About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

21 July 2012

My special guest!

Assalamualaikum...

Baru-baru ni rumah kami, iaitu rumah parents ku dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tak diundang... Yep, tetamu itu ialah seekor burung yang tidak dikenali spesiesnya... Ayah terjumpa makhluk Allah tu dekat atas sejadah di ruang tamu, lalu beliau menangkapnya dan membawa ia ke dapur untuk disembelih ditunjukkan pada Mak.  Aku yang terdengar ayah tengah kecoh-kecoh tunjuk kat mak, lalu keluar dari bilik... Macam best je join kecoh-kecoh! Hehehe...

"Tengok ada burung... Koi (saya) jumpa kat atas sejadah kat depan tadi..." Kata ayahku bercerita.
"Nak pegang...??" Aku rasa teruja... Jarang sekali dapat pegang burung yang masih hidup. Burung tadi pun bertukar tangan. Ayah menyerahkan padaku. Yay!

"Burung apa ni? Besar jugak..." Tanya aku penuh kehairanan.
"Entah..."

Semasa aku pegang burung tu, nampak macam nak melepaskan diri dari pegangan aku. Aku cuba menenangkan burung itu dengan mengusap-usap tubuh dan kepala burung tu. Terasa kencang degupan jantung milik burung itu. Aku usap lagi kepalanya lembut-lembut dan mendekatkan ia ketubuh aku... 

Kemudian, aku cuba leraikan pegangan burung itu setelah melihat keadaan burung itu yang seakan tenang. Aku membiarkan ia berpijak di telapak tanganku... Aik, tak nak lari pulak dia? Hehehe... Maknanya burung ni dah tak takut... Cayalah!




Nampak tak kami dah jadi kawan baik? Hehehe... Tak sampai 10 minit kami dah boleh kamceng! Alhamdulillah... Hehehe... Disebabkan tak tahu burung ni spesies apa, jadi aku tak reti nak bagi dia makan apa? Dah bagi buah, tak nak... Bagi nasi pun tak nak... Apa agaknya yang dia nak sebenarnya? Kalaulah aku faham bahasa burung... Aku paham bahasa kucing je! Hihihi...

Tapi, akhirnya aku lepaskan jugak burung tu. Ia selayaknya dibebaskan... Jiran sebelah rumah (Mak Cik Ju) suruh bela... Tak sampai hati nak bela dalam sangkar... Biarlah ia bebas daripada dikurung... Kalau burung tu ingat kat aku lagi mesti dia datang semula kan? ( Walaupun mustahil berlaku )...



P/S : Si Itam akhirnya dah keluar dari sangkar... Hidup ni kadangkala kena berani menghadapi cabaran... Jatuh bangun kita adalah guru yang terbaik!

0 Orang Pinjamkan Nota:

Post a Comment

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...