Aku tak pernah ada diari. Maksud aku ialah buku yang selayaknya dipanggil diari. Buku yang ada corak berwarna-warni dan ada riben-riben. Yang paling sadis sekali yang siap ada kunci, so orang lain tak boleh baca kecuali diri sendiri. Kadang-kadang tu diri sendiri pun tak boleh baca sebab terlupa kunci simpan kat mana... Itu barulah dipanggil diari, bagi aku la...
*Bestnya kalau buku 555 macam ni. Thanks Encik Google!
Dari zaman sekolah lagi aku memang suka menulis. Buku 'diari' pertama aku ada ialah buku nota yang dimenangi oleh aku dalam pertandingan 'Puzzle' sempena English Week. Time tu aku masih di tingkatan 1. Buku yang mempunyai 100 helai muka surat. Yang takde riben-riben, tak ada kunci mangga tapi adela corak-corak sikit. Gambar kartun 'Snoopy'. Pada buku itulah aku menulis catatan harian aku. Tapi aku syak kakak aku pernah curi-curi baca, pasal dia boleh tau nama mamat yang aku suka... Demmm! Mentang-mentang takde mangga dan kunci. Takpe, aku maafkan kesalahan kakak aku tu. Mungkin dia ingat buku aku tu buku karangan sekolah. Nampak sangat bukan buku sekolah sebab ada gambar 'Snoopy'! Tapi nak buat macamana? Aku jugak yang salah sebab tak beli kunci mangga basikal!
Buku diari aku tu mengandungi kisah yang berlaku di sekolah. Banyak juga yang aku tulis. Siap ada gambar rajah lagi! Biasanya gambar rajah yang aku lukis tu tentang peta, atau kedudukan sesuatu tempat. Contohnya macam peta dalam bilik guru, peta dalam kelas atau peta kantin. Patutnya aku lukis jugak map bilik disiplin yang tersimpannya barang-barang rampasan! Ceh... Selain tu, gambarajah kejadian yang berlaku. Macam peristiwa aku tulis nota pendek untuk peringatan cikgu aku, dan di lekatkan di meja di bilik guru. Dalam lukisan tu aku lukis apa yang aku tulis untuk cikgu tu, siap dengan pen sekali! Detail tak? Hihihi... Mengarut apa semua benda nak dilukisnya!
*Macam ni...
Kalau ada dialog-dialog penting yang menarik pun aku ada tulis. Siap dengan orang yang bercakap tu punya nama sekali...
xxx : Ye, nak apa?
Mash : Acik, nak burger special satu! Tapi tak roti bun. Nak roti gardenia...
xxx : Ok!
* penting dan menarik ke tu?
Tamat je tingkatan 1, aku berhenti menulis diari dalam buku tu. Aku tak pastilah buku tu dah penuh atau belum. Tapi bila dah masuk tingkatan 2, aku diberi buku 'Planner 2003' oleh Pak Long aku. Start menulis semula. Bezanya buku planner ni tak boleh tulis panjang-panjang, lukis gambar rajah dan tulis dialog sebab ruang yang disediakan sangat terhad. Kotak kecik je. Kalau nak tulis panjang jugak kena buat tulisan kecik-kecik kasi muat semua ayat dalam kotak!
Akhirnya, setelah tamat tingkatan 2 aku dah berhenti menulis diari 100%. Tak ada lagi buku diari pada aku sebab dah buang dalam sungai Pahang. Amboi, hindustannya kau! Ini kes banyak sangat tengok drama petang-petang le ni? Mencemarkan sungai kita ada le! Sumpah tak buat lagi...
Aku tak nak ada diari.
Wallahua'lam
P/S : Ini bukan diari. Ini nota yang menjadi rujukan dan peringatan kepada aku untuk kini dengan masa depan. InsyaAllah... :)
pap paling suka ayat perenggan terakhir tu.
ReplyDeletenak setuju pun tak boleh, nak bangkang pun tak boleh. =P
p/s: tapi kenangan baca komik Budak Hostel memang sangat nostalgia giler kot! =P
kenapa x boleh? terasa kew??? huhuh...
ReplyDeletenak cakap terasa tidak, nak cakap tak terasa pun tidak.
Deletetapi yang sebenarnya si penulis yang paling terasa kan..tak gitu? =P