat sebelah aku tu... Sifu Drawing (diploma) & Animation (degree).

The Noks... Haha... Classmate ku yang awesome!!

Classmate besarrr... BG11 A...


Zam... Sahabat yang sentiasa bersama sejak dari Diploma dan akhirnya degree... 5 tahun weyh!!

Bagi aku, Zam is the real S.S.B! Mane boleh lupa nama group yang pertama dicipta sejak Diploma. Ketika itu S.S.B ada 4 orang ahli. Dan nama tu melekat sehingga habis diploma. Classmates aku termasuk En. Izham (Lecturer) selalu menggelarkan kitorang dengan nama tu. Tak payah susah-susah sebut nama setiap seorang, bila sebut S.S.B, semua dah tahu siapa...Haaa.. gitu! Susah-Senang Bersama, itulah S.S.B! Selepas tamat Diploma, S.S.B dah berkubur... Kerana masing-masing membawa haluan sendiri... Sejak Degree nilah aku kekal bersama dengan Zam. Kalau ada group assignment, kitorang tetap selesa bersama... Thanks Zam... Banyak sangat memori suka dan duka kita bersama... 5 tahun tu... Terima kasih sebab sudi layan kawan macam aku yang banyak cengkadak ni haa.. Hahaha... Happy gile bila nama kita berdua dalam first class honour... ^^ Tahniah Zam!

Bersama parents masing-masing...<3


Dikesempatan ini juga Mash sangat-sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang menyampaikan ilmu yang sangat berharga kepada Mash sepanjang pembelajaran di Unisel, Shah Alam...

1.  Dr. Junita ( Graphic Communication )
2. Pn. Irina Muis ( Graphic Reproduction )
3. Prof. Hashim Hassan ( Basic Typography, Major 2 )
4. En. Zaim ( Basic Illustration )
5. Pn. Lita @ Aliyaah 
6. En. Khairol Ezedy Abdul Rahman ( Electronic Print Publishing, Web Design )
7. Dr. Ghazali @ GD Marang ( Digital Packaging Design )
8. Dr. Vincent ( Multimedia Design, Online Advertising )
9. Pn. Ellyna Bt. Hashim ( Advertising & Marketing )
10. En. Zulkifli B. Yusoff ( Corporate Branding )
11. Pak Mat ( Multimedia - 2D Animation)
12. En. Rini Fauzan ( Multimedia - 2D Animation )
13. En. Kamal ( Art Direction & Story Board )
14. En. Sayuti Che' Tajuddin.
15. En. Ibrahim ( Major 1 , Major 2 )
16. Prof. Dato' Raja Zahabuddin ( Major 1, Major 2 )
*Nama mengikut Semester.

Semoga Allah membalas jasa dan merahmati kalian... Amiinn...


Kenangan Manis time study Degree...
  • Lawatan sambil belajar di kilang pembuatan 'packaging' di Print Pro... Baru lepas sembuh dari demam.
  • Pot-luck bersama Pn. Elly & Classmates... Masak macaroni goreng banyak-banyak!
  • Barbeque di Tasik Sek 7 Shah Alam.
  • Shooting iklan Cadbury... Subject Dr. Junita.
  • Shooting Music Video dengan Dichi Michi ( Ade juga pengalaman pahit...hahah )
  • Belajar After Effects... Tapi tak pandai-pandai...hahah
  • Menyertai pertandingan Cinemini 2011 untuk kategori iklan animasi sekaligus menang 4 kategori! ^^
  • Pertubuhan Geng Nok-Nok & Mugen Production... Classmates!
  • Latihan Industri di MRM... <3


Kenangan pahit...
  • Major 2... T^T... Apa-apa pun yang berlaku sepanjang belajar subjek ini. 
  • Music Video shooting... Ada best, ade yang tak best... Duit macam air sungai mengalir... Uhuhukk...
  • Pressure dengan assignment... Hahah... Dah biasa... Dah biasa...
  • Tension duduk kat Flat Sek 7... Ada orang main mercun kuat-kuat malam-malam... Nak tido dan buat last minute assignment pun tak senang! Huhuh... 

Kenangan yang manis itu memang indah untuk dikenang... Untuk kenangan pahit pula aku harap untuk lupa semua dan terus maju kehadapan. Sekali-sekali pandang belakang hanya sekadar nak belajar dari kesilapan. Insha Allah... Semua itu yang mengajar aku untuk jadi insan yang lebih baik... Insha Allah...Yang penting sekarang ialah fikir untuk masa depan yang bakal mendatang... Hope everything will be fine... Keep moving on and survive! ^^


Nota kaki : Ok, dah tak perlu nak log in website and student portal bagai... Mungkin kalau aku nak gi Unisel pun untuk nak menjenguk lecturers saje... Apa yang diajar mereka ada keberkatan!

19 August 2013

You'll be missed dearly...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Pada hari Jumaat petang yang lalu (16 Ogos 2013), Warga Unisel telah dikejutkan dengan pemergian bekas pelajar yang bernama Nadia Syazwani Zahari ke rahmatullah. Yep, aku yang mengetahuinya turut terkejut... Sungguh tak disangka-sangka. Nadia Zahari yang aku kenal sejak 3 tahun lalu, ketika kami sama-sama mendaftrakan diri di Unisel. Ketika itu arwah merupakan pelajar baru, aku pula sambung dari diploma. Kami duduk bersebelahan ketika menunggu giliran mendaftar. Dari situlah kami kenal, sehinggalah Jumaat lalu.

Walaupun aku tidaklah serapat teman-tema arwah yang lain, tapi aku tetap terasa kehilangan. Kerana kami pernah berada dalam satu kelas yang sama untuk subjek Web Design, dan apabila berjumpa di fakulti pasti kami akan bersalaman dan berpelukan. Semasa hayatnya, arwah merupakan kawan yang sangat baik budi pekerti dan sentiasa mengukir senyuman. Wajahnya yang kelihatan seperti cina memang sejuk mata memandang. Kehilangan arwah sungguh terkesan di kalangan fakulti FSSR, kerana arwah sangat berbakat dalam bidang grafik, dan juga terkenal dalam bidang photography. 

Dan yang pasti, pemergiannya membuatkan kita tersedar dan menginsafi diri, betapa kerdilnya kita disisi Allah S.W.T... Begitu juga aku... Terasa hidup kita sungguh singkat. Arwah Nadia pergi meningalkan ilmu-ilmu yang bermanfaat... Jom Solat adalah usaha arwah untuk mendidik kita supaya memahami maksud bacaan dalam solat... Terima kasih Nadia diatas keperihatinan dan perkongsian. 

Mash berharap Arwah Nadia Zahari bahagia kerana ramai orang yang mendoakan kesejateraannya disana... Insha Allah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada didalam kalangan orang-orang yang mendapat khusnul khotimah... Amiin...

Terima kasih sebab menjadi inspirasi kepada semua yang mengenali dan diriku sendiri. Syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk mengenali arwah. Personality yang indah milik Nad akan dikenang oleh kami... You'll be missed dearly... Insha Allah...

Kami sepatutnya akan berkonvo bersama pada bulan Oktober ini... Dan paling menyedihkan, arwah akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober ini juga... Aku harap Tunang arwah tabah mengharungi dugaan Allah... We love you, but Allah loves you more... :')


Petikan ayat Al-Fatihah dari Jom Solat















Nota : Seronok ber'wechat' dengan Arwah tempoh hari... Wechat pertama dan terakhir daripada Arwah Nadia Zahari (1988 - 2013)... Insha Allah, aku akan cuba mengikut jejak arwah untuk berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Amiin...

20 June 2013

#Road Trip - Siapa Kawen tu?

Bismillahirahminirrahim...

Assalamualaikum... Seperti didalam post yang lalu, aku ada mentioned pasal majlis kenduri kahwin housemate/classmate yang diadakan di Muar, Johor. So, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aminah atau lebih dikenali sebagai Chot dan suaminya, Shuk kerana selamat menjadi suami isteri... Alhamdulillah... Kawen jugak korang... Semoga kekal sehingga ke syurga... Love until Jannah kata orang... hihi...

On the way to Parit Amal, Muar... Jaja, Kila, Yati & Me...

Thanks to Jaja sebab sudi tumpangkan aku ke Muar... Kalau takde diorang ni rasanye tak sampailah aku ke sana... Alhamdulillah, semuanya ok! Perjalanan pun lancar... Pepagi buta selepas subuh kitorang dah start gerak. Oleh kerana kitorang dari KL, jadi senanglah pergi sekali harung... Time balik je aku tumpang Kak Fazie, Zam, & Fathul..


Rindu korang!!


Berkumpul!! Colourful...

Jumpe Cik Ah! <3

Akhirnya dapat jumpa semula Cik Ah setelah setahun... Cik Ah ni Mak Cik si Chot... Masa Chot bertunang dulu kami pernah menumpang kat rumah beliau... Sangat baik orangnya, dan ikhlas melayan kami yang 'feeling-feeling' pelancong ketika itu... Hahaha... Aku pernah story pasal Cik Ah & Suami kat sini! Thanks sebab pernah tolong aku naikkan berat badan walaupun hanya berkesan untuk sementara! Hihihi...

Small Reunion!! 


Ambik berkat la... Apa lagi??? Haha... *Cantik baju ko Chot!


Bestnya tengok member-member ramai yang dah kawen... Aku pulak dah naik bernanah telinga dengar orang asyik tanya bila nak kawen? Especially kalo balik kampung... Mak Cik-Mak Cik, Mak Jemah semua tanya uolls... Hmmm... Jawap jelah Insha Allah... Hihihik... Doakan aku cepat sampai jodoh ye... Amiinn...


*Thanks to Kak Fazie kerana sudi tumpangkan aku sampai ke pintu pagar rumah... Alhamdulillah... Kalau takde Kak Fazie aku rasa kena jadi orang Muar la gamaknye... Huhuhu...


Nota kaki : Hai, bakal imamku... :)

08 April 2013

Aku benci, tapi aku suka...


Bismilllahirrahmanirrahim...


Masa aku kat sekolah menengah dulu-dulu tu, aku selalu menyumbangkan karya-karya berbentuk penulisan untuk dimasukkan dalam majalah Visi Utama pada ruangan Pena Kreatif. Majalah sekolah SMKSU yang aku miliki sejak mula-mula Visi Utama diterbitkan pada tahun 1998 sehingga tahun 2006 masih tersusun rapi dalam almari. Macamane aku boleh ade majalah terbitan pertama sedangkan aku masuk sekolah tu masa tahun 2002? Ada rahsia disebalik itu…

Ketika itu, aku berada di tingkatan 3. Aku, Yana & Mira tolong cikgu Mahsuri mengemas bilik Panitia Bahasa Melayu yang akan berubah menjadi bilik belajar untuk kelas 4 Sains Bakti. Apa kes aku kena tolong kemas plak? Huhuhu… Biasalah, kitorang ni kan selalu jadi sukarelawan yang berhati mulia… Ececehh… Tapi, bukan pasal tugas kitorang nak dijadikan cerita. 

Sedang-sedang aku mengemas sebuah Almari untuk di pindahkan ke bilik yang lain, tetiba aku perasan ada banyak majalah-majalah berwarna biru tersusun rapi. Aku tergerak hati untuk mengambil dan membelek-belek majalah tersebut. “Eh, Ini majalah Visi Utama tahun 1998!”. Aku selak-selak sehelai demi sehelai… Zaman Abang Razin ni! Abang Razin ialah antara pelajar batch pertama sekolah tu sejak ditubuhkan pada tahun 1995.

“Wei, Yana! Aku terjumpe majalah sekolah yang lame…”
“Mane?”
“Ni haa…” Aku menunjukkan majalah tadi kat Yana & Mira.
“Cam best je…” Kata Mira sambil menyentuh majalah Visi Utama.
“Ade lagi tak?” Tanya Yana ingin tahu.
“Tu haa… dalam lemari tu…” Aku menunding jari ke arah almari buku.
“Perghh… banyaknye!” Yana teruja.
“Aku nak amiklah… Boleh ke ha?” Tanya aku slumber.
“Cube ko tanye cikgu Mahsuri,” Mira member cadangan.
“Ok…”

Tanpa membuang masa dan tanpa memikirkan masa depan, aku, Yana dan Mira pun berjumpa cikgu Mahsuri yang sedang sibuk di suatu sudut.

“Err… cikgu Mahsuri… Nak tanye sikit boleh?”
“Haa… Ada ape?”
“Hmm… Majalah sekolah yang ade dalam almari tu ada orang yang punye ke?”
“Yang mane?”
“Yang ini…”
“Ohh… Takde sape-sape punye… Nak buang sume buku-buku yang ada dalam almari tu…”
“Err… Boleh tak saye nak amik majalah tu?”
“Ambiklah…”
“Terima kasih!”

Mira, Yana & Aku ketika form 3, tahun 2004


Yes! Cepat-cepat aku dan lagi dua orang tu pergi amik majalah tadi untuk dijadikan koleksi masing-masing… So, sekarang dah cukuplah koleksi aku… Majalah tahun lain pun ade, sebab abang aku yang terlebih dahulu sekolah kat sini yakni Sanusi pun dah beli majalah yang sebelum ni. Barulah aku dapat lihat perkembangan & evolusi Visi Utama!

                                    *                                                    *                                                    *

Sejak aku tingkatan 1 lagi aku dah pandai hantar karya pertama aku iaitu Seloka 1 Bakti. Kalau masa sekolah rendah dulu tak de plak aku reti nak tulis-tulis ni. Yep, kebanyakkan karya aku berbentuk Seloka. Ade jugak puisi sikit-sikit. Karya aku yang terakhir plak mase aku di tingkatan 5, yakni cerpen yang bertajuk “ Terima Kasih… Domo Arigato… Thanks a lot!”. Cerpen ni jugak disisipkan pada muka surat pertama dalam ruangan Pena Kreatif. Tapi, kat bahagian terakhir cerpen tu aku letak nama ‘SAM’… Bukan nama sebenar aku… Aku letak nama SAM tu sebab tak nak bagi orang tau la yang aku tulis cerpen tu… SAM=MAS… hehehe… Tapi, ade jugak sesetengah member aku tau bahawasanya aku yang tulis termasuklah Guru Penasihat Editorial Board, Mr Jega. Sejak haritu, kalau dia terserempak dengan aku dia akan panggil, “ Hai, SAM!”. Hahaha… Segan aku dibuatnya.


Kenangan bersama Editorial Board 2006. Mr Jega yang pakai baju kemeja purple! Aku sebagai Penolong Pereka Grafik Majalah. (Okay, boleh cari sekarang kedudukan aku!)


Antara puisi yang aku sumbangkan bertajuk “Aku benci, Tapi Aku suka…” mase Form 3. Puisi ni aku dapat ilham selepas berlakunya peperangan antara Amerika Syarikat & Afghanistan (Kalau tak silap…) beberapa tahun yang lalu. Sebelum tu aku tengok berita pasal peperangan tu dan jugak iklan kempen anti keganasan. Dari situlah hati aku mula berkata-kata, lalu aku tulis luahan perasaan aku pada sehelai kertas…

Aku benci keganasan,
Kerana keganasan berakhir dengan kemusnahan.
Aku benci keegoan,
Kerana keegoan itu punca persengketaan.
Aku benci kegagalan,
Kerana kegagalan itu mendukacitakan.

Tetapi aku suka akan kasih sayang,
Kerana kasih sayang itu membawa kebahagiaan.
Aku suka persahabatan,
Kerana persahabatan itu membawa kegembiraan.
Aku suka kedamaian,
Kerana kedamaian itu menjanjikan keharmonian.
Aku suka akan kejujuran,
Kerana kejujuran menampakkan keikhlasan di hati.

Tetapi kenapa yang dibenci tidak kita tinggalkan?
Sebaliknya kita masih melakukan perkara-perkara yang dibenci.
Dan kenapa yang kita sukai
Tidak kita hargai dan tidak mengamalkannya?
Sebaliknya kita lupa mengapa dan kenapa
Kita dilahirkan ke dunia ini.
Jawapannya hanya berada di dalam
Hati sanubari kita sendiri, Think about it!



Nota kaki : Semoga negara kita dilindungi Allah S.W.T. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...