About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

31 March 2012

Aku, Dia & Blog

Assalamualaikum...

Baru-baru ni rajin pulak aku update blog. Bukan update je, sekali dengan mengemaskini design blog. Tapi memang selalu macam tu. Bila permulaan sesuatu perkara memang excited, nanti dah lama sikit tak tentu lagi kerajinannya macamane. Hihihi... Nak-nak pulak blog ni kira dah macam satu dimensi baru dalam hidup aku. InsyaAllah akan berkekalan hendaknya. Selalunya bila dah start slow tu sebab aku dah masuk semester baru. Pe'el aku ni kalau dah masuk semester baru memang fokus. Kurang sikit update, tapi setiap hari mesti jenguk punya, insyaAllah. 

Sekarang ni agak free sebab semester ni dah tamat. Sekarang ni nak tunggu internship pulak start minggu depan. Jadi, time-time macam nilah memang sesuai sangat untuk aku bergerak aktif dalam blogging ni. Barulah sekarang aku rajin jenguk blog-blog tutorial yang sangat mudah untuk dipelajari.

Antara blog yang pernah aku ushar ialah blog Cik Tom , tutorial blogspot , Maribinablog , Liyana Lunia.  Terima kasih diatas tutorial-tutorial dan tips berguna daripada mereka. Korang pun boleh try tengok blog diorang sebab huraiannya sangat mudah diikuti dan berkesan. Nak-nak pulak diorang ni tak kedekut ilmu. Banyak pahala diorang dapat bila blogger lain masuk blog diorang dan dapatkan ilmu. Tahniah... :)

Tujuan aku belajar tutorial ni bukan untuk nak mencantikkan blog aku, cuma nak kemaskan blog je. Aku lebih suka bersederhana, tak nak fancy-fancy sangat. Islam pun menggalakkan kita bersederhana dalam setiap perkara. Kalau sumbat macam-macam pun nanti berat pulak blog kita. Orang yang jenguk pun nanti rasa serabut. Betul tak? Yang penting berbalik kepada niat kita nak berblog. Samada kita nak memberi input berguna kepada pembaca, atau nak bermegah-megah? Tanya diri kita semula.

Kenapa korang suka berblogging? Boleh kongsi? ;)



P/S: Blog aku ni takdelah input sangat. Lebih kepada catatan peribadi yang boleh dikongsi kepada umum. Kalau yang baik tu datangnya daripada Allah, kalau ade kekurangan datang daripada diri sendiri. Wallahua'alam.

Aku tak ade diari

Assalamualaikum...

Aku tak pernah ada diari. Maksud aku ialah buku yang selayaknya dipanggil diari. Buku yang ada corak berwarna-warni dan ada riben-riben. Yang paling sadis sekali yang siap ada kunci, so orang lain tak boleh baca kecuali diri sendiri. Kadang-kadang tu diri sendiri pun tak boleh baca sebab terlupa kunci simpan kat mana... Itu barulah dipanggil diari, bagi aku la...

*Bestnya kalau buku 555 macam ni. Thanks Encik Google!


Dari zaman sekolah lagi aku memang suka menulis. Buku 'diari' pertama aku ada ialah buku nota yang dimenangi oleh aku dalam pertandingan 'Puzzle' sempena English Week. Time tu aku masih di tingkatan 1. Buku yang mempunyai 100 helai muka surat. Yang takde riben-riben, tak ada kunci mangga tapi adela corak-corak sikit. Gambar kartun 'Snoopy'. Pada buku itulah aku menulis catatan harian aku. Tapi aku syak kakak aku pernah curi-curi baca, pasal dia boleh tau nama mamat yang aku suka... Demmm! Mentang-mentang takde mangga dan kunci. Takpe, aku maafkan kesalahan kakak aku tu. Mungkin dia ingat buku aku tu buku karangan sekolah. Nampak sangat bukan buku sekolah sebab ada gambar 'Snoopy'! Tapi nak buat macamana? Aku jugak yang salah sebab tak beli kunci mangga basikal!

Buku diari aku tu mengandungi kisah yang berlaku di sekolah. Banyak juga yang aku tulis. Siap ada gambar rajah lagi! Biasanya gambar rajah yang aku lukis tu tentang peta, atau kedudukan sesuatu tempat. Contohnya macam peta dalam bilik guru, peta dalam kelas atau peta kantin. Patutnya aku lukis jugak map bilik disiplin yang tersimpannya barang-barang rampasan! Ceh... Selain tu, gambarajah kejadian yang berlaku. Macam peristiwa aku tulis nota pendek untuk peringatan cikgu aku, dan di lekatkan di meja di bilik guru. Dalam lukisan tu aku lukis apa yang aku tulis untuk cikgu tu, siap dengan pen sekali! Detail tak? Hihihi... Mengarut apa semua benda nak dilukisnya!

*Macam ni...


Kalau ada dialog-dialog penting yang menarik pun aku ada tulis. Siap dengan orang yang bercakap tu punya nama sekali...

xxx : Ye, nak apa?
Mash : Acik, nak burger special satu! Tapi tak roti bun. Nak roti gardenia...
xxx : Ok!

* penting dan menarik ke tu?

Tamat je tingkatan 1, aku berhenti menulis diari dalam buku tu. Aku tak pastilah buku tu dah penuh atau belum. Tapi bila dah masuk tingkatan 2, aku diberi buku 'Planner 2003' oleh Pak Long aku. Start menulis semula. Bezanya buku planner ni tak boleh tulis panjang-panjang, lukis gambar rajah dan tulis dialog sebab ruang yang disediakan sangat terhad. Kotak kecik je. Kalau nak tulis panjang jugak kena buat tulisan kecik-kecik kasi muat semua ayat dalam kotak!

Akhirnya, setelah tamat tingkatan 2 aku dah berhenti menulis diari 100%. Tak ada lagi buku diari pada aku sebab dah buang dalam sungai Pahang. Amboi, hindustannya kau! Ini kes banyak sangat tengok drama petang-petang le ni? Mencemarkan sungai kita ada le! Sumpah tak buat lagi...

Aku tak nak ada diari. Sebab nanti kakak aku curi baca lagi! Sebab diari ni selalunya kita tulis kenangan yang indah-indah atau yang mendukacitakan. Dan selalunya kenangan ini kita tak nak ingat bila kita dah meningkat dewasa. Kenangan yang hanya menjadi kisah dongeng, dah tak penting lagi untuk 10 tahun akan datang. Betul ke?

Wallahua'lam


P/S : Ini bukan diari. Ini nota yang menjadi rujukan dan peringatan kepada aku untuk kini dengan masa depan. InsyaAllah... :)

30 March 2012

Snow Who? Snow Way!

Dalam perjalanan ke perhentian bas Seksyen 17, Shah Alam...


"Eh, korang free tak petang ni?" Tanya Yana kepadaku. Yana ialah ex-housemate aku. Aku dan Zam sedang menghantar beliau ke perhentian bas. Beliau meminta pertolongan kitorang untuk ke sana. Nak ke Penang katanya.

"Free kot... Takde apa pun nak buat," Balas Zam.
"Kenapa?" Pertanyaan susulan daripada aku.
"Nak tengok wayang tak?" Tanya Yana lagi.
"Hah??" Aku dan Zam kehairanan.
"Ni haa... Yana dah beli tiket wayang online... Patutnya nak pergi hari ni. tapi dah nak pergi Penang tak jadi plak,"
"Hmmm..."
"Korang pergilah dating berdua... Yana dah booking dah... Free punye... "
"Err... Cerita ape?" tanya Zam.
"Mirror Mirror... Nah, korang amik nombor ni... Pakai nama Nur Ilyana... "

Aku pun save nombor yang diberikan oleh Yana kedalam handphone. Aku masih blur... Mungkin dah lama tak tengok wayang... Tajuk filem terkini pun kitorang tak tau... Betul-betul duduk dalam gua ni!

"Mirror Mirror tu cerita ape?" Tanya aku kepada Yana.
"Cerita adaptasi Snow White,"
"OoOoOo... "
"Okaylah... kitorang tengok! Tiket free kan?" Kata Zam teruja.

Kitorang pun dropped Yana di stesen bas.

"Ko ok tak ni?" Zam tanya aku.
"Ok kot... Snow White kan? Aku suka jugak cerita fairytale ni... "
"Ok, jom pergi terus!"
"Hah? Betul ke? baju aku 'barai' ni... Baju *PROSTAR..." *Baju sekolah
"Takpe... Aku pun pakai selipar jamban je ni... Lagipun masa tayangan dah dekat!"
"Err... Ok la... nasib baik ade cardigan... Boleh cover sikit."


Selepas sahaja kami selamat menghantar Yana di perhentian bas, kitorang pun menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja... Mujurlah tiket tu dari TGV. Wayang paling dekat pun kat JJ. Senang sikit nak rush. Waktu tayangan pun dah dekat sangat. So, kitorang tak berlengah... Pergi terus. Dengan pakaian yang tak semenggah. Ah, pedulikan! Datang untuk tengok wayang je, lepas tu balik! Takde masa untuk 'cuci mata'!

Memang betul pun aku suka cerita fairytales. Dah berbagai versi Cinderella Story (Live Action) dah aku tonton, termasuklah A Cinderella Story, Another Cinderella Story dan A Cinderella Story : Once Upon A Song. Kesemua versi tidak mengecewakan. Ahadiat Akashah pun ada hasilkan novel Hikayat Cinderella dan Snow White jugak. Dua-dua aku dah khatam. Hihihi...

Know What? Filem Mirror Mirror pun tak mengecewakan! Besttttttt...!! Heheh... filem ber'genre' romantic comedy... Adventure yang tak bosan... Sesuai ditonton untuk semua lapisan umur. Lily Collins cantik sangat, sesuai dengan watak Snow White. First time tengok Julia Roberts jadi watak antagonis, tapi menjadi jugaklah! Armie Hammer pun boleh tahan macho, bersuara besar memang macho habis... Hihihi...

Anyways, cerita Snow White ni bukan macam cerita yang kita pernah tengok/baca dalam versi animasi tu. Ada kelainan sikit pada plot dan pengakhiran cerita. Korang kena tengok kalau berminat nak tau. ;)







*Dengar cerita ada lagi versi Snow White yang lain akan ditayangkan pada bulan June. Tapi dalam kategori genre yang berbeza. Ada lagi eh?

P/S : First time 'dating' dengan Zam tengok wayang berdua. Takpe, tak berdosa pun... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...