About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

22 December 2013

Reserved!



Assalamualaikom... Kom apa? Kombat! Bat apa? Batman... Man apa? Mentol! Tol apa? Tolak... Lak apa? laksa... Sa apa? Satu... Tu apa? Tu... Tu... Tu apa ek??


"Nanti awak nak pakai baju ape?" Tanya Mak kepada ku.
"Baju raye jelah..." Jawab aku sambil tersipu-sipu. Aku dah start malu ni.
"Baju raya yang mane?" Tanya Mak lagi.
"Ala, baju raya lepas tu... Warna hijau..."
"Oh, yang tu... Haa... Takpelah, nasib baik cantik!"
"A'ah... Lagipun jarang pakai baju tu. Baru pakai berapa kali..."
Kak Mun yang berada disisi Mak pun bertanya, "Nanti siapa nak make-up kan awak?"
"Make-up?? Ish... Tak nak lah..."
"Eh, kenalah make-up sikit... Apelah..." 
"Entah... Orang nak bagi dia lawa..." Mak aku back-up Kak Mun. Nampaknya aku takde defender!

Aku macam nak pitam! Sejak hari tu aku rasa tak keruan. Aku selalu impikan sesuatu yang simple. Tak nak over dan bersederhana. Aku memang suka sesuatu yang cantik dipandang dan nampk grand. Cuma bila kenakan kat diri aku, aku jadi segan... Kalau nak tau aku ni penyegan orangnya... Puihh!! Hahaha... Antara sebab juga kenapa aku nak pakai baju raya tu sebab tak nak membazir untuk cari baju lain. Nak-nak pulak dah kesuntukan masa kerana kerja dari Isnin sampai ke Sabtu. 

Perasaan tak keruan ni bermula dua minggu sebelum 8 Disember 2013. Aku rasa Mak lah yang paling serabut fikiran dalam masa dua minggu tu. To be honest, Mak banyak tolong buat persiapan. Aku tak buat apa-apa sangat memandangkan aku sedang sibuk bekerja. Bila dah hujung-hujung hari je aku sempat tolong apa yang patut... Huhuhu... Thanks Mak!

So, tibalah saat yang dinantikan... Pada 8 Disember 2013, keluarga kami menyambut ketibaan tetamu yang sangat istimewa...








Perbincangan antara dua keluarga... Aku dirisik!



Selamat dirisik... Ketor jariku tak dapat dibendung! Hahaha...

Dan akhirnya aku bertunang... Yep, merisik dan bertunang sekali gus! ^^


"Thank you bebeh..." Ucapku sambil mengucup tangan bakal mertua...hahah... *dialog tipu semata-mata*

Bersama dengan nenek-nenek sebelah tunang... Kalaulah nenek-nenek ku masih ada... Miss you Wan... :')

Bestnye dapat mak-mak yang awesome!! Thanks Mak... Ailebiu...

Ecececeh... Sweet... heheh... 

Bersama bakal adik-adik ipar...

Nisa, Mimie, Mash & Kak Syima... Peace yo!

We'oulls dah bertunang... Opsss! Hihikk..

My childhood friends jugak datang... Jiran terdekat...


Malulah...hihihik! love u girlsss... Muahh!!

Anak buah dan Kak Mun yang paksa aku make-up! Hahah... Thanks by the way... :P

My photographer of the day! Abg Mie... Upah beliau dengan tembikai blended buatan sendiri... Hahah.. Thanks bro!

Ehemm....



Alhamdulillah, selesai sudah satu fasa. Segalanya berjalan dengan lancar. Thanks to the mastermind nye yakni Mak. Terima kasih Mak dan Ayah sebab dah rancang sehabis baik dan seterusnya selamat sudah urusannya. Masih ada satu lagi fasa. Thanks juga kepada family ku yang bertungkus-lumus dan memberi kerjasama dalam semua hal.  Just get ready untuk menghadapi fasa seterusnya nanti. Aku juga perasan Mak nampak happy semacam.... Heheh... Alhamdulillah...

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat ku yang hadir untuk menenangkan jiwa ku yang gundah gulana selama majlis berlangsung... Not really majlis, sebab memang dirancang untuk family je... Dan memang majlis macam nilah yang aku impikan. Mudah dan simple. Alhamdulillah... Thanks kepada sahabatku Wani yang jadi mak andam... Kesian dia sebab kena layan aku yang banyak cengkadak ni... Hahaha... Bergaduh sebab tak nak bagi dia mekap tebal-tebal... Hahah... Thanks bebeh... Kakak-kakak ku kata cantik ko mekap, Wani! ^^

Doakan untuk kami melangkah ke fasa seterusnya, ya! Insha Allah... Kalau dah confirm tarikh nanti akan dikhabarkan kepada semua rakyat jelata... Ececehh... Insha Allah...



Nota Kaki : Sebelum hari pertunangan tu, macam-macam konflik jugalah... Tapi, bila dah sampi harinya, Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah... Syukur, Ya Allah... Terima kasih atas segalanya. Berikan kami ketenangan dan ruang untuk menjadi lebih baik dan bertaqwa kepada-Mu... Amiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...