About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

30 March 2012

Snow Who? Snow Way!

Dalam perjalanan ke perhentian bas Seksyen 17, Shah Alam...


"Eh, korang free tak petang ni?" Tanya Yana kepadaku. Yana ialah ex-housemate aku. Aku dan Zam sedang menghantar beliau ke perhentian bas. Beliau meminta pertolongan kitorang untuk ke sana. Nak ke Penang katanya.

"Free kot... Takde apa pun nak buat," Balas Zam.
"Kenapa?" Pertanyaan susulan daripada aku.
"Nak tengok wayang tak?" Tanya Yana lagi.
"Hah??" Aku dan Zam kehairanan.
"Ni haa... Yana dah beli tiket wayang online... Patutnya nak pergi hari ni. tapi dah nak pergi Penang tak jadi plak,"
"Hmmm..."
"Korang pergilah dating berdua... Yana dah booking dah... Free punye... "
"Err... Cerita ape?" tanya Zam.
"Mirror Mirror... Nah, korang amik nombor ni... Pakai nama Nur Ilyana... "

Aku pun save nombor yang diberikan oleh Yana kedalam handphone. Aku masih blur... Mungkin dah lama tak tengok wayang... Tajuk filem terkini pun kitorang tak tau... Betul-betul duduk dalam gua ni!

"Mirror Mirror tu cerita ape?" Tanya aku kepada Yana.
"Cerita adaptasi Snow White,"
"OoOoOo... "
"Okaylah... kitorang tengok! Tiket free kan?" Kata Zam teruja.

Kitorang pun dropped Yana di stesen bas.

"Ko ok tak ni?" Zam tanya aku.
"Ok kot... Snow White kan? Aku suka jugak cerita fairytale ni... "
"Ok, jom pergi terus!"
"Hah? Betul ke? baju aku 'barai' ni... Baju *PROSTAR..." *Baju sekolah
"Takpe... Aku pun pakai selipar jamban je ni... Lagipun masa tayangan dah dekat!"
"Err... Ok la... nasib baik ade cardigan... Boleh cover sikit."


Selepas sahaja kami selamat menghantar Yana di perhentian bas, kitorang pun menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja... Mujurlah tiket tu dari TGV. Wayang paling dekat pun kat JJ. Senang sikit nak rush. Waktu tayangan pun dah dekat sangat. So, kitorang tak berlengah... Pergi terus. Dengan pakaian yang tak semenggah. Ah, pedulikan! Datang untuk tengok wayang je, lepas tu balik! Takde masa untuk 'cuci mata'!

Memang betul pun aku suka cerita fairytales. Dah berbagai versi Cinderella Story (Live Action) dah aku tonton, termasuklah A Cinderella Story, Another Cinderella Story dan A Cinderella Story : Once Upon A Song. Kesemua versi tidak mengecewakan. Ahadiat Akashah pun ada hasilkan novel Hikayat Cinderella dan Snow White jugak. Dua-dua aku dah khatam. Hihihi...

Know What? Filem Mirror Mirror pun tak mengecewakan! Besttttttt...!! Heheh... filem ber'genre' romantic comedy... Adventure yang tak bosan... Sesuai ditonton untuk semua lapisan umur. Lily Collins cantik sangat, sesuai dengan watak Snow White. First time tengok Julia Roberts jadi watak antagonis, tapi menjadi jugaklah! Armie Hammer pun boleh tahan macho, bersuara besar memang macho habis... Hihihi...

Anyways, cerita Snow White ni bukan macam cerita yang kita pernah tengok/baca dalam versi animasi tu. Ada kelainan sikit pada plot dan pengakhiran cerita. Korang kena tengok kalau berminat nak tau. ;)







*Dengar cerita ada lagi versi Snow White yang lain akan ditayangkan pada bulan June. Tapi dalam kategori genre yang berbeza. Ada lagi eh?

P/S : First time 'dating' dengan Zam tengok wayang berdua. Takpe, tak berdosa pun... ^^

4 comments:

  1. Replies
    1. hohoh... ape maksudnye tu? Zam? Dia perempuanlah! :P

      Delete
  2. ha ah.. memang de lagi satu genre die..
    snow white and the hunts man.. tu wajib tgk.. hehe

    ReplyDelete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...