Pagi ni seperti biasa selepas Subuh, aku dah start menatap Mr McB untuk buat assignment. Ini bermakna semester baru dah bermula! Semester terakhir aku... InsyaAllah... Final Year Project beb! Dah dapat hidu 'bau-bau tensen'... Huhuhu... Normal dah tu! Aku dah pernah lalui perkara ni masa Diploma dulu tu... Cuma yang bezanya, expectation tinggi melangit dari masa Diploma... Dah boleh bayang dah tahap tensen dia macamane kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Aku hanya bersandarkan pada usaha dan doa je sekarang ni... Tawakal... InsyaAllah...
Aku terfikir nak tampal nota-nota kat dinding. Macam yang pernah aku buat semester lepas... Demi Lovato akan kembali dan membantu aku lagi... InsyaAllah! I hope I can count on you my friend! Hehehe... Ada kemungkinan Demi Lovato nak bawak member! Wah, lagi best... Ramai la yang boleh tolong dan teman aku buat kerja ye dak? Barulah rasa semangat sikit! Kalau tak, lemau je sebelum raya itu hari...
Bila fikir pasal 'nota' ni, aku teringat satu peristiwa time aku praktikal semester lepas... Yakni kenangan yang aku takkan lupakan... Antara peristiwa yang indah yang ada dalam list 'Kenangan di MRM'...
Beberapa bulan yang lalu di MRM...
Sejak dua menjak tiga menjak ni aku seronok pulak lepak kat Studio... Setiap pagi bila sampai office, aku akan ke Studio yang terletak di ceruk belakang... Chot, Kay & Sham selalu gak join sekali... Supervisor kami dah paham sangat dah 'port favourite' kitorang... Apa-apa hal kalau nak bagi job, beliau akan cari kami di Studio.
Aku selak helaian 'Sketchbook MRM' yang Supervisor aku kasi... Helaian terhenti pada bahagian lukisan yang aku lukis minggu lepas... Gambar kartun berjantina lelaki... Terdetik pulak nak bagi pasangan kat lukisan ni... Terus tangan aku mencapai pensel dan mula melukis helaian sebelahnya... Kartun bertudung berjaya dihasilkan, kemudian aku buat inking... Lukisan simple je pun! Hehehe... Nampak sangat tengah boring pepagi ni...
Tetiba aku teringat sesuatu! Semalam aku terlupa nak bayar Nasi Ayam yang aku kirim pada Kak Na... Tak boleh jadi ni... Kena bayar balik harga Nasi Ayam semalam... Kak Na memang baik, sebelum ni dia pernah dahulukan duit dia untuk bayar teksi masa aku pergi kerja dengan dia tempohari. Aku nak kongsi bayar dengan dia, tapi di tak bagi. Tak pasal-pasal aku letak duit kat meja dia dengan harapan dia ambik duit tu. Bersama-sama duit teksi tu aku letak nota kecik "Ini duit teksi semalam"... Aku letak semua tu time dia takde kat meja dia... Kalau dia ada, mesti dia tak nak terima duit aku tu!
Jadi, kali ni aku terfikir nak bagi lukisan yang aku lukis ni bersama-sama nota dan duit harga Nasi Ayam semalam... Setelah siap melukis, aku tulis nota yang berbunyi :
"Assalamualaikum... Kak Na, ini duit Nasi Ayam yang Mash dan Kay order semalam... Thank you!" - 5/6/2012 8.17 a.m.
Aku kerling jam... Baru pukul 8.18 pagi, confirm Kak Na tak sampai office lagi! Dengan pantasnya aku ke tempat Kak Na dan letak nota dan duit tu kat atas meja dia... Alhamdulillah, dia tak sampai lagi...
Aku dapat SMS daripada Kak Na... Memandangkan Meja dia dan Studio berjarak jauh... Dia tanya pasal duit tu... Aku tetap suruh dia amik... Lagipun duit tu sekali dengan duit Kay... Akhirnya Kak Na terima... Alhamdulillah..
Lepas lunch...
Aku ke tempat asal ku berhampiran dengan Library... Kadang-kadang ikut suka hati aku je nak duduk mana... Hahaha... Kak Na datang ke tempat aku...
Kak Na : Mash... Bestnye dapat gambar kartun... Cantik Mash lukis... Siap ada nota lagi! hehe..
Mash : Thank you... Khas untuk Kak Na... :)
Kak Na : Nanti buat la lagi... Hihihihi...
Mash : Hari-hari Mash boleh buat untuk Kak Na...
Kak Na : Yeke? Bestnye...
Mash : Kak Na jangan cabar, setiap hari Mash bagi nota kat Kak Na... Start esok!
Kak Na : Ni yang tak sabar nak datang pagi esok ni! Hahaha...
Janji harus ditepati! Mulai hari itu, setiap pagi aku akan tukar ayat-ayat dalam nota pada lukisan tu... Aku akan pastikan setiap pagi sebelum Kak Na datang kerja aku dah siap tampal nota kat CPU komputer beliau... Oleh kerana aku plan nak tukar ayat-ayat dalam nota tu, aku tulis pakai pensel. Esoknya aku padam ayat semalam dan tukar kepada yang baru.
Pada hari keesokkan...
Kak Na : Hari ni bertukar lagi ayat!
Mash : Mashi yang tulis tu, bukan Mash... Heheh
Kak Na : Mashi?
Mash : Nama dia Mashi! Hehehe...
Kak Na : 0o0o0... Mashi la yang tulis tu? Hahah...
Mash : A'ah... :)
Dan begitulah tugas aku pagi-pagi sebelum melakukan tugasan yang seharusnya aku buat time praktikal... Hahaha...
Kak Na : Thank you Mashi...
Mash : Hehe...
Kak Na : Sekarang ni, hari-hari Kak Na tak sabar nak gi opis, nak tengok ayat apa pulak yang Mashi tulis...
Mash : Yeke Kak Na?
Kak Na : Jay pun sibuk jugak nak jugak baca nota tu...
Mash : En. Jay pun tengok? Alamak, malu pulak...
Kak Na : En. Que pun tanye, ape pulak yang Mash tulis?
Mash : Ah, sudah... En. Que pun baca... Malu la...
Memang, En. Que pernah cakap dia ada baca nota yang aku tulis tu, pasal Kak Na lekatkan nota pada CPU... Adoiyai... Segan plak... Takpelah... Janji mesti ditepati! Setiap hari ayat-ayat dalam nota tu akan bertukar, kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kak Na bercuti.
Selain daripada menunaikan janji, nota tu ikhlas untuk Kak Na, sebab dia layan aku dengan baik dan sweet sangat... Lagipun dia selalu buat aku happy dengan lawak jenaka dia dan cara dia yang menyenangkan hati aku... Kiranya aku dan dia cepat rapat sebab kitorang sama-sama gila-gila dan suka berlawak... Lagipun, Kak Na faham lawak yang aku cuba sampaikan... Yang bestnya dia boleh layan jugak dengan lawak aku tu... Dia buat aku teringat dekat roommate aku time diploma dulu, Lyaa dan Amy! Rindu nak bergurau macam ni... Bukan setakat gurauan je, kadang-kadang tu kitorang jugak share masalah yang menimpa masing-masing... Kawan susah-senang macam ni kita harus treasure and keep... Zaman sekarang ni susah nak jumpa manusia yang jujur dan ikhlas...
Diatas sebab sifat Kak Na itulah yang membuatkan aku rela hati dan ikhlas nak bagi dia happy, macam yang dia selalu buatkan aku happy. Bukankah membuatkan seseorang itu happy satu kemenangan yang mutlak? Bila kita berjaya membuat dia happy, kita pun happy sama... Malah berlipat ganda happy nya...
Pada hari terakhir aku di MRM pada 6 Julai 2012...
Mash : Kak Na... Boleh tak Mash nak mintak nota? Nak tulis untuk yang terakhir...
Kak Na : Haaa... Ada ni... Kak Na dah siap buat buku...
Mash : Haa?? Buku?
Kak Na serahkan helaian kertas yang dikepilkan dengan stapler... Aku selak helaian-helaian tu... Mataku terbeliak... Mulut aku ikut sama terbukak...
Mash : Ya, Allah... Kak Na print semua nota ni?
Kak Na : A'ah... Kak Na tangkap gambar nota pakai handphone, pastu suruh Jay print kan... Ini je yang sempat Kak Na tangkap... Sebab setiap hari nota ni bertukar, nanti nota lama dah takde... Sebab tu Kak Na tangkap gambar...
Aku terus peluk Kak Na, macam nak menangis pun ada... Thanks Kak Na... Terharu sangat bila Kak Na betul-betul hargai nota yang aku bagi... Tak sangka... Sweetnya Kak Na... Ya, Allah terima kasih sebab menemukan seorang sahabat yang baik macam Kak Na... Seriously terharu...
Aku meminta izin Kak Na untuk scan nota-nota yang dia print. Aku ingin simpan sebagai kenangan...
Ini lukisan yang Kak Na mintak aku lukiskan untuk dia... Cuba untuk mengkartunkan diri Kak Na... Heheh...
Kenangan mengajar Kak Na lukis Detective Conan di Persada, JB.
*Nota terakhir aku tulis dengan Pen... So, dah tak payah ubah-ubah lagi... :')
Nota Kaki : Diari membantu aku mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku...
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.