Kadang-kadang bila tengah happy-happy, seronok-seronok, tengah syok-syok, time tulah ada makhluk yang nak 'cucuk jarum'. Makhluk yang dicipta oleh Allah, yang telah berjanji akan menyesatkan keturunan adam. Time tulah kita mudah leka.
Tapi, adakalanya kita rasa macam ada benda yang tak kena. Rasa tak tenang dan gelisah. Jangan biarkan perasaan tu berlalu pergi. Terus berfikir, betulkah tindakan kita? Kenapa ada perasaan macam ni? Jaga solat dan luahkan apa yang terpendam didalam doa... Mohon dipelihara hati supaya bersih.
Bila tersedar dari 'lamunan' segera ucap Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk perbaiki diri...
Wallahu'alam.
Nota kaki : Aku ada 2 cerita best! Insha Allah akan dikongsi pada post yang akan datang...