Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum... It's been awhile since my last post... Rasa macam dah lama tak menulis sesuatu... Busy... Itu je la alasannya... Sekarang ni tengah countdown untuk Degree Show yang bakal menjelma... Kalau takde aral melintang, insha Allah pada 26 Disember 2012 akan berlangsungnya first assessment... Tak lama dah tu... Oh tidaakkkk...!!
Sekarang ni perasaan bercampur-baur... Nampak je macam takde ape-ape, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu... Huhuhu... Apa yang aku boleh buat sekarang ialah pujuk diri untuk banyakkan bersabar... Walaupun banyak cabaran yang melanda, hadapi dengan tenang. Kalau hidup takde cabaran, bukan kehidupn namanya... Ye dok?
Adapun, aku ingin panjatkan rasa syukur kepada mu Ya Allah... Kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dengan selesa, sihat tubuh badan dan diberi rezeki yang mencukupi... Sedangkan ada yang lebih malang nasibnya berbanding aku... Lihatlah apa yang berlaku di Gaza... Semoga Allah melindungi mereka disana... Aamiinn...
Entri kali ni tak nak cerita banyak... Sekadar nak bersihkan habuk-habuk yang bertimbun diatas kertas nota ni...
Haaaa-chummmm!!
Ada siapa nak hulurkan bantuan?
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.