About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

08 June 2012

#CERKON: Aku, dia & hari itu...

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ~~

Suara azan yang merdu kedengaran dari surau Pangsapuri Seksyen 7, membangunkan tidurku yang lena. "Alhamdulillah, " ucap aku tatkala bangun dari tidur. Terima kasih Allah sebab bagi peluang lagi untuk aku teruskan kehidupan. Bagusnya pindah flat ni sebab aku tak payah set alarm untuk bangun solat subuh! Lagi satu, aku ni pesen kalau dengar bunyi-bunyian senang sangat terbangun. Sebab tu alarm aku bunyi lagu yang slow number je... Kalau guna lagu rock nanti buat aku terkezut je! Terkezut takpe lagi, jangan terkentut! Hehehe... Apa-apa pun terima kasih kepada bilal yang sudi bangun sebelum subuh untuk kejutkan aku dari tidur... Banyak pahala encik Bilal...

Tanpa berfikir panjang dan tak nak panjangkan cerita, aku pun bangun dan pergi mandi. Selesai mandi, baru aku kejut roommate aku, Si Chot... Aku kejutkan dia gitu-gitu je, sebab aku tau kejap lagi mesti boyfriend dia call kejutkan dia... Aku capai baju kurung yang kainnye jenis agak-agak tak payah gosok ( teknik menjimatkan masa dan membenarkan sifat malas berada dalam diri ). Tinggal tudung jelah kena gosok... Memandangkan hari ni ialah hari Jumaat, aku pilih untuk memakai baju kurung je...

Hari ni tak jadi buat breakfast, sebab biasanya di lobby Wisma MBSA pada setiap hari Jumaat ada bazaar yang menjual makanan dan pakaian, ala-ala pasar pagi mini. Sengaja je aku nak melabur duit kat makcik-makcik jual kuih-kuih dan nasi lemak kat bawah tu... Rezeki diorang la tu kan...

Agak-agak dalam pukul 7.30, aku dan Chot tunggu boyfriend dia kat bawah. Kitorang biasanya tumpang boyfirend Chot tu pergi kerja sama-sama. Untunglah boyfriend kerja kat bangunan sebelah. Senang nak pergi sama-sama. Aku pun tumpang untung! Tak payah susah-susah tunggu bas nak pergi dan balik kerja... Hehehe... Thanks Chot & Shuk! Semoga berkekalan hendaknya... *wink*

*Fast forward >>*

Pintu lift dibuka sesampainya kitorang di tingkat 26. Terus menuju ke pintu masuk opis...

"Laa... kunci ke?" mulut Chot terkeluar ayat rungutan.
"Sekarang pukul 7.50... Awal sangat ke? Takkan Pn. Shima tak datang?" Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut aku pulak.
"Tak datang la tu... "

Nampak gaya macam pekerja berdedikasi pulak sampai awal sebelum staff lain... Biasanya Pn. Shima datang paling awal, sebab tugas dia memang bukak pintu office... Kena staff lain bukak pintu la ni? Selalunya staff lain sampai mesti dalam pukul 8.30... Kitorang budak praktikal je yang datang pukul 8. Masak! Lagi setengah jam la kena tunggu kat luar...

Tak sampai 5 minit kemudian, En. Jay keluar dari lift. Eh, Awal pulak sampai! Selalunya datang lewat sikit dari waktu sekarang? Tapi bagus jugak... Ada la tukang bukak kunci office... Takdelah tunggu kat luar perabih masa! Tanpa berlengah, kitorang pun masuk office, nak 'punch card'.

"Eh, hari ni dah masuk 1 haribulan, kena pakai kad baru!" kata aku kepada Chot.
"A'ah... Kena tunggu Pn. Shima datang la, mintak kad baru..."
"Wei, aku pergi belakang dulu eh... Kalau nak turun breakfast, ko message ek!"
"Ok, "

Aku pun tinggalkan Chot yang berada dimeja berdekatan Library. Actually meja aku sekarang ada 2. Satu kat library, satu lagi kat dalam studio bahagian belakang... Aku lebih suka duduk kat dalam studio, pasal takde orang lalu lalang kat situ... Kiranya takde sape ganggu la... Hehehe... Si Chot suka duduk kat depan sebab ada internet, boleh dia online. Aku malas sikit nak online kat opis, sebab online kat rumah lagi best!

Tempat kegemaran Chot... Kami berkongsi meja...


Meja aku yang kat depan tu terlalu terbuka... Nampak staff lalu lalang... Serabut otak... Ececeh... Kalau kat studio ni, boleh fokus sikit (konon!). Lagi satu, aku boleh buat kerja sambil nyanyi-nyanyi. Hehehe... Keburukkan duduk belakang ni satu je... Tak tahu apa yang berlaku kat depan... Hahah... Tapi kalau supervisor nak cari kitorang, dia dah tahu port kitorang mesti kat studio! Studio ni macam workspace kitorang la... Tempat lekat artwork-artwork kat dinding yang kitorang dah buat sebagai tugasan. Barulah rasa macam bilik designer... hihihi...


My workspace...


Benda pertama yang aku lakukan bila dah masuk studio ialah on Mr. McB (Macbook)... Lepas itu aku rekodkan tugasan yang aku dah buat sepanjang hari semalam dalam buku report. Tak lupa juga update time sheet dalam microsoft excel... Semalam aku dah siapkan 2 design untuk billboard! Ada le benda nak direkodkan... Oh, ye... tak punch card lagi! Malasnya nak ke depan!

Aku pun melangkah keluar dari studio melalui pintu belakang, yakni shortcut nak ke pintu masuk utama... Hehehe... Bila dah lama kat sini, dah tau dah pintu shortcut bagai... Otai la konon? Hihihih...

"Mash, cepat punch card!" kata Chot sebaik sahaja aku melangkah masuk pintu utama. Ketika itu En. Zulkifli, En. Jay dan Chot berada di hadapan mesin punch kad berhampiran pintu masuk utama.
"Oh, dah ada kad baru ke?"

Pintu masuk Utama..


En. Jay menghulurkan kad kuning kepada aku. Aku teliti kad kuning itu. "Eh, dia dah tolong punch ke?" bisik aku dalam hati. Senang kerja aku. Tinggal nak tulis nama je pada kad tu. Aku kembali ke meja bersebelahan meja Chot.

"Kad yang lama ni nak bagi kat sape?" tanya aku kepada Chot.
"Entah la... Cuba ko tanye En. Jay,"
"Hmm... Aku tanye En. Li lah... "

Aku menuju ke kaunter, yakni meja En. Zulkifli a.k.a En. Li. "En. Li, kad ni nak bagi kat sape?"
"Haa... Bagi je kat saya..."
"Ok... thank you,"

Aku bergegas ke Studio. Hari ni tak tau nak buat apa... Memandangkan semalam dah siap buat billboard, kena tunggu job lain pulak menyusul... Tapi biasanya, hari Jumaat memang hari relaks sedunia... Hihihi... Aku tengah sorang-sorang kat Studio ni... Selalunya Kay dan Sham lepak kat studio jugak... Tapi setiap hari pun memang aku la orang pertama yang masuk studio. Takpe, kita dengar lagu dalam Mr. McB...

Dikau membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa~
Bahgia kurasa tika bersamamu
Tiada apa yang daat digambarkan
Membawa sinar baru
Janjimu kepadaku 
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir Penentu... ~~

- Lagu Takdir Penentu nyanyian Mirwana

"Assalamualaikum...." ucap Kay setibanya beliau di Studio.
"Wa'alaikumussalam... Eh, Sham mane Kay?"
"Dia kat depan..."
"Korang datang asing-asing ke?"
"Takdelah..."
"Oh... "

Aku sambung dengar lagu...

Sukar untuk ku temui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui...
Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada disisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu
Takdir Penentu... ~~


*KTAK- KUTAK*... Aku menoleh ke arah punca bunyi yang buat aku potong stim nak dengar lagu... Kay tengah jentik-jentik buah carrom... Alamak, aku rasa macam tergoda pulak nak main carrom... Lagipun semalam punya 'match' tak abis lagi dengan Kay!

"Jom main carrom Kay... Semalam tak abis lagi kita berentap kan?" Ok, nampak sangat aku tengah boring tak tau nak buat ape!
"Jom..."
"Kay... Ajar Mash yang Kay buat semalam tu... Bila tembak, dia terus masuk!"
"Susun dulu... "
"Ok..."

Last main carrom time sekolah menengah!

Aku pun gigih la menyusun buah-buah carrom. Bila dah selesai menyusun, aku dah tak sabar nak tau trick main carrom ni...

"Ok, tembak sini..."
"Tembak kat tepi ni?" Nampak sangat ke'blurr'an aku kat situ...

KTAKKK~~

"Pergh.... masuklah!" Aku teruja. Kemudian, kami mulakan permainan dengan serius.
"Ok... Mash amik putih... Kay, amik hitam..." kata Kay, memberi arahan.
"Oh, putih pulak? Ok..."

Tengah-tengah main tu... Tetiba aku dapat SMS dari Chot!

[ NOK, JOM PG BREAKFAST KAT BAWAH... ]

Aku tak balas pun SMS Chot tu... Game tak abis lagi ni... Lagi pun sikit lagi je nak abis... Perlawanan pun agak sengit... Ecececeh...

Tak lama kemudian pintu bilik Studio dibuka... "Wei, abiskan kredit aku je... Jom la turun... En. Jay dangan En. Faizal dah ajak tadi... Kay, jom... Sham pun dah turun dah... Diorang tunggu tau tadi..."

"Err.. Ye ke? Ok, ok... jom!"

*Fast forward >> *

Kitorang pun tiba di Kafe Wisma MBSA. Aku fobia sikit kalau turun kafe ni... Sebab ada pernah sekali tu, aku pakai jubah yang Mak baru belikan dari Mekah semasa menunaikan Umrah... Jubah denim warna biru... Masa tu, bila aku masuk kafe tu aku perasan ada mata-mata yang memandang... Baik lelaki mahupun perempuan... Apa, pelik sangat ke pakaian aku? Ok, aku tau pekerja MBSA ada uniform sendiri. Tapi tak perlu kot nak pandang pelik macam tu. Chot kata ade kakak tu siap tengok atas, bawah lagi... Pastu dapat pulak jelingan free milik kakak tu... Motif  nak jeling? Tak paham aku! Itu takpe lagi... Bila nak keluar kafe pun, boleh pulak ada satu meja yang penuh dengan lelaki dok 'usha'... Perghh... Serius tak selesa aku dibuatnya! Langkah seribu jugak lah aku amik, bila lalu kat meja diorang... Pengalaman yang paling tak best sekali!

Nasiblah hari ni aku pakai baju kurung yang biasa... So, takde la rasa pelik... Tapi, sumpah aku tak nak dah pakai Jubah tu kat sini... Maybe kat tempat lain... Hihihi... Pagi ni selera aku hanyalah pada nasi impit dan kuah kacang serta teh o suam sebagai pembasah tekak... Aku dan Chot berkongsi meja dengan Pn. Mona, En. Faizal, En. Muhajir, Kay dan Sham... Rasanya ni first time kitorang breakfast secara 'berjemaah'... Pernah breakfast dengan Kay dan Sham je...

Aku menadah tangan dan membaca doa makan... "Amin... Amin... Amin..." En. Faizal turut menadah tangan dan mengaminkan doa sambil jeling aku. Hahaha... En. Faizal memang kaki membahan! Tapi memang dalam banyak-banyak staff lelaki, aku paling selesa dengan dia... Sebab dia sempoi... Pangkat abang-abang la... Hehehe... Tapi kaki bahan! Itu paling penting... Memang seronok bergurau dengan beliau...

Pn. Mona : Awak orang praktikal sampai bile eh?
Mash : Hmm... Sampai awal bulan 7... 6 Julai...
Pn Mona : Oh... Tak sempatlah berpuasa kat sini...
Mash : A'ah... Hmm... Selalunya ada aktiviti ke sepanjang bulan puasa?
Puan : Takde aktiviti pun.. Hihihi... Kerja macam biasalah...
Chot : Puan, sedap tak lontong tu?
Puan Mona : Sedap jugak... Nak rasa? Tapi kuah dia cair sikit...
Chot : Boleh gak... Hmm... sedap!
Puan Mona : Sedap kan?
Chot : Tadi ingat macam nak amik, tapi nampak kuah dia macam cair... Tak jadi nak amik..
Sham : Siti... Mane pin 'freemason' kat tudung tu?
Chot : Hari ni tak pakai... Tak sempat nak pakai pun...
Kay : Lain kali pakai la...
Chot : Tula... Nanti Siti pakai la... Nak pakai kat sini... Kat sini...
En. Faizal : Lain kali pakai kat bahu banyak-banyak...  kiri, kanan... Barulah dapat pangkat Sarjan!
Mash : Hahaha... Diorang bahan ko Chot!
Chot : Ala... Fesyen la Encik... Takkan tak boleh...
En. Jay : Boleh berfesyen... Takde masalah...


*Fast forward >> *


Aku dan Chot menuju ke studio. Bila aku lalu je bilik seminar yang berlokasi di sebelah studio, langkah aku terhenti. Apesal bilik seminar berlampu ni? Aku jenguk tingkap pada pintu bilik seminar. Kelihatan ada seseorang sedang tidur menongkat kepala di atas meja.... Oh... curik tulang ye! Hmm... Nak masuk tak? Ishh... Tak payah la... tak elok pulak rasa... Aku pun meninggalkan bilik seminar dan menuju ke studio. Langkah aku terhenti dipintu masuk studio... Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku... Ah.. Forget it! Aku pun terus masuk ke studio...

Pintu yang bertingkap....

Nampaknya aku dan Chot je kat studio... Kay dan Sham keluar entah kemana... Jadi naga barangkali! (merokok)... Macam biasalah, aku mainkan lagu dalam Mr. McB... Bukak file... Cari tugasan yang belum diselesaikan... Masalahnya semua dah siap! Ada satu je lagi billboard nak kena siapkan... Cuma gambar yang diperlukan tak copy lagi dari En. Que... Hmmm... Nantilah mintak kat dia...

TOK-TOK-TOK. Kedengaran bunyi dinding studio diketuk dari bilik seminar... Dindang pemisah bilik seminar dan studio hanyalah sekeping papan plywood... Jadi senang la nak ketuk kasi bunyi... Aik, siapa pulak yang main ketuk-ketuk ni? Aku pun pergi kat dinding, ketuk-ketuk jugak...

TOK-TOK... Bunyi lagi! Amboi melawan nampak... Aku ketuk lagi... Ada lagi balasan... Siapa agaknya yang mengganggu ni? Aku pun keluar melangkah ke bilik seminar... Aku jenguk cermin tingkap pintu... Cisss... En. Faizal rupenye!! Boleh pulak main ketuk-ketuk... Bila dah kantoi dia ketawa pulak... Aku pun kembali ke studio... Lantak pi la...

Ok... Aku rasa aku tau nak buat apa... Buat je design baru untuk billboard... Lagi banyak design lagi senang En. Que nak buat pilihan nanti! Work in progress....

KTING-KTAK-KTING... Bunyi tu datang dari bilik seminar... Mesti En. Faizal dan En. Jay yang tengah main ping-pong tu... Aku confirm pasal kalau dengar bunyi ketawa kuat-kuat tu mesti suara nakal milik En. Jay! Ok... Sambung fokus...

Chot sedang 'bergayut' dengan boyfriend dia kot... Aku masih lagi mengadap Mr. McB sambil mendengar lagu. Sengaja je aku tak pasang headphone, sebab takde orang lain kecuali Chot... Dalam minggu ni lagu nasyid jadi pilihan. Aku suka dengar lagu-lagu dari kumpulan Brothers, Nowseeheart, Saujana, Mirwana, UNIC, Raihan dan In-Team. Seleksi lagu yang menggunakan suara harmoni memang menjadi kegemaran aku... Dan kebanyakannya lagu lama... Yep, aku memang tak update sangat lagu baru... Bagi aku, lagu lama tetap 'evergreen'... Dengar banyak kali pun tak bosan...

Tiba-tiba pintu bilik studio terbuka. En. Jay menjengukkan kepala... "Kay mane?" dia bertanya setelah menyedari ketiadaan Kay di dalam studio.

"Kay keluar kot... "
"Ermm... Main ping-pong jom?" ajak En. Jay. Aku pandang Chot, Chot pulak pandang aku...
"Ko pergilah!" Kata Chot perlahan. Dia masih berbual ditelefon. Aku pandang En. Jay lalu berkata, "Jom!"
"Jom..."

Bilik seminar + pingpong + studio photography = 3 in 1...Hihi...


Err... Aku agak terkejut dengan pelawaan En. Jay tadi. Mungkin dia nak ajak Kay main, tapi sebabkan Kay takde, jadi terpaksalah dia ajak aku. Aku rasa agak nervous sebab belum pernah lagi main ping-pong dengan beliau. Sebelum ni aku main dengan Chot, Kak Na, Kay, Sham dan En. Faizal... Ah, slumber jela!

"Jangan ketawa eh... Mash tak pandai main,"
"Takdelah... Main cam biasa je..."
"Ok..."

Aku mulakan 'serve'... Pada mulanya permainan aku agak kekok. Tapi lama kelamaan aku dah tau rentak pukulan En. Jay! Hehehe... Practice dengan Chot, Kak Na, Sham dan Kay memang membantu... Kebanyakkan time aku akan main dengan Kak Na kalau free. Tapi, nampaknya hari ni Kak Na tak datang pulak....

Ikutkan sejarah aku dengan arena ke‘ping-pong’an ( bahasa apa aku pakai ni? ) ni tak banyak… Seingat aku time sekolah rendah dulu, Ayah pernah buat meja ping-pong sendiri pakai papan yang tak digunakan masa renovate rumah dulu-dulu… Hahah… Inovatif sungguh Ayah gua! Walaupun hasilnya tak sama macam yang real punya, tapi keringat dan kesungguhan Ayah yang perlu diberikan kredit dan dikenang… Yela, nanti yang nak mainnya anak-anak beliau jugak kan? Itula kali pertama aku berpeluang main ping-pong dengan family. Yang bestnye, walaupun DIY punye meja ping-pong, still ramai kawan-kawan kami datang nak main sama! Meriah…

Lagi satu, masa aku di tingkatan 3, member aku si Imran ajak masuk Kelab Ping-Pong. Aku join la… Aku hanya sempat masuk kelab tu untuk sehari je. Sebab ramai sangat lelaki yang mendominasi kelab itu. Malaslah aku nak join. Lagipun aku sebenarnya masih lagi ahli Kelab Bola Jaring… Hehehe… 

KTING-KTAK-KTING....

"Wah... masuk eh bola dia!"
"Hehehe... "
"Selalu main ke?"
"Takdelah selalu... dengan Kak Na la..."
"Macam terer je... "
"Takdelah... Dah lama tak main... Bila praktikal kat sini barulah ada peluang nak main..." Jawab aku sambil memukul bola ping-pong dengan 'bad ping-pong' ditangan. "Dulu pernahlah masuk kelab kat sekolah, tapi kejap je..." Sambung aku lagi.

KTING-KTAK-KTING-KTAK...

Agak-agak dalam 10 minit kami bermain, aku dah mula bagi pukulan laju... Adakah ingin buktikan sesuatu? Takdelah... Cuma aku dah mula seronok bermain ping-pong dengan En. Jay. Beza sangat kalau bermain dengan orang yang dah terror... Semacam ada satu semangat muncul yang aku tak tau datang dari mana? Mungkin aku dah serap kualiti cara permainan En. Jay... Fast learner la ni?

Betul la kata orang... Kalau kita nak jadi baik, berkawanlah dengan orang-orang yang baik... Mudah-mudahan kita dapat 'absorb' kebaikan yang ada pada kawan kita tu. Pengaruh kawan dari sudut positif! Samalah macam kalau kita nak jadi pandai, berkawanlah dengan orang yang pandai... InsyaAllah kita akan belajar sesuatu daripada dia... Sama macam situasi sekarang ni. Kalau nak jadi hebat, berlatihlah dengan guru yang hebat! *wink*

"Wah... masuk lagi! Betul ke dah lama tak main ni?"
"Hehehe... Betul la... Sebelum ni main dengan Kak Na.."
"Kalau macam tu, Na lagi tak pandai main daripada Mash la..."
"Haaa?" Ok, apa maksud En. Jay tadi?

KTING-KTAK-KTING-KTAK...

"Puan tak datang ke hari ni?" tanya aku kepada En. Jay.
"Dia pergi Johor,"
"Oooo.... Patutla... Ni agendanye rupanya!"
"Hehehe... Sebenarnya main ping-pong ni nak hilangkan mengantuk je!"
"Semalam tidur lambat ke?"
"Tak tidur langsung..."
"Haa?? Kenapa tak tidur?"
"Sebab tak boleh tidur..."

KTING-KTAK-KTING-KTAK...

Agak lama jugak kitorang main berterusan tanpa henti ni. Banyak pulak tenaga En. Jay ni. Tadi dia dah main dengan En. Faizal! Tak kenal erti penat ke apa?

Tak lama selepas itu, pintu bilik seminar dibuka...

"Haaaaa!!! Ini kerja korang ye... Dah dapat tangkap!" Sergah En. Que. Opocot!
"Ye, Boss!" En. Jay melambaikan tangannya sambil tersenyum.
"Err...." Aku tak terkata apa!
"Mainla... Saya nak tengok Mash main macamane..." Pinta En. Que. Err... Betul ke apa yang aku dengar ni?
"Mash terror, boss!" Kata En. Jay slumber seraya menunjukkan tanda 'good'...
"Takdelah En. Que... Saya tak pandai main pun..."
"Eleh... orang yang rendah diri ni selalunya terror dalam diam..."
"Hahahaha... Takdelah..."

KTING-KTAK-KTING-KTAK

Aku dan En. Jay menyambung permainan... Tak lama lepas tu En. Que meninggalkan kami dan pergi ke studio... Aku rasa serba salah pulak lepas En. Que pergi... Patut ke aku berhenti? Tapi seriously masa tengah main ni hati aku terus ada kat studio... En. Que nak bagi kerja ke? Pada masa yang sama, rasa tak sampai hati nak berhenti main. Pasal orang yang ajak, macam tak best pulak kalau kita yang tamatkan... Lagi satu, aku terharu pulak dengan En. Que... Dia bagi 'greenlight' pulak... Tak marah langsung! Tapi aku dah kenal sangat En. Que... Dia memang sporting dan baik. Dia pernah ajak aku lawan main carrom berdua tau! Hahaha... Gile sporting!

Beberapa minit kemudian, En. Que kembali membuka pintu bilik seminar...

"Hmm... Mash, nanti tanya Siti, Sham dengan Kay eh pasal kerja yang saya bagi kat diorang... Kena buat flyers. Pukul 4 saya nak?"
"Pukul 4? Ok..."

Sekali lagi En. Que tinggalkan kami...

"Ada kerja eh?" tanya En. Jay kepadaku.
"A'ah..."
"Oklah... kita berhenti... Buatlah kerja tu,"
"Ok... Lain kali kita main kiraan plak nak? Hehe.."
"Boleh, takde masalah! Hmm... Thanks ye Mash..."
"Ok, thanks gak... bye!"

Dengan pantasnya aku ke studio...

"Wei, ada keje ke? kena buat ape?" Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut aku.
"Ni, ha... Kena buat flyers camni... En. Que suruh buat layout baru," Kata Chot seraya menyerahkan helaian kertas A4, contoh flyers tadi.
"Oh, kita semua kena buat benda sama ke?"
"Ye la..."
"Ok,"

Aku kerling jam tangan... Baru pukul 10.30, sempat sangat kalau nak siapkan flyers ni... InsyaAllah... Ape-apehal, lagu kena pasang dulu! Aku kembali fokus... Ping-pong dah main, peluh betina dah keluar, badan pun dah segar, jadi bolehlah aku start buat kerja... Gambatte Nee!! Chot keluar dari bilik studio. Dia mesti buat kerja kat depan punya! Jadi yang tinggal kat studio cuma aku, Kay dan Sham je... Aku kesian je kat diorang berdua sebab terpaksa dengar aku menyanyi sambil buat kerja... Hahaha... Tapi nasib baik diorang pasang headphone masing-masing... Mesti sebab dah bernanah telinga mendengar suara aku yang 'merdu' ni... Kui...kui...

*Fast forward >> *

"Wei, tak nak pergi lunch ke??" Chot menyergah sebaik membuka pintu studio.
"Eh, dah waktu lunch ek?" Aku sempat kerling jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 12.50. Bukan main leka aku buat kerja. Sampai tak sedar waktu lunch! Sepatutnya waktu itu yang paling aku nantikan setiap hari... Perghhh...!! Takpe, kerja boleh sambung lepas lunch...

Aku dan Chot serta boyfriend dia lunch dekat foodcourt Plaza Alam Sentral. Hari ni takde selera nak makan nasi. Jadi, Char Kuey Tiow Penang yang berjaya menarik hati dan perut, begitu jugak dengan air cincau... Boleh tahan sedap Char Kuey Tiow dia... Ok, lain kali boleh order lagi! Hehehe...

Rasanya hampir setiap hari aku akan menjadi 'orang ketiga' dalam perhubungan diorang berdua ni time lunch! Hahaha... Apo nak dibuek kan? Itujelah option aku kalau nak pergi lunch... Tapi ada ketikanya aku memilih untuk lunch sorang-sorang atau kirim kat officemate je... Hihihi... Sebenarnya aku lebih suka lunch sorang-sorang bagi memudahkan urusan. Kiranya takdelah nanti ada yang menunggu atau ditunggu, ye dak?


Selesai sahaja makan tengahari aku dan Chot kembali ke office. Sebaik keluar saja dari pintu lift, aku terus menuju ke tandas. Nak amik wudhuk, bagi menunaikan kewajipan. Bila dah kenyang dapat makan ni, eloklah berterima kasih kepada yang memberi nikmat dan rezeki, yakni Allah S.W.T ye dak?

*Fast forward >> *

Cerita diteruskan dengan kekhusyukan aku menyambung design flyers yang belum siap. Sekali lagi aku, Kay dan Sham berada di studio dan menjalankan tugasan yang diberikan oleh En. Que pagi tadi. Ada ketikanya Chot datang ke studio menjenguk kitorang. 

"Ok, lagu ni Mash tujukan untuk Sham..."Aku kalau dah tension memang mengarut je kerjanya! Hahaha... Kebetulan lagu favourite aku berkumandang dalam Mr. McB.
"Wah, Sham... terharu tak? Hahah... " Chot berseloroh.
"Walau...~ Kau tiada disini ku tetap ingat semua pesanmu...~ Ku hidup, seolah-olah kau masih ada... Bisikankan kata kepadaku...~~"
"Sedaplah suara dia... Kan Kay?" Kata Sham sambil angkat kening.
"A'ah... Rasa macam nak rakam je... Buat alarm!" Kay pun berkomplot perli aku ni!
"Eleh, sudahla korang... Perli la tu!"
"Hahaha..." Chot ketawa.
"Betul la... Kenapa tak masuk Mentor ke, ape ke..."
"Betul ke sedap? Ok... Mash sambung eh.... Patah seribu~~ Hatiku...~ Hahah!" Selamba je aku sambung nyanyi, nak bagi diorang tension... Hihihi... Hobi aku memang suka menggganggu orang tatkala ketensionan! Heeee...

Kira-kira dalam pukul 3, kitorang semua dah siap buat design flyers tu. Dengan pantasnya kitorang pergi print. Pn. Yani lah yang jadi mangsa kitorang untuk tolong print. Hehehe… Thanks Pn. Yani! Bila dah selesai mencetak flyers tadi, aku terus menuju ke toilet dan berwudhuk untuk solat Asar pulak. Selesai sahaja solat, aku lepak di ruang rehat. Satu hari ni tak baca pun paper... Kebetulan Kay dan Sham pun ada sekali... Diorang pun tengah baca paper...

"Eh, sedapnya suara Kay baca paper dalam hati! Hahaha..." Aku saja mengusik Kay.
"Suara Kay memang sedap kot!" Kata Kay selamba.
"Tula, untungla Rara kan?" Aku mengusik lagi. 

Kay dan Sham start praktikal kat sini lewat berbanding aku dan Chot. Dari hari pertama diorang kat sini, aku dapat perhatikan perubahan perangai diorang. Masa awal-awal tu diorang memang baik-baik je... Segan nak bercakap dengan kitorang. Aku dan Chot yang selalu bertegur dengan diroang ni. Nak bagi diorang rasa selesa. Sebab ini kali pertama diorang menjalani Latihan Industri. Aku dan Chot dah pernah join praktikal semasa diperingkat Diploma. Jadi, kitorang tak berapa nak kekok la... Senior la konon!

Bila agak-agak dah lama sikit bergaul dengan diorang ni, barulah nampak 'true colours' masing-masing... Bak kata Chot, "Barai la diorang ni!"... Hahaha... Memang pun! Dah pandai bahan-bahan orang... Dah tak segan dengan kitorang...

"Uih, sedap la suara Mash... Nak rakamlah! Cepat, nak simpan dalam thumbdrive!" Kay cuba bahan aku. Amboi, 'pulang paku buah keras nampak'!
"Haa... Cepatlah rakam. Nak buat 'demo tape' nak bagi KRU..."
"Ceh, nak KRU je!" Sambung Kay lagi.
"Demo tape? Sekarang pakai lagi ke tape?" Sampuk Sham.
"Sekaranglah pakai tape, dulu pakai CD... Macam 4u2C tu, pakai CD kan? hahah..."

Tak lama selepas itu, En. Que datang kepada kami dan meminta kami untuk menyimpan 'soft copy' flyers ke dalam thumbdrive milik beliau sebagai rujukan. Aku pun dengan segera ke depan, membawa Mr McB ke ruang rehat dan melakukan arahan yang diberikan tadi. Aku cuba memasukkan thumbdrive beliau yang agak 'rare' sikit daripada biasa. Tak detect pun!

"Eh, terbalik tu Mas..." Tegur En. Que.
"Eh, terbalik eh... Patutla tak detect!"
"Cuba kalau saya terbalikkan nama Mas... jadi Sam pulak! Haha..."
"Haha... Tapi cikgu saya dulu panggil saya Sam, ape? Hehehe..."
"Jom... Kay, Sham... Main pingpong!"Ajak En. Que.
"Haa.. Mash, apa lagi... Join la!" Sham saja nak kenakan aku!
"Haa?? Tadi dah... Errr...." Aku tergagap tiba-tiba!
"Ala, Mash dah terror dah... Tak payah main..." Laju je ayat itu meluncur dari mulut En. Que.
"Ishh... Takdelah En. Que... Saya main 'carrom' dengan En. Que pun kalah...
"Eleh... Rendah diri lagi tu!"
"Hehehe..."

Setelah selesai mengemas barang-barang. Aku dan Chot pun 'punch out' kad kuning yang tersusun di sebelah pintu masuk pejabat lalu pulang kerumah kami...

*Setel!*

Beginilah keadaannya di tempat aku praktikal. Ada waktu free, ada waktu tiba-tiba busy... Ada ketikanya seronok, ada ketikanya tension... Hari Jumaat memang hari yang agak santai... Lebih-lebih lagi kalau 'boss' takde! Heheheh...

Kamus Mashi : CERKON = Cerita Kontot

P/S : Dah lama tak tulis sepanjang ni... Rindu pulak zaman menulis di blog friendster... Macam ni la style aku dulu... *wink*

Mix feeling


Nota kaki : Someone said that to me. Made me think again... And I smiled because he's got the point!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...