About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

08 August 2012

Sekiranya ini Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum...

Semasa entri ini ditulis, kita sedang menikmati bulan yang penuh rahmat dan keberkatan yakni Bulan Ramadhan. Selalunya kita excited nak sambut Ramadhan... Setiap tahun pasti kehadiran bulan ini ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Macamane pulak dengan aku? Adakah aku turut merasai kemeriahan bulan ini?

Sebenarnya aku ada satu fobia... Bukan fobia la, tapi macam satu kebimbangan. Rasa ini sedikit sebanyak datang bila menjelangnya Ramadhan. Kebimbangan apekah? Hmmm... Kebimbangan ni terjadi sejak aku masuk belajar... Aku perasan setiap kali Ramadhan, mesti ada perkara yang tak best berlaku... Perkara yang mendukacitakan... Sesuatu peristiwa yang agak mempengaruhi kehidupan aku atau orang sekeliling...   Aku pun tak pasti samada perkara ini satu kebetulan atau sebagai ujian dan dugaan di bulan Ramadhan. Ataupun mungkin kena muhasabah diri... Pasti ada hikmah disebalik perkara yang berlaku, kan?

Tapi, sepanjang bulan ini iaitu pada tahun 2012, aku berpeluang menikmati bulan ini dengan best sekali! Syukur Alhamdulillah... Akhirnya aku betul-betul dapat menghayati bulan Ramadhan... Tak tahu kenapa aku rasa  bahagia sangat dan bersyukur ke hadrat Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan pada kali ini... Terasa ketenangan dan kelegaan dalam diri aku... Alhamdulillah...

Paling bahagia sekali bila semalam Kak Na ( Officemate MRM ) ajak aku pergi solat tarawikh di Masjid Shah Alam... Bila Kak Na ajak, tanpa berfikir panjang aku cakap "Jom!". Lagipun aku tak pernah lagi bertarawikh kat Masjid Shah Alam... Bertuah betul... Rasa seronok sangat... Bacaan Imam pun sangat jelas dan merdu... Aku syak Imam ni bertaranum! Hehehe... Thanks Kak Na! ^^

Well... Aku harap aku dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan dan seterusnya. Kebimbangan yang selama ini bersinggah didalam hati aku dah buang jauh-jauh... Pergi main jauh-jauh eh! Hehehe... Semoga ibadah kita semua diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T... Aminnn...


Rasulullah S.A.W bersabda yang maksud: “ Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. ” Riwayat Bukhari dan Muslim


Nota Kaki : Sekarang kita sedang menghadapi 10 malam terakhir, yakni malam Lailatulqadar... Rebutlah peluang ini untuk berusaha mendekatkan diri kepada Maha Pencipta... Ingatlah akan tujuan hidup kita yang asal... Iaitu menjadi hambaNya yang bertaqwa...

22 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamaulaikum,

Mengikut kalendar islam, hari ini ialah 3 Ramadhan tahun 1433 H. Maknanya sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Jadi, belum terlambat agaknya untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan kepada semua umat islam diseluruh dunia... 

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Istimewanya Ramadhan tahun ni ialah kebetulan, aku sedang cuti semester. Jadi, dapatlah aku memberi perhatian sepenuhnya terhadap ibadah sepanjang bulan ni. Dah takda assignment nak buat dan dah takda perkara keduniaan nak difikirkan... Inilah masanya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Heeee... Seronoknya! Barulah rasa excited nak sambut puasa... Lagipun ini sahaja bulan yang menawarkan ganjaran yang berlipat ganda untuk setiap amalan kita... Gila tak excited?? Hihihi...


"Heee... mari kita gelak sama dia... Kui...kui..kui.."


Jika kebanyakkan member aku suka akan lagu "Harapan Ramadhan" nyanyian Man Bai, sempena Ramadhan yang mulia ini mari kita dengarkan lagu kegemaran aku sejak kecik lagi dan menghayati mesej-mesej dakwah yang ingin disampaikan oleh kumpulan Brothers...



My all time favourite Ramadhan Song! Hehehew...



Nota Kaki : Sama-sama kita beramal ibadah dengan seikhlas hati hanya keranaNya...

21 July 2012

My special guest!

Assalamualaikum...

Baru-baru ni rumah kami, iaitu rumah parents ku dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tak diundang... Yep, tetamu itu ialah seekor burung yang tidak dikenali spesiesnya... Ayah terjumpa makhluk Allah tu dekat atas sejadah di ruang tamu, lalu beliau menangkapnya dan membawa ia ke dapur untuk disembelih ditunjukkan pada Mak.  Aku yang terdengar ayah tengah kecoh-kecoh tunjuk kat mak, lalu keluar dari bilik... Macam best je join kecoh-kecoh! Hehehe...

"Tengok ada burung... Koi (saya) jumpa kat atas sejadah kat depan tadi..." Kata ayahku bercerita.
"Nak pegang...??" Aku rasa teruja... Jarang sekali dapat pegang burung yang masih hidup. Burung tadi pun bertukar tangan. Ayah menyerahkan padaku. Yay!

"Burung apa ni? Besar jugak..." Tanya aku penuh kehairanan.
"Entah..."

Semasa aku pegang burung tu, nampak macam nak melepaskan diri dari pegangan aku. Aku cuba menenangkan burung itu dengan mengusap-usap tubuh dan kepala burung tu. Terasa kencang degupan jantung milik burung itu. Aku usap lagi kepalanya lembut-lembut dan mendekatkan ia ketubuh aku... 

Kemudian, aku cuba leraikan pegangan burung itu setelah melihat keadaan burung itu yang seakan tenang. Aku membiarkan ia berpijak di telapak tanganku... Aik, tak nak lari pulak dia? Hehehe... Maknanya burung ni dah tak takut... Cayalah!




Nampak tak kami dah jadi kawan baik? Hehehe... Tak sampai 10 minit kami dah boleh kamceng! Alhamdulillah... Hehehe... Disebabkan tak tahu burung ni spesies apa, jadi aku tak reti nak bagi dia makan apa? Dah bagi buah, tak nak... Bagi nasi pun tak nak... Apa agaknya yang dia nak sebenarnya? Kalaulah aku faham bahasa burung... Aku paham bahasa kucing je! Hihihi...

Tapi, akhirnya aku lepaskan jugak burung tu. Ia selayaknya dibebaskan... Jiran sebelah rumah (Mak Cik Ju) suruh bela... Tak sampai hati nak bela dalam sangkar... Biarlah ia bebas daripada dikurung... Kalau burung tu ingat kat aku lagi mesti dia datang semula kan? ( Walaupun mustahil berlaku )...



P/S : Si Itam akhirnya dah keluar dari sangkar... Hidup ni kadangkala kena berani menghadapi cabaran... Jatuh bangun kita adalah guru yang terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...