About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

22 September 2013

1,2,3,4,24... and still counting...


Bismillahirrahmanirrahim...






Syukur Alhamdulillah diatas kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk terus bernafas sejak dilahirkan sehingga sudah mencecah 24 tahun. Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk teruskan kehidupan didunia dan terus beribadat kepada-Mu... Allahuakbar...

Terima kasih juga kerana memberikan aku Ayah dan Mak yang disayangi, Keluarga yang mencinta, sahabat yang dikasihi serta saudara-mara yang baik-baik... Tiada yang kuinginkan selain yang baik-baik sahaja. Dan aku mohon Ya Allah, agar Engkau permudahkan segala urusanku dan juga lancarkan perjalanan dalam mengharungi hidup yang akan datang. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... Aamiin...









Nota Kaki : Dapat hadiah jam tangan daripada En. Muhajir... I'm a happy girl! ^^




29 May 2013

Meanwhile...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Dah lama tak menyelak nota Mashi ni... Berhabuk sudah... Hihihi... Kalau dulu dulu dulu dulu aku rajin menulis sebab takde tempat mengadu (forever alone la kunun!)... Kat blog jelah tempat aku meluahkan perasaan atau berkongsi perasaan. Semenjak dah ada tempat mengadu ni, makin malas pulak nak menulis... Hehehe... Astagfirullaha'zim... Apa nak jadilah dengan ko ni Mashi... Bila la nak jadi seorang yang beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara? Huhuhu... Sabor jelah! Harapnya selepas post kali ini, aku menjadi seorang yang rajin menulis seperti zaman muda-muda dulu... Ececeh..

Anyways, sebenarnya ada sebab-musababnya aku dah lama tak menulis ni... (Haaa... Cubaan memberi alasan la tu! ) Antara sebabnya ialah aku dah ada komitmen pekerjaan, atau dalam bahasa mudahnya aku dah kerja! Puihh... Tak payah nak berkomitmen sangat! Hahaha... Dan untuk menambahkan lagi alasannya ni ialah aku punya waktu bekerja start dari hari Isnin sehingga Sabtu. Hari Sabtu tu kerja halfday... So, kurang sikit waktu senggang untuk menulis uolls! Huhuhuk... Sedih... Tapi takpe... Semua itu pengorbanan namanya! Susah-sudah dahulu, senang-senang tak tau bila... Haha... Senang-senang kemudianlah... ^^

So far, Alhamdulillah... Aku sangat happy dengan apa yang aku dapat sekarang... Syukur Alhamdulillah! Walaupun tempat kerja aku tu jauh jugak, dekat Pandan Indah. Tapi apa de hal kan? Jauh perjalanan luas pemandangan... Ececeh... 


"1 hari je cuti dalam seminggu, tapi saya ok!" - Mashitah Othman, A.G.D.


Sekarang ni apa yang aku sentiasa doakan dan harapkan Allah akan memudahkan segala urusan aku dan memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Amiinn... Tiba masanya untuk  berbakti kepada Mak dan Ayah... Insha Allah...






Nota kaki : Masih dalm tempoh percubaan untuk... doakan aku dapat tetap! Amiinn... :)

18 September 2012

Dulu dan Kini

Assalamualaikum...

Mak pernah cakap, masa aku kecik-kecik dulu aku ni pendiam orangnya... Kurang bercakap, kurang menangis... Bak kata orang tak 'cengeng' la... Mak aku yang cakap la kan... Menangis tu ada... Biasalah, kalau dah kena marah, nangis je la kan... Seingat aku time kecik-kecik dulu aku tak reti nak mengadu... Pasal kalau aku mengadu, nanti aku yang 'kena' balik... Sebab tu masa tadika dulu, ada orang buli aku pun aku tak kabor dengan Mak... Kalau cerita pun, mesti takde respon yang diinginkan... Wahaha... Sabar je la yang aku boleh buat... Nasib baik ada Cikgu Nashibah ( Cikgu Tadika ) yang tolong lapkan air mata dan air hingus yang meleleh... Dari situlah aku diajar bersabar, dan biar je apa orang lain nak buat... Yang pasti, aku percaya Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... Dia sahaja yang layak mengadili... Bukan kita manusia yang serba kekurangan ni...


Ok, tengok tarikh... *wink* 22 tahun yang lalu...


Tak lekang buku tu kat tangan... Aku rasa seperti di'setup'kan... Hohoho..


Confirm... di'setup'kan! Hahaha... "Layankan je la..." Kate aku dalam hati.


Ok, macam takde beza pun dengan sekarang...



Itu cerita time kecik-kecik dulu... 23 Tahun kemudian... Beza betul dengan diri aku yang sekarang ni... Hohoho... Apa kes sekarang dah pandai mengada-ngada? Cengeng? Degil? Ketegaq? Pemalu? Nakal? Banyak mulut? Hihihi... Perubahan tu semua dari diri sendiri jugak... Kita ada pilihan kan?

23 Tahun tu sepatutnya dah cukup matang kan? Pilih la jalan hidup yang lebih baik... Sampai bila nak kekal begini? *terpanah dihati*


Deanna Yusoff ke tu?? Cover magazine tu la...




Nota Kaki : Terima Kasih Ya Allah, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku bernafas di dunia Mu ini... Semoga 23 tahun ini tidak sia-sia dan berharap agar Engkau mengampuni dosa-dosa yang ku lakukan selama ku hidup didunia ini... Amin...

28 March 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasanya aku belum lagi introduce pasal diri aku dalam blog ini. Sebab maybe ada yang belum kenal... Tapi, ade ke yang nak kenal? Hihihi... Bagi yang pernah mengenali aku maybe yang pernah study sama-sama atau yang dah jadi kawan aku, or maybe yang pernah follow blog lama aku tu... Tapi benda yang lepas tak pelu diungkitkan lagi kan? Kena terus melangkah kehadapan. Kalau ada yang terlepas boleh mulakan semula...

Masa belajar kat sekolah rendah dulu korang pernah tak dapat buku dari kawan yang korang baru kenal? 'Buku Biodata?' Mesti pernah kan? Dalam buku tu banyaklah biodat-biodata yang telah dikumpul. Siap ade corak-corak bagai. Ada jugak yang letak bedak kasi wangi sikit! Buku siapa yang berjaya penuhkan dengan biodata memang hidung kembang setamanlah! Pastu compete biodata siapa yang paling berwarna-warni. Banyaklah dakwat pen berwarna dalam buku tu. Pen pinjam pulak tu! Hehehe...

Baiklah... Berikut ialah details mengenai diri aku...




Name :
Mashitah Binti Othman

Age : 
23 Tahun

D.O.B :
18 September 1989 ( Jangan lupa bagi hadiah ye!)

Nationally :
Malaysian

P.O.B :
Hospital Universiti, KL. 

Address :
P & C

Educational Background :
  • Tadika Taski Abim, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ. ( 1995 )
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku, PJ ( 1996 - 2001 )
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama, PJ ( 2002 - 2006 )
  • Diploma in Digital Graphic Design, Unisel Shah Alam ( 2007 - 2010 )
  • Bachelor (Hons) In Digital Graphic Design, Unisel Shah Alam ( 2010 - 2012 )

Events & Participations :
  • Tunas Mekar 2009, Animation & Photography Exhibition at Galeri Shah Alam.
  • Screen Shots 2009
  • DG03 Diploma Show 2010 at Multipurpose Hall, Unisel Shah Alam.
  • Committe of KONMAS 2010 at Unisel Shah Alam.
  • Tunas Mekar 2011, Illustration Exhibition at Galeri Shah Alam.
  • Member of Imagi Studios
  • Nominated in Cinemini Film Festival 2012, "Harapan Si Kecil" & "Realiti dan Fantasi". Winner of the Best Animator Award and Best Screenplay (Lakon Layar) for "Harapan Si Kecil.
  • Member of Mugen Production






Contacts :



Ini sahaja buat masa ini. InsyaAllah kalau nak tahu lagi dengan lebih lanjut... Sila dail 1- 300- 400 -500 dan taip ON RINDU... Hihihik!


P/S : Kalau dah kenal, belum tentu bercinta...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...