About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
Showing posts with label Nota Melekit. Show all posts
Showing posts with label Nota Melekit. Show all posts

20 December 2013

Lamunan terhenti




Kadang-kadang bila tengah happy-happy, seronok-seronok, tengah syok-syok, time tulah ada makhluk yang nak 'cucuk jarum'. Makhluk yang dicipta oleh Allah, yang telah berjanji akan menyesatkan keturunan adam. Time tulah kita mudah leka.

Tapi, adakalanya kita rasa macam ada benda yang tak kena. Rasa tak tenang dan gelisah. Jangan biarkan perasaan tu berlalu pergi. Terus berfikir, betulkah tindakan kita? Kenapa ada perasaan macam ni? Jaga solat dan luahkan apa yang terpendam didalam doa... Mohon dipelihara hati supaya bersih. 

Bila tersedar dari 'lamunan' segera ucap Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk perbaiki diri... 

Wallahu'alam.


Nota kaki : Aku ada 2 cerita best! Insha Allah akan dikongsi pada post yang akan datang...

20 June 2013

rasional vs emosional





Nota kaki : Kalau sebelum ini aku mampu berfikir secara rasional... Tapi sekarang, terlalu emosional! Jangan jadi bodoh... kbai!

10 October 2012

Aku memang best




Bila dah nak dekat Final ni memang mood tak berapa nak best sikit... Tensen dengan projek akhir yang menimbun. Tambah-tambah pulak kena menghadap lecturer. Kalau menghadap saje takpe lagi... Tapi kalau dah nak kena puaskan hati diorang susah jugak... Macam-macam yang dimintak, ada je yang tak kena...

Kengkadang tu ada jugak rasanya hilang hala tuju... Bukan hala tuju hidup kat dunia ni. Tapi hala tuju untuk projek akhir ni... Tak pasti dengan apa yang patut dilakukan dan tak yakin dengan kebolehan diri. Mampu ke aku selesaikan semua tugasan sebelum 'hari keramat' tu tiba?

Tapi, sejak bulan lalu perkataan "Buat apa yang kita minat" asyik bermain kat fikiran. Kalau ikut kata hati aku ni, sumpah aku memang nak buat sesuatu yang aku minat. Sebab aku rasa ralat sangat masa diploma dulu aku tak buat something yang aku minat. Sebab rasa takda apa sangat untuk dibanggakan, atau dalam erti kata lain rasa tak puas! (Manusia memang tak pernah nak puas!)

Akhirnya aku cuba jugak untuk buat sesuatu yang aku minat tadi... Aku rasa bersemangat. Excited nak buat... Pada mulanya, memang excited... Pastu tak sangka pulak benda yang aku buat tu jadi tak elok... Apa yang aku tengah buat ni sebenarnya?? Kenapa jadi buruk? Kenapa skill aku jadi tumpul? Aku tengah kesuntukan masa ni! Time camnilah aku dah start putus asa... Terus jadi blank... Habislah Final aku! Aku biarkan semua peralatan bersepah dalam bilik... Fed up! Aku STOP! Sudahlah tengah demam, selesema dan batuk... Ok, aku cuba bagi alasan... (Lemah kan aku?)

Keesokkan harinya, bila aku bangun dari tidur... Aku tengok peralatan yang bersepah... So, camne? Apa cerita ni? Takkan nak biarkan gitu je kan? Selesai je breakfast aku start sambung projek yang terbengkalai... Tarik nafas dalam-dalam... Dalam hati aku terbit pula perkataan "Aku memang best!" yang di'repeat' berulang-ulang kali... Untuk membenarkan diri aku menjadi positif...

"Aku memang best! Aku memang best! Aku memang best!
*nampak macam poyo... tapi peduli hapa aku! Hehe...


Selesai je projek, aku renung hasilnya... Kali ni aku senyum... "Ye, aku memang best!" Hahaha... *gelak riak lagi takbur*... Akhirnya aku puas hati... Alhamdulillah... Tak sia-sia aku pilih untuk bersabar dan tak putus asa... *wink*




Nota Kaki : Lecturer aku dah tengok, dan pertama kali aku rasa mereka betul-betul suka dengan apa yang aku buat. Walaupun mereka melihat perjalanan aku nampak 'senang', tapi hakikatnya tiada siapa faham apa yang aku lalui. Melawan sifat negatif dalam diri lebih susah daripada melawan musuh. Wallahualam...



02 September 2012

Tujuan Hidup




Ada pernah satu ketika, aku seakan-akan dah hilang kudrat... Sedih dan peritnya macam nak gugur jantung. Pada ketika itu, terasa badan aku ni bukan milik aku lagi. Kaki tak terasa jejak pada lantai dan lemah lesu... Aku terfikir, macamana aku nak teruskan hidup ni?

Tapi itu dulu... Sebelum aku tersedar daripada 'mimpi'... Bila ingat balik terasa kesal... Kecewa dengan sikap aku yang dulu tu... Mana entah perginya Iman aku... Mana hilangnya kewarasan? Pathetic! Tau tak pathetic?

Alhamdulillah... Sekarang, everything is back to normal... Bila kita dapat berfikir secara waras dan kembali kepadaNya, terasa manis bak gula! :)


Nota Kaki : It's okay if you falling down, you can always stand up again! :)

05 July 2012

Say it out loud before it's too late...



























Apa yang kita cakap, kadang-kadang boleh disalah tafsir. Mungkin kata-kata kita tu untuk kebaikan, tapi adakah kita ambil kira penerimaan orang itu. Boleh menimbulkan konflik sekiranya orang itu memproses maklumat secara negatif. Miscommunication! Yep, kita tak boleh kawal macamana orang itu memproses maklumat. Tapi cara kita cakap, kita sendiri boleh mengawalnya...

Sebab itu sebelum berkata sesuatu kita kena fikirkan cara yang terbaik untuk bercakap dengan dia. Kadangkala kata-kata kita tu dah betul, cuma cara penyampaiannya salah...


"Korang takde kerja eh?"





Nota kaki : Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata mana aci nak undur-undur! hik...

08 June 2012

Mix feeling


Nota kaki : Someone said that to me. Made me think again... And I smiled because he's got the point!

12 May 2012

Prinsip




* Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tutur kata kita mencerminkan personaliti. Kalau ada yang pernah menyakiti, let them be... Biar Allah yang membalasnya. Siapa kita untuk menghukum dan mengadili? Apa hak kita untuk membalas? Berdiam diri bukan bermakna kita takut. Berdiam diri juga satu kemenangan.



Nota kaki : Dah lama tak update. Diam-diam ubi berisi takpe... :P

25 April 2012

Kenal, Cinta, Hargai

Assalamualaikum...

Bumi yang tiada rimba, seumpama hambar... Ia dicemar manusia, yang jahil ketawa. Masih ingat lagi tak dengan bait-bait lirik lagu 'Hijau' ini yang dipopularkan oleh Zainal Abidin? Kepada yang membesar pada zaman 90s mesti tak asing lagi dengan lagu ni. Sebenarnya lagu ni salah satu lagu favourite aku. Sangat bererti dan mendalam maksudnya tapi mudah difahami.

Lagu ni berkisar tentang alam. Kalau cakap pasal alam, semua orang tahu yang alam ni dipinjamkan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Amanah yang perlu kita jaga sebaiknya. Macam kita pinjam barang kawan kita, dah tentulah kita guna dan dalam pada masa yang sama kita kena jaga supaya tidak ada cacat-cela sebelum kita pulangkan semula pada pemiliknya. Semua orang tahu kan? Tetapi ada juga yang masih buat-buat tak tahu.

Semasa aku berada ditingkatan 1, aku telah menyertai satu kelab yang diberi nama Kelab Pencinta Alam (KPA). Aku pun dah lupa kenapa aku join kelab ni, sebab penasihat kelab ini ialah Guru Disiplin yang paling digeruni kat sekolah SMKSU. Macam saje nak tempah tiket untuk gantung diri! Tetapi rupanya takde apa-apa pun yang perlu ditakutkan. Semua orang tak tahu betapa menariknya join kelab ni. Pelajar lain tak tahu yang banyak ilmu yang kitorang dapat sepanjang menjadi ahli KPA. Yang paling best sekali, semua pelajar tak tahu yang Guru Disiplin yang paling garang tu sebenarnya tak pernah meninggikan suara semasa kitorang menghadiri perjumpaan kelab ni, apatah lagi kena maki! Semuanya sebab perkataan 'Tak Tahu' tadi lah...

Kenapa tak tahu? Sebab tak nak ambil tahu... Kenapa tak nak ambil tahu? Sebab ego tak menentu... Kenapa perlu ego? Sebab rasa diri itu lebih hebat... Siapa yang paling hebat? Yang Maha Hebat itu hanya satu... Maha Pencipta.

Aku ingin berkongsi satu formula sayangi alam yang pernah diajar oleh Guru Penasihat KPA. Sejak hari pertama aku didedahkan dengan formula ini, dan melalui pengalaman ilmu bersama KPA, barulah aku benar-benar dapat mengenal, cinta dan hargai alam ini.

Kenal - Cinta - Hargai

Kenal. Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta". Macam bila kita nak kenal - kenal dengan orang yang kita suka... Kena tahu dulu latar belakang orang tu, selidik mengenai tingkah laku dan pe'el dia. Suka tak bermakna kita cinta dia betul tak? Bila agak-agak dah kenal, dah serasi dan berkawan barulah kita start cinta dia kan? Kalau dari segi islamnya, kita 'taaruf' dulu atau merisik le... Haaa... Samalah macam kita nak kenal dengan alam ni. Kita kena tahu siapa penciptanya, kemudian kita kaji tentang kejadian alam ni dan banyak membaca tentang fenomena alam. Dari situ, sedikit sebanyak kita tahu apa sebabnya Allah ciptakan alam ini?

Cinta. Bak kata Rahul dalam filem Kuch-Kuch Hotak Hang Hota Hai, "Love is Friendship" Mengambil contoh sayang sesama manusia tadi, cinta itu datang bila kita kenal seseorang itu. Kenal dari segi kita dah berkawan, mesti kita rasa happy sebab kita ada teman yang rapat. Kita perlukan dia bila kita kesusahan. Pada masa yang sama kita juga sayang kawan kita tu, cuba untuk menjaga hati dia dan ada rasa tanggungjawab untuk menjaga dia. Sweet tak? Begitu jugak bila kita dah kenal dengan alam ini, barulah kita rasa cinta. Sebab kita tahu, manusia dan alam saling memerlukan antara satu sama lain. Bila kita memelihara alam ni sebenarnya, kita sedang memelihara proses kitaran hidup diri kita dan juga alam sekitar. Kita pun akan rasa aman dan damai dibumi sendiri.

Hargai. Cinta itu mengajar kita untuk menghargai. Biasanya kalau dah sayang sangat-sangat dengan seseorang atau dengan benda sekalipun, mesti kita jaga dan hargai kewujudannya. Sampai orang nak usik sikit kita dah tak senang duduk. Mesti kita sanggup melakukan sesuatu demi seseorang atau sesuatu itu. Sebab bagi kita, dia atau benda tu sangat penting dalam kehidupan kita. Tapi ada jugak selalu kita dengar orang kata, " Kita akan lebih menghargai orang itu apabila dia sudah tiada ". Ayat penyesalan ni selalu timbul bila kita dah kehilangannya. Macamana dengan bumi dan alam ini? Apa yang dapat kita lakukan bila ia sudah tiada? Nak menyesal pun tak berguna. Semuanya sebab kita tak belajar untuk menghargai.

Peringatan ini untuk diri aku dan sesiapa yang sudi membaca. Selepas aku dah kenal, cinta dan hargai ni, barulah aku mendapat kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Selalunya kalau makan makanan yang berbungkus, mesti aku buang dalam tong sampah, takpun aku simpan dalam poket atau dalam beg sebelum buang sampah kat rumah. Mungkin bagi korang benda tu remeh. Tapi cuba tengok disekeliling korang. Benda yang remeh tulah yang selalu orang tak ambil peduli. Sampah-sampah ini juga yang mengganggu penglihatan korang dan bagi penyakit kat korang.

Kita kena ingat, setiap perkara yang berlaku tu bersebab. Sedangkan kita hidup kat dunia ni pun bersebab. Jadi, sempena Hari Bumi pada 22 April 2012 lepas, jom kita mula menjaga bumi kita dengan mengamalkan formula Kenal-Cinta-Hargai ini! :)




P/S : Cikgu Rahimy, bila agaknya kita dapat bertemu lagi? Buku Nota pemberian cikgu masih lagi saya simpan dengan baik. Cikgu garang sangat, tapi cikgu ialah cikgu Seni yang saya kagumi. :)

06 April 2012

Apa yang kau mahu?


P/S : Dah start busy... Mungkin nota ini bakal disaluti dengan habuk-habuk... Ahhhh... tak suka! tak suka! Hehehe!

20 March 2012

Sendiri





P/S : Mungkin sebelum ini kita asyik bergantung pada manusia yang serba kekurangan. Apa kata kita beralih kepada Allah Yang Maha Kekal. Kita tidak akan keseorangan selagi kita percaya kewujudanNya. Dia tidak pernah tidur, Dia sentiasa mendengar luahan dan permintaan kita. Jangan sesekali jemu meminta pertolongan daripadaNya, sedangkan Dia tidak jemu mendengar keluh kesah kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...