Assalamualaikum Kak Sendu... Kak Sendu sihat? Semoga sihat-sihat sahaje la ye. Saya ada masalah ni nak mengadu dengan Kak Sendu. Sebelum tu saya nak bagitau yang sekarang ni saya tengah praktikal dekat Shah Alam. Hari ni, kat tempat saya buat praktikal tu ada tetamu datang dari Jepun. Jadi adelah beberapa tetamu yang penting datang untuk menghadiri meeting bersama Senior Manager kami. Tak pasal-pasal saya dan kawan saya diarahkan untuk menjadi 'usher' bagi menyambut tetamu-tetamu kehormat tersebut. Tetamu-tetamu tu tak ada masalah dengan saya Kak Sendu. Cuma masalahnya saya ditegur oleh staff yang jaga bahagian Admin. Dia mintak saya jaga penampilan diri dari segi pakaian dan rias wajah. Yela, nak berjumpa dengan tetamu yang bukan calang-calang jugak... Dato'- Dato' Kak Sendu! Untung-untung dapat kikis sikit, Kak Sendu! Ahaks...
Nak kata saya ni seksi takdelah, sebab pagi tadi saya pakai baju kurung... Seksi lagi mak cik cleaner tu Kak Sendu! Kalau Kak Sendu nak tau, Kakak Admin tu suruh saya pakai kasut 'high-heels' dan make-up. Kalau pasal 'high-heels' tu memang saya allergic skit Kak Sendu. Saya tak tahanlah pakai kasut tumit tinggi ni... Leceh! Boleh kejang urat kaki saya Kak Sendu oi... Nak-nak pulak yang 5, 6 inci tu! Pergh... Boleh mati semut kalau saya pijak! Selama ni saya pakai kasut flip-flop atau kasut 'flat' yang murah harga 25 hengget je... Selesa pulak... Senang nak berebut masuk 'lift' pagi-pagi... Tingkat 26 beb! Kalau pakai high-heels tunggu dalam lift nak sampai tingkat 26 tu saya rasa ada jugak yang pengsan dekat tingkat 10!
Pasal make-up pulak... Ini pun satu hal... Saya ni sangatlah tak arif pasal make-up (2x) ni... Bukan tak arif je... Tak tak Shahrul, tak Ihsan, tak Ayie, tak Saufi dan macam-macam nama lagilah! Saya malas nak make-up lebih-lebih, sebab nanti boleh mendatangkan fitnah. Lagi satu, kalau nak pergi solat nanti bila berwuduk mestilah basuh sekali muka yang tercalit make-up tu kan... Pastu lepas solat nak make-up semula pulak... Leceh! Biasanya saya pakai foundation dengan bedak muka je pagi-pagi sebelum pergi kerja. Lepas Zohor je terus bertukar jadi wajah zomba! Sebab saya memang tak bawak alat-alat make-up pergi kerja... Patutlah ada Abang Executive tu asyik senyum-senyum kambing je bila lalu kat tempat saya. Mesti dia rasa lawak tengok muka saya macam Hantu Kak Limah kan? Pedulik hapa saya...
Ini muka pagi-pagi! ( First day praktikal )
Itulah masalahnya Kak Sendu... Lecturer saya yang mengajar subjek Professional Practice mesti menangis terguling-guling kalau dia dapat tau saya tak ikut ajaran dia untuk jadi pekerja yang professional dari segi penampilan. Setiap kali kelas mesti dia buat spot-check, tengok kalau-kalau kitorang tak pakai ikut dress code yang ditetapkan. Tapi, itulah... Saya pergi kelas biasanya ikut mana 'dan' je... Macam biasalah kan... Kalau pakai cantik-cantik pun orang nak mengata... Sebab tu saya pakai baju biasa je... Biar diorang rasa diorang paling cantik di Uni!
Eh, tak sedar pulak dah panjang lebar saya mengadu dekat Kak Sendu... Sorry! Jadi Kak Sendu, apa yang perlu saya lakukan?
P/S : Bila pakai make-up tebal-tebal, rasa macam pinggan lekat kat mukalah Kak Senduk! Eh... Kak Sendu... ;)
Gadis wajah suci berkaki ayam ( Petaling Jaya, Selangor )
Jawapan:
Banyak kau punye cengkadak... Tak payah pergi praktikal lah senang! Benci!
P/S : Jangan mengadu dekat Facebook atau Twitter... Bertambahlah dosa kamu... Mengadu pada Allah, sebab DIA sahaja yang sudi mendengar keluh - kesah dan sedu-sedan kamu... Wallahua'alam..