About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

14 September 2012

Kenali Diri

Assalamualaikum...

"Siapakah orang yang paling awak percaya?"


Soalan ini pernah diajukan oleh cikgu kaunseling aku 10 tahun lalu... Ketika itu aku sedang menyertai 'Kem Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )'. Seingat aku masa tu aku baru Form 2... Aku tak jawab terus pertanyaan Cikgu Azahari sebab aku sedang berfikir. Siapa orang yang aku paling percaya? Memang aku ada kawan yang rapat, yang selalu mendengar cerita aku. Tapi, adakah dia orang yang aku paling percaya? Macamana orang yang berada dalam family aku? Adakah sebab aku selalu bermain dengan abang-abang aku menyebabkan mereka juga ialah orang yang aku paling percaya?

Soalan tersebut turut diajukan kepada setiap ahli PRS yang menyertai kem itu. Seorang demi seorang cikgu tanya. Ada diantara mereka menjawab Mak, Ayah, Kawan, Kakak, Adik dan macam-macam lagi... Selepas mereka menjawab soalan itu, Cikgu Azahari akan menemukan mereka dengan orang yang mereka percayakan tadi. Kemudian mereka kembali semula ketempat duduk. Pertanyaan tersebut juga diajukan kepada aku...

"Hmm... Diri sendiri..." Jawab aku. Sebenarnya aku tengah fikir apa yang cikgu cuba nak sampaikan.

"Err... Soalannya, siapa yang awak percaya?" Tanya Cikgu Azahari lagi.

"Hmmm... Abang saya kot..." Jawab aku selamba. Ini je jawapan yang aku dapat kasi. Itupun jawapan yang tak pasti...

"Sebenarnya saya dah tau dah siapa yang awak percaya, awak rapat dengan abang awak... Saya ada jumpa dia haritu..."

"Eh, yeke? Abang saya yang mane satu ni Cikgu? Saya ada 5 orang abang..." Banyak pulak pertanyaan aku.

"Adelah... Dia tengah tunggu awak kat sebelah..." Kata-kata Cikgu Azahari membuatkan aku berkerut dahi... "Pergilah jumpa dia..." Sambung Cikgu Azahari, menyuruh aku ke kelas sebelah untuk bertemu dengan Abang aku... Siapa agaknya? Helmi? Amin? Razin? Sanusi? atau Yusree?

Aku pun melangkah keluar dari kelas 5 Bakti dan terus menuju ke kelas 5 Azam yang terletak tak jauh dari situ. Masuk je kelas 5 Azam, kelihatan Cikgu Azizah yang merupakah Guru Praktikal dalam bahagian Kaunseling sedang menanti dengan senyuman.

"Mane abang saya?" Tanya aku kehairanan.

"Kat dalam kotak ni..." Kata Cikgu Azizah sambil memegang sebuah kotak. Macam kotak kasut. Aku fikir mungkin cikgu ada letak gambar abang aku dalam kotak tu... Mungkinlah... "Cuba bukak kotak ni..." Sambung Cikgu Azizah.

Aku pun membuka kotak tadi. Aku terkejut, kemudian tersenyum... Hehehe... Adoiyai! Kemudian, aku kembali ke kelas 5 Azam.

"So, macamane? Dah jumpe?" Tanya Cikgu Azahari sambil angkat kening dan menunjukkan barisan giginya.
"Dah... Hihihi... " Aku ketawa kecil.
"Ade ape kat sebelah, Kak Mash?" Seorang daripada ahli PRS membisikkan pertanyaan kepada aku.
"Tengoklah sendiri... Hehehe..."
"Ok,"

Selesai sahaja semua ahli ditemukan dengan orang yang diorang percayai didunia ini. Kitorang pun duduk di dalam satu bulatan. Masing-masing tengah tersenyum sendiri dan menunjukkan wajah yang ceria... Mungkin macam-macam perkara yang bermain difikaran diorang agaknya.


Kenangan bersama ahli Pembimbing Perosak Rakan Sebaya ( PRS )


Rasa-rasanya dapat teka tak apa yang aku nampak dalam kotak tadi tu? Bila aku bukak kotak tu dan melihat apa yang ada kat dalam, aku agak terkejut dan sedikit sebanyak aku sedar sesuatu. Aku rasa aku dapat tangkap apa yang cikgu cuba sampaikan.

"Apa yang awak nampak kat dalam kotak tu?" Tanya Cikgu Azahari kepada kami.
"CERMIN...!!" Jawab kitorang serentak.
"Rasa-rasanya tahu tak siapa orang yang awak percaya?" Tanya Cikgu lagi.

Setiap hari pasti kita akan melihat cermin. Paling tidak pun sekali sehari. Tipulah kalau takde orang yang tak tengok cermin walaupun sekali dalam sehari. Nak-nak lagi orang perempuan. Mesti wajib tengok cermin punya. What you see is what you get (WYSIWYG). Itulah yang kita nampak bila melihat diri kita dalam cermin. Kalau ade jerawat, memang tak boleh nak edit. Kalau dalam gambar, boleh jugak kita edit muka kita yang penuh dengan cela tu.. Hehehe...


اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.


Tapi, apa aku faham dalam kem ni dan apa yang Cikgu Azahari nak bagitahu ialah; orang yang kita paling percaya di dalam dunia ni ialah DIRI SENDIRI. Apa yang kita lihat dalam cermin tu ialah diri kita sendiri. Bukan orang lain. Sebab yang betul-betul kenal diri kita ialah kita sendiri jugak...

Kita tahu apa yang kita nak... Kita punca segala masalah, kita jugak yang perlu menyelesaikan masalah sendiri, bukan orang lain. Kita yang merancang masa depan. Kita yang menetapkan matlamat. Kita juga yang ingin kejayaan. Bukan sesiapa. Orang yang berada disekeliling kita hanyalah pembantu dan hikmah dalam sesuatu perkara.

Jika ada yang kata dia tahu apa yang kita fikirkan, atau dia kenal siapa diri kita dan memberikan apa-apa tanggapan pada diri kita, dia salah. Sebab dia tak tahu apa-apa, selain diri dia sendiri... Jadi, dia tidak layak membuat andaian atau tanggapan terhadap kita...

Tapi, beringatlah. Siapa yang menciptakan kita, Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengenal... Disaat kita buntu dengan diri sendiri, carilah DIA... Kerana dia Maha Mengetahui lebih dari segalanya...


Nota Kaki : Aku terfikir untuk berkongsi kisah ni bila aku lihat diri dalam cermin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...