About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
Showing posts with label Nota Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Nota Peribadi. Show all posts

15 July 2014

Miss me?... Not!

Assalamualaikum...

Waahh... banyaknye habuk! Huhuhu... Lama dah tak menyelak helaian nota Mashi ni... huhu... Apo nak jadi ni? Mujurlah hari ni tetibe terasa rindu nak menaip. Bersyukur sangat sebab ada cuti Nuzul Quran ni... Dapat juga masa nak berehat dan membuat aktiviti yang berfaedah dirumah... Alhamdulillah...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang 'tersinggah' kat blog ni... Itupun kalo ade.. Hahah... Hari ni bertarikh 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadhan... Dah setengah bulan sebelum nak masuk Syawal... Alhamdulillah... ^^

Bila dikira-kira berapa lama aku tinggalkan blog ni agak-agak dah 6 bulan tak sentuh! Dahsyat juga ye? Apa yang telah berlaku ni? Dah lupa diri ke? Huhuhu... Anyways... Sebenarnya maca-macam cerita yang terjadi sepanjang 'kehilangan' diriku didalam blog ni. Cuma aku je yang malas nak menaip... Mungkin juga faktor ke'busy'an aku sejak masuk kerja baru awal tahun ni menjadikan aku kekurangan masa untuk menulis... Mungkin juga sebab aku dah ada tempat untuk meluahkan perasaan? Hahaha... Ecececehh... Poyo! Tapi, seriously memang busy sampi takde mood nak log in blogger. Ditambah-tambah dengan membuat persiapan menjelang hari bahagia...?? Poyo lagi! Hahaha...

So, tujuan hari ini aku mula kembali ni untuk menebus 'dosa'  aku yang telah meminggirkan nota milik aku sendiri yakni 'Ini Nota Mashi'...

The Story Starting from here....

1) Kerja Baru
Sepertimana yang telah diceritakan didalam entri yang lalu, aku telah bertukar opis yang lebih dekat dengan rumah Mak dan Ayah... Memang dekat sangat, tak tipu! Dari rumah ke opis dengan berjalan kaki mengambil masa kira-kira 10 minit... Tengok jugaklah cara aku berjalan... Kalau macam malas-malas ke, atau sesaja jalan macam Cik Mala janda berhias, boleh la sampi dalam 15 minit. Tapi biasanya memang aku jalan laju je... So, 10 minit jela masa yang diambil untuk sampi ke opis... Itulah kelebihan yang aku dapat bila dah tukar tempat kerja. Sebelum ni jauh sangat sampai ke Ampang nuuu...

Tapi bila dah ade perkara yang best, mesti ada jugak benda yang tak best! Kat tempat baru ni lebih stress dan kena banyak Overtime.. Huhuhu... Kerja pun bertimbun gaklah... Cuma sekarang aku redha dan bersyukur... Walaupun balik lewat malam, tapi rumah aku dekat... Takdelah risau atau gelisah bila hari dah gelap... Kalo tak berani balik malam-malam, aku masih boleh mintak tolong abang aku amik kat opis... Haaaa... Ape de hal kan? Rilek je... :)

Kenangan ketika di majlis 'Annual Dinner' bersama team Advertising & Visual di
Hotel Royal Chulan.

The Ladies... ^^

Peace!

Bersama Diva La Dibah Noor... ^_^

Pertandingan Bowling inter staff... Dapat juara dalam 12 Orang pemain!
Hahaha... Yang sangat tak sangka... Main macam ape pun boleh menang...
Alhamdulillah nasib menyebelahi aku.. :)


2) Persiapan Kawen
  • Kad Kawen... Check!
  • Baju nikah & Baju Majlis... Check!
  • Katering... Check!
  • Photographer... Check!
  • Lokasi Nikah & Sanding... Check!
  • Make Up... Check!
  • Medical Check Up... Check! (Alhamdulillah, sihat sejahtera! ^^v)
  • Hantaran... Belum Complete... huhuk
  • Goodie bags... Not Yet!
  • Bla...blaa... bla... 
Kad Kawen & Boutique Hunting... Bersama Mimi & Mr Jay

Adik-beradik tengah pilih Kad Kawen... Almaklumlah nak buat kenduri
sekali 3 pasang... Haaa... Power tak?


Melangkah kaki ke Pameran Pengantin di Shah Alam Convention Centre...
Rambang mata uoollsss...


3) Lain-lain Aktiviti
Menjalani kehidupan yang biasa... Ada naik dan ada yang turun... Ada happy, ada yang kurang happy... Sekarang ni banyak fikir untuk mempersiapkan diri memasuki alam baru... Kena ada fokus dan goal... Apa-apa pun perancangan tu kena ada... If fail to plan, then you plan to fail... 

Classmate ku sudah berkahwin... Tahniah Syairah & Suami...

Mari kita imbas kenangan dulu kala... Hahah...


Meneroka Bukit Gasing bersama Kausyar... Kat dengan rumah je ni! Haha...

Panjat punya panjat, sampi juga ke menara gading... heheh...

I was here bebeh...

Acah-acah tabik hormat...


Haaa... Tu jelah ceritanya... Huhuhu... Yang penting kita enjoy! Hehehe... Baiklah kawan-kawan, sampi sini saje tenaga aku nak menaip dibulan puasa ni... Hahah... Insha Allah aku akan cuba merajinkan diri untuk menulis lagi ye... Doakan... Hehehe...

Selamat Berpuasa... Selamat berbuka puasa... dan selamat bertarawikh di surau dan masjid...

Wallahualam...

nota kaki : Hari ni nak berbuka dengan En. Tunang... kbai!


29 December 2013

Tahun kesyukuran...


Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas dibumi Allah S.W.T. sehingga ke hari ini. So, rasanya ini ialah post terakhir untuk tahun 2013. Say what?? Dah terakhir? Pejam-celik-pejam-celik dah nak masuk tahun baru! Nampak sangat masa tu berlalu dengan pantas tanpa kita sedar... Jadi, adakah masa yang kita dapat telah dimanfaatkan dengan sebaiknya? Haaa... Lu pikirlah sendiri! Hihihi... 

Kalau nak buat review untuk apa yang berlaku sepanjang tahun ni, apa yang dapat disimpulkan ialah tahun 2013 adalah tahun yang sangat bermakna bagi kehidupan aku. Buat masa ini lah! Hehehe... Sebab tak  tahu lagi untuk tahun yang seterusnya macamana... Mungkin lebih best, atau mungin juga sebaliknya... Who knows?

Apa yang bestnya tu? Well, banyak perkara dan event dimana menjadi titik permulaan dalam perjalanan hidup aku selepas study... Obviously! Yep.. Aku dah tamatkan pengajian selama 2 tahun setengah dalam bidang Seni Reka Grafik di Unisel... So, lepas grad aku dah start bekerja. Which is satu pengalaman baru bagi aku... Paling tekanan sekali sebab ada sesi interview... Hahah... First time ok! Dia punya nervous hanya Allah sahaja yang tahu. Peluh betina semua keluar... Dan bukan sekali je aku menghadapi interview tu.... Tapi yang menariknya, bila first time tu agak kekok... Tapi bile dah kali kedua, ketiga dan kali berapa entah baru rasa rileks sikit... Ade improvement la bak kata orang. Semua tu pengalaman... 

Akhirnya, aku dapat diterima untuk bekerja di satu company Advertising & Signcraft area Pandan Indah... Terus dapat jauh bak hang! Masa tu dah tak nak pikir banyak, terus terima je since dah 4 bln menganggur... Apa yang sampai dulu aku grab... Demi mencari pengalaman... Jauh ke, dekat ke, gaji berapa pun tak kisah dah... Aku nak pengalaman bekerja as designer! Nak rasa gak pressure dia camne... Dan nak rasa macamana nak liase dengan client... Phewww... Boleh tahan dia punye cabaran! Hahah... Alhamdulillah, pengalaman pertama ni banyak juga mengajar aku erti committed dan serious dalam kerjaya... Sekarang ni bukan zaman study lagi dah... This is reality! Lagi-lagi kena hadap client... Memang kena meet the expectation... =.=!!

Naik LRT ke Ampang, turun kat sini...


Sebelum aku dapat kerja, aku telah mengikuti kelas memandu... Hehehe... Lambat sikit masuk kelas memandu... Umur dah 24 tahun barulah berpeluang nak amik lesen kereta... Noob! Hahah... Habis tu kalau dah rezekinya dapat sekarang? Nak buat macamane kan? Syukur Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya aku dapat keluarkan duit sendiri untuk amik lesen... *wink!*


Sekolah untuk jadi pandai memandu!


So, aku pilih Safety Driving Centre (SDC) sebagai sekolah untuk aku belajar memandu kereta... Sekolah turun-temurun adik-beradik aku...Hahaha... Sebab dekat je dengan rumah... Lagipun kat situ memang dah ade trek sendiri... Senang sikit nak belajar. Oh, ya... Thanks Cikgu Normala sebab sudi ajar aku yang blur-blur sotong ni! Hahaha... Setiap kali pegi kelas je nervous... Nak bawak kereta kat atas jalan raya lagi la nervous... Puihh! Tak pasal-pasal kena amik test sebanyak 2 kali... Sebab kantoi kat bahagian bukit dalam trek... Nasib baik la ujian jalan raya pass! Alhamdulillah... ^^v....


Bukti aku ada lesen... hehe... Saje tutup alamat sebab tak nak bagi korang hantar rombongan... XD


Sepanjang tahun ni aku rasa yang aku paling perasan ialah tahap kesihatan aku. Alhamdulillah sangat baik! Bila fikir balik macam miracle pun ade... Sebabnya time study dulu, hampir setiap bulan aku dapat demam... Selalu gak pergi klinik.. Tapi, sejak dah tak study ni so far aku rasa ade la dlm 2 kali je amik MC... Hihihi... Ada jugak la tapi tak selalu... Aku rasa mungkin faktor persekitaran dan mental banyak mempengaruhi tahap kesihatan diri ni. Yela, dulu stress pasal study... Degree plak tu kan? Dari segi persekitaran pulak sebab sekarang duduk dengan family... Tak dapat dinafikan tahap pemikiran menjadi lebih positif... Huhuh... Lebih selesa dirumah sendiri... Dan berada disamping family... There's no place like home! Ececehh... 




Bagi aku, kemuncak peristiwa sepanjang tahun 2013 ialah hari pertunangan aku la of course! Ekekeke... Event penting uolls untuk tahun ni... Huhu... Kitorang plan dalam sebulan je kot... Secara tiba-tiba... Sepatutnya kitorang plan selepas je konvokesyen bulan Oktober tu, terus tunang nak hantar rombongan meminang. Tetapi terpaksa tunda diatas sebab-sebab tertentu... Faktor masa dan komitmen. Alhamdulillah everything went smooth... Seminggu sebelum tunang, barulah nak cari cincin... Haaa... Nampak tak memang plan last minit je... Yang bestnya bakal mak mertua dan adik ipar pun join sekali pilih cincin... Hehehe... Mintak pendapat 'senior' la... Hihihi... Best sangat! Dapat juga aku berjalan-jalan disekitar Banting dan Morib... Pertama kali jejak Pantai Morib!

Kenangan di Morib bersama bakal adik ipar & bakal mertua.. Peace!

Phewiiitt!



Untuk penambah perasa ke'best'an tahun 2013 ni, aku telah di'offer' oleh sebuah syarikat yang berdekatan dengan rumah ku dibahagian Advertising & Visual Merchandising. Suatu peluang yang sangat baik! Alhamdulillah... Jadi, aku akan mula bertugas ditempat baru pada pertengahan bulan Januari tahun 2014... Perasaan aku sangat happy yang tak terkata! Memang banyak kali doa nak dapat kerja yang dekat dengan rumah... Alhamdulillah dimakbulkan! Mak dan Kak Mun kata "Mungkin rezeki orang nak kawen..." Hahaha... Yep, berita dapat offer tu ialah 2 hari sebelum aku bertunang... How's that?? Ke'happy'an berganda! Syukur Alhamdulillah... Thank you Allah! Berita untuk berhijrah ke company baru ni something yang tak expect berlaku dalam tahun ni. Sebabnya aku plan selepas setahun berkerja barulah nak cari pengalaman lain pula... Konon nak cukupkan setahun pengalaman... Tapi, rezeki dapat awal sikit daripada apa yang dirancang... Sebab tu happy sangat! 


A016
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Dalam pada mengingati hari yang menggembirakan, ada juga suatu peristiwa yang menyedihkan dan tak dapat dilupakan. Keluarga kami kehilangan seorang nenek yang disayangi pada bulan Mac yang lalu. Nenek disebelah keluarga mak... Satu-satunya nenek yang ada sehinggalah dia meninggal dunia... Sekarang ni dah takde orang yang paling tua dalam keluarga... Kehilangan arwah sangat terasa bila tiba Hari Raya Aidilfitri... Tahun ni kami pulang pada hari raya yang pertama. Tak seperti sebelum ni... Sehari atau dua hari sebelum raya mesti pulang awal... Nak tolong buat persiapan raya... Berbeza untuk kali ini... Mungkin juga untuk tahun-tahun yang akan datang... Semoga roh Arwah Wan dirahmati Allah S.W.T... Al-Fatihah...

DaripadaNya kita datang dan pada DIA juga kita kembali... Mati itu pasti, hidup tu... Insha Allah... Semoga kita sentiasa menjadi bijak dengan mengingati mati...

Jadi, ini sahajalah rasanya review aku untuk tahun ini... Harapnya tahun ini juga ialah tahun yang best kepada yang membaca... Mari sama-sama doakan kesejahteraan hidup kita untuk tahun-tahun yang akan datang... Yang penting, semoga hidup kita mendapat keredhaan dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Amiinn...

Wallahu'alam...

Selamat tinggal 2013... And welcome 2014...


Nota kaki : Oh, ya... tahun ni jugak aku dah dapat sijil kursus kahwin! hahah... Best! Nak start selak chapter baru... Chapter 2014! ^^

22 December 2013

Reserved!



Assalamualaikom... Kom apa? Kombat! Bat apa? Batman... Man apa? Mentol! Tol apa? Tolak... Lak apa? laksa... Sa apa? Satu... Tu apa? Tu... Tu... Tu apa ek??


"Nanti awak nak pakai baju ape?" Tanya Mak kepada ku.
"Baju raye jelah..." Jawab aku sambil tersipu-sipu. Aku dah start malu ni.
"Baju raya yang mane?" Tanya Mak lagi.
"Ala, baju raya lepas tu... Warna hijau..."
"Oh, yang tu... Haa... Takpelah, nasib baik cantik!"
"A'ah... Lagipun jarang pakai baju tu. Baru pakai berapa kali..."
Kak Mun yang berada disisi Mak pun bertanya, "Nanti siapa nak make-up kan awak?"
"Make-up?? Ish... Tak nak lah..."
"Eh, kenalah make-up sikit... Apelah..." 
"Entah... Orang nak bagi dia lawa..." Mak aku back-up Kak Mun. Nampaknya aku takde defender!

Aku macam nak pitam! Sejak hari tu aku rasa tak keruan. Aku selalu impikan sesuatu yang simple. Tak nak over dan bersederhana. Aku memang suka sesuatu yang cantik dipandang dan nampk grand. Cuma bila kenakan kat diri aku, aku jadi segan... Kalau nak tau aku ni penyegan orangnya... Puihh!! Hahaha... Antara sebab juga kenapa aku nak pakai baju raya tu sebab tak nak membazir untuk cari baju lain. Nak-nak pulak dah kesuntukan masa kerana kerja dari Isnin sampai ke Sabtu. 

Perasaan tak keruan ni bermula dua minggu sebelum 8 Disember 2013. Aku rasa Mak lah yang paling serabut fikiran dalam masa dua minggu tu. To be honest, Mak banyak tolong buat persiapan. Aku tak buat apa-apa sangat memandangkan aku sedang sibuk bekerja. Bila dah hujung-hujung hari je aku sempat tolong apa yang patut... Huhuhu... Thanks Mak!

So, tibalah saat yang dinantikan... Pada 8 Disember 2013, keluarga kami menyambut ketibaan tetamu yang sangat istimewa...








Perbincangan antara dua keluarga... Aku dirisik!



Selamat dirisik... Ketor jariku tak dapat dibendung! Hahaha...

Dan akhirnya aku bertunang... Yep, merisik dan bertunang sekali gus! ^^


"Thank you bebeh..." Ucapku sambil mengucup tangan bakal mertua...hahah... *dialog tipu semata-mata*

Bersama dengan nenek-nenek sebelah tunang... Kalaulah nenek-nenek ku masih ada... Miss you Wan... :')

Bestnye dapat mak-mak yang awesome!! Thanks Mak... Ailebiu...

Ecececeh... Sweet... heheh... 

Bersama bakal adik-adik ipar...

Nisa, Mimie, Mash & Kak Syima... Peace yo!

We'oulls dah bertunang... Opsss! Hihikk..

My childhood friends jugak datang... Jiran terdekat...


Malulah...hihihik! love u girlsss... Muahh!!

Anak buah dan Kak Mun yang paksa aku make-up! Hahah... Thanks by the way... :P

My photographer of the day! Abg Mie... Upah beliau dengan tembikai blended buatan sendiri... Hahah.. Thanks bro!

Ehemm....



Alhamdulillah, selesai sudah satu fasa. Segalanya berjalan dengan lancar. Thanks to the mastermind nye yakni Mak. Terima kasih Mak dan Ayah sebab dah rancang sehabis baik dan seterusnya selamat sudah urusannya. Masih ada satu lagi fasa. Thanks juga kepada family ku yang bertungkus-lumus dan memberi kerjasama dalam semua hal.  Just get ready untuk menghadapi fasa seterusnya nanti. Aku juga perasan Mak nampak happy semacam.... Heheh... Alhamdulillah...

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat ku yang hadir untuk menenangkan jiwa ku yang gundah gulana selama majlis berlangsung... Not really majlis, sebab memang dirancang untuk family je... Dan memang majlis macam nilah yang aku impikan. Mudah dan simple. Alhamdulillah... Thanks kepada sahabatku Wani yang jadi mak andam... Kesian dia sebab kena layan aku yang banyak cengkadak ni... Hahaha... Bergaduh sebab tak nak bagi dia mekap tebal-tebal... Hahah... Thanks bebeh... Kakak-kakak ku kata cantik ko mekap, Wani! ^^

Doakan untuk kami melangkah ke fasa seterusnya, ya! Insha Allah... Kalau dah confirm tarikh nanti akan dikhabarkan kepada semua rakyat jelata... Ececehh... Insha Allah...



Nota Kaki : Sebelum hari pertunangan tu, macam-macam konflik jugalah... Tapi, bila dah sampi harinya, Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah... Syukur, Ya Allah... Terima kasih atas segalanya. Berikan kami ketenangan dan ruang untuk menjadi lebih baik dan bertaqwa kepada-Mu... Amiin...

05 November 2013

Oh, Taragang Rasuk!*


* Oh, taragang rasuk = Oh, Si Baju Merah dalam bahasa Kadazan Dusun. ( Tajuk lagu yang aku belajar masa darjah 2 kalo tak silap! )

Assalamualaikum... Rasanya macam dah lama tak selak nota Mashi ni. Berhabuk sudah... Huhuh... My bad! Sejak kebelakangan ni busy dengan kerja. Penat sampai takde mood nak buat sesuatu yang aku suka... I need a vacation! Waaaa... Ok, stop! ini bukan masanya untuk aku bersedih... There's no reason to be sad... I should celebrate! Yep... Apakah itu?

Well... Pada 26 Oktober 2013 yang lalu aku telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik secara official!! Yieehhaaa... Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya aku telah bergraduasi... Sungguh, aku bersyukur... Finally aku telah berjaya harungi dugaan dan cabaran sepanjang study... Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan penulisan. Cukup sahaja hanya Allah sahaja yang mengerti...

Seingat aku, time mula-mula daftar diperingkat Degree... Aku tak berapa yakin. Boleh ke aku bertahan sampai semester akhir? Dah tentu dugaannya lebih dahsyat daripada time diploma... Tapi, dari hari pertama aku dah berazam nak teruskan dan berusaha untuk dapat result yang paling best! Walaupun mustahil nak gapai bintang, sekurang-kurangnye dapat sentuh sentuh awan pun jadilah kan? Rezeki Allah bagi, tapi kita pun kena usaha untuk mencari... Haaa... 


Thanks Demi Lovato... Sampai hilang suara hari-hari dok jerit! :P

USAHA > DOA > TAWAKAL... :')



Usaha, doa dan tawakal... Tak dilupakan juga kepada individu-individu yang turut sama berada disisi demi merealisasikan impian aku ini... 

My Parents yang melahirkan dan mendidik aku... <3
I just want them to be proud of having me as their daughter...


Lecturers... Thanks like a million times! ^^

En. Rini yang kat sebelah aku tu... Sifu Drawing (diploma) & Animation (degree).

The Noks... Haha... Classmate ku yang awesome!!

Classmate besarrr... BG11 A...


Zam... Sahabat yang sentiasa bersama sejak dari Diploma dan akhirnya degree... 5 tahun weyh!!

Bagi aku, Zam is the real S.S.B! Mane boleh lupa nama group yang pertama dicipta sejak Diploma. Ketika itu S.S.B ada 4 orang ahli. Dan nama tu melekat sehingga habis diploma. Classmates aku termasuk En. Izham (Lecturer) selalu menggelarkan kitorang dengan nama tu. Tak payah susah-susah sebut nama setiap seorang, bila sebut S.S.B, semua dah tahu siapa...Haaa.. gitu! Susah-Senang Bersama, itulah S.S.B! Selepas tamat Diploma, S.S.B dah berkubur... Kerana masing-masing membawa haluan sendiri... Sejak Degree nilah aku kekal bersama dengan Zam. Kalau ada group assignment, kitorang tetap selesa bersama... Thanks Zam... Banyak sangat memori suka dan duka kita bersama... 5 tahun tu... Terima kasih sebab sudi layan kawan macam aku yang banyak cengkadak ni haa.. Hahaha... Happy gile bila nama kita berdua dalam first class honour... ^^ Tahniah Zam!

Bersama parents masing-masing...<3


Dikesempatan ini juga Mash sangat-sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang menyampaikan ilmu yang sangat berharga kepada Mash sepanjang pembelajaran di Unisel, Shah Alam...

1.  Dr. Junita ( Graphic Communication )
2. Pn. Irina Muis ( Graphic Reproduction )
3. Prof. Hashim Hassan ( Basic Typography, Major 2 )
4. En. Zaim ( Basic Illustration )
5. Pn. Lita @ Aliyaah 
6. En. Khairol Ezedy Abdul Rahman ( Electronic Print Publishing, Web Design )
7. Dr. Ghazali @ GD Marang ( Digital Packaging Design )
8. Dr. Vincent ( Multimedia Design, Online Advertising )
9. Pn. Ellyna Bt. Hashim ( Advertising & Marketing )
10. En. Zulkifli B. Yusoff ( Corporate Branding )
11. Pak Mat ( Multimedia - 2D Animation)
12. En. Rini Fauzan ( Multimedia - 2D Animation )
13. En. Kamal ( Art Direction & Story Board )
14. En. Sayuti Che' Tajuddin.
15. En. Ibrahim ( Major 1 , Major 2 )
16. Prof. Dato' Raja Zahabuddin ( Major 1, Major 2 )
*Nama mengikut Semester.

Semoga Allah membalas jasa dan merahmati kalian... Amiinn...


Kenangan Manis time study Degree...
  • Lawatan sambil belajar di kilang pembuatan 'packaging' di Print Pro... Baru lepas sembuh dari demam.
  • Pot-luck bersama Pn. Elly & Classmates... Masak macaroni goreng banyak-banyak!
  • Barbeque di Tasik Sek 7 Shah Alam.
  • Shooting iklan Cadbury... Subject Dr. Junita.
  • Shooting Music Video dengan Dichi Michi ( Ade juga pengalaman pahit...hahah )
  • Belajar After Effects... Tapi tak pandai-pandai...hahah
  • Menyertai pertandingan Cinemini 2011 untuk kategori iklan animasi sekaligus menang 4 kategori! ^^
  • Pertubuhan Geng Nok-Nok & Mugen Production... Classmates!
  • Latihan Industri di MRM... <3


Kenangan pahit...
  • Major 2... T^T... Apa-apa pun yang berlaku sepanjang belajar subjek ini. 
  • Music Video shooting... Ada best, ade yang tak best... Duit macam air sungai mengalir... Uhuhukk...
  • Pressure dengan assignment... Hahah... Dah biasa... Dah biasa...
  • Tension duduk kat Flat Sek 7... Ada orang main mercun kuat-kuat malam-malam... Nak tido dan buat last minute assignment pun tak senang! Huhuh... 

Kenangan yang manis itu memang indah untuk dikenang... Untuk kenangan pahit pula aku harap untuk lupa semua dan terus maju kehadapan. Sekali-sekali pandang belakang hanya sekadar nak belajar dari kesilapan. Insha Allah... Semua itu yang mengajar aku untuk jadi insan yang lebih baik... Insha Allah...Yang penting sekarang ialah fikir untuk masa depan yang bakal mendatang... Hope everything will be fine... Keep moving on and survive! ^^


Nota kaki : Ok, dah tak perlu nak log in website and student portal bagai... Mungkin kalau aku nak gi Unisel pun untuk nak menjenguk lecturers saje... Apa yang diajar mereka ada keberkatan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...