Semasa entri ini ditulis, kita sedang menikmati bulan yang penuh rahmat dan keberkatan yakni Bulan Ramadhan. Selalunya kita excited nak sambut Ramadhan... Setiap tahun pasti kehadiran bulan ini ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Macamane pulak dengan aku? Adakah aku turut merasai kemeriahan bulan ini?
Sebenarnya aku ada satu fobia... Bukan fobia la, tapi macam satu kebimbangan. Rasa ini sedikit sebanyak datang bila menjelangnya Ramadhan. Kebimbangan apekah? Hmmm... Kebimbangan ni terjadi sejak aku masuk belajar... Aku perasan setiap kali Ramadhan, mesti ada perkara yang tak best berlaku... Perkara yang mendukacitakan... Sesuatu peristiwa yang agak mempengaruhi kehidupan aku atau orang sekeliling... Aku pun tak pasti samada perkara ini satu kebetulan atau sebagai ujian dan dugaan di bulan Ramadhan. Ataupun mungkin kena muhasabah diri... Pasti ada hikmah disebalik perkara yang berlaku, kan?
Tapi, sepanjang bulan ini iaitu pada tahun 2012, aku berpeluang menikmati bulan ini dengan best sekali! Syukur Alhamdulillah... Akhirnya aku betul-betul dapat menghayati bulan Ramadhan... Tak tahu kenapa aku rasa bahagia sangat dan bersyukur ke hadrat Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan pada kali ini... Terasa ketenangan dan kelegaan dalam diri aku... Alhamdulillah...
Paling bahagia sekali bila semalam Kak Na ( Officemate MRM ) ajak aku pergi solat tarawikh di Masjid Shah Alam... Bila Kak Na ajak, tanpa berfikir panjang aku cakap "Jom!". Lagipun aku tak pernah lagi bertarawikh kat Masjid Shah Alam... Bertuah betul... Rasa seronok sangat... Bacaan Imam pun sangat jelas dan merdu... Aku syak Imam ni bertaranum! Hehehe... Thanks Kak Na! ^^
Well... Aku harap aku dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan dan seterusnya. Kebimbangan yang selama ini bersinggah didalam hati aku dah buang jauh-jauh... Pergi main jauh-jauh eh! Hehehe... Semoga ibadah kita semua diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T... Aminnn...
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksud: “ Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. ” Riwayat Bukhari dan Muslim
Nota Kaki : Sekarang kita sedang menghadapi 10 malam terakhir, yakni malam Lailatulqadar... Rebutlah peluang ini untuk berusaha mendekatkan diri kepada Maha Pencipta... Ingatlah akan tujuan hidup kita yang asal... Iaitu menjadi hambaNya yang bertaqwa...
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.