About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

02 June 2012

Muar - KL - Negeri Sembilan - Shah Alam

Assalamualaikum...

Di entri lepas aku ada share pasal meeting dengan OSBON, tapi hanya Mr. Os yang berjaya hadir dalam meeting tersebut. Patutkah aku cerita semula apa agenda meeting kitorang tempohari? Kalau nak sangat tahu boleh check kat sini!... Heheh...  Ok, to make it short... Alhamdulillah, last two weeks kitorang dah selesai photo shoot kumpulan OSBON ni... So far, segalanya berjalan dengan lancar dan happening! Almaklumlah, bila dah bekerjasama dengan orang-orang professional ni segalanya jadi mudah... Nak-nak pulak mereka ni memang lawak... Especially Abon! Dari pagi membawak ke malam tak henti-henti buat kitorang ketawa... Sepanjang bekerja dengan mereka ni, memang tak tension... 

Pada entri ini, aku tak nak bebel panjang-panjang. Enjoy je la gambar 'behind the scene' kitorang ketika di Muar, Planetarium, Studio MRM, Sendayan dan Shah Alam...


Muar, Johor ( 22 - 23 Mei 2012)


  • Dinner di Sabak Awor

Selamat datang ke Anjung Medan Ikan Bakar Sabak Awor!

Yay, makan free!

Mash, Chot & Project Manager kami, En. Zuljar... kat sebelah tu Abon...hihih


Gendang- gendut tali kecapi, perut gendut macam kami! Hahah... Dari kiri : En. Sayutie, En. Zuljar, En. Quzailan, Sham, Mash & Chot.


  • Muar Traders Hotel


Breakfast... Makan lagi? Seronoknyeee!

Di hadapan Muar Taders Hotel...

Jom gerak ke SJY Showroom... Kay merosakkan gambar dibelakang... Hahah...


  • SJY Showroom ( Bilik Pameran perabot dan barang-barang perhiasan dalaman rumah ), Muar Johor.



Ok, pose OSBON!

Mengerlit!

Hi, I'm the videographer... Let's stalk 'em!

Model baru... Kumpulan Maschot!

Kumpulan Maschot dah dibubar... Muncul pula kumpulan Super Junior... Dia super, saya Junior! Hehe..

Apa yang penting? Kerjasama!

Selesai... di SJY!



Kuala Lumpur ( 23 Mei 2012 )

  • Planetarium ( Agensi Angkasa )


Like a boss!


Dah start dah perangai masing-masing... Hihihi...

Senior-senior ku kalo bergambar memang begini pesennnya... Jangan rasa pelik... Haha...

Kerja! Kerja!

Fokusss....

Bersama juniorku, Kay & Sham... Walaupun junior (diploma), tapi umur senior... Camne tu?


Selesai sudah photo shoot di Planetarium! 


Shah Alam ( 23 Mei 2012 )

  • Photo Studio, MRM.



Sendayan, Negeri Sembilan ( 24 Mei 2012 )



  • Taman Permainan, Sendayan.


Ada lagi!

Belajar dari senior.. Heheh..

Macam-macam!


Shah Alam ( 24 Mei 2012 )

  • Dataran Shah Alam.




Bungkusss!! Tamat sudah pengembaraan kami!


Satu pengalaman yang tough jugak, sebab kena rush pergi sana, pergi sini... Bayangkan, satu hari ada dalam 2, 3 tempat kena singgah... So far, nak kata penat tu kurang sebab kitorang enjoy! Hehehe... Keesokkan harinya yakni hari Jumaat, hari rehat sedunia... Hahaha... Mentang-mentang supervisor takde, pergi Penang... Curik tulang! The week after tu barulah kitorang start progress design 'billboard'. 

Hikmahnya ikut Supervisor dan Project Manager ni, dapat serap ilmu daripada mereka... Plus, merapatkan lagi silaturrahim antara kami. Sebelum ni kalau kat office serious sikit, tapi tak tension la... Bile ade aktiviti macam ni barulah dapat tengok 'true color' masing-masing... Hehehe... Betul la kate Senior Manager MRM, "Designer-designer I kat sini semua gile-gile... Tak paham I!" Haha... Sabar eh! Kalau serious sangat pun bosan gak ape? Mana ade designer yang skema? Hehehe... Kalau tak gila, memang tak dapat idea yang gila yakni gempak! 

* Barulah tahu maksud "Ado mlm" = Abon Dan Os Maharaja Lawak Mega!




Nota Kaki :  Sebenarnya, aku tak tengok pun Maharaja Lawak Mega. Sebab kena buat research, terpaksalah gigih meng'download' kat youtube... 

18 May 2012

Dari tingkat 26

Assalamualaikum...

Kalau dalam drama korea My Girl, ada scene di bangunan tingkat 63, Joo Rin kata bila kita nak apa yang dihajatkan menjadi kenyataan bila kita dapat tahan nafas dari tingkat 1 sampai 63... Tapi kalau nak naik bangunan Wisma MBSA ke tingkat 26, yakni office MRM rasanya belum sampai tingkat 26 muka jadi biru. Sebabnya 'elevator' kat situ banyak problem! Setiap tingkat dia nak bukak pintu tak boleh jugak... Itupun belum ambik kira pasal sesaknya bila masuk lift! Pekerja MBSA serius ramai... Bila dah ramai, macam-macam 'perfume' la boleh bau... Hihihi...

Mukadimah apakah ini? Hahaha... Actually, aku nak share pasal apa yang aku buat sepanjang minggu ni kat tempat aku practical ni. Minggu ni sibuk nak prepare untuk hasilkan billboard untuk 'Malaysia Good Design Mark (MGDM) iaitu salah satu program yang dianjurkan MRM. Apa yang menariknya, dalam menghasilkan billboard ni kami akan menggunakan konsep dan 'talent' dari Maharaja Lawak Mega iaitu OSBON!

So, pada hari selasa lalu kitorang adakan meeting dengan OSBON. Tapi yang tak bestnya, hanya encik Os je yang dapat datang. Abon mungkin ada hal yang tak dapat dielakkan. Busy bebenor... Hehehe... Walaubagaimanapun, meeting tetap berjalan dengan lancar tanpa Abon. Lagipun Mr Os memang professional, tak de hal la kalau dia sorang je yang dapat datang sebagai wakil.


Mr. Os bebeh!


Tujuan meeting ni lebih kepada nak menerangkan konsep dan idea kat OSBON ni. Supaya diorang faham macamane kitorang akan 'visualize'kan idea dengan menggunakan khidmat OSBON sebagai 'talent'. Lagi satu, kitorang nak bincang pasal 'photoshoot' yang akan dijalankan di Muar, Nilai dan kat Shah Alam. InsyaAllah, kalau takde aral melintang nanti aku akan ikut serta untuk sesi 'photoshoot' ni. Ini jugak kali pertama aku keluar dan kerja diluar dari MRM. Hehehe... 


"Yang begini-begini takpe lagi... Kalau yang begitu-begitu camne?" En. Quzailan.

En. Quzailan ni la supervisor aku yang bertanggungjawab membawa kami, untuk sama join projek MRM ni. Siap ajak keluar outstation lagi. Sporting habis beliau ni, memahami pulak tu...


"Penumbuk saya ada dua... Jam saya ada satu je kat belah kiri. Pilihlah yang mana awak nak?" En. Zuljar.

En. Zuljar ni otai Industrial Design. Sangat berpengalaman dan cool orangnya. Masa first meeting best jugak dengar pengalaman dan cerita dia. Orangnya nampak je serius, tapi bila bercerita tu lawak jugaklah! Hehehe...


Keadaan agak tegang.... Hihihi... Acah-acah je tu...



Bajet khusyuk sangat perlu dalam situasi ini...



Kelihatan Mr Os sedang sakit kepala ketensenan akibat di'brainwash' oleh kami... 


"Gigi aku ada macam Mr Os tak? Ngehh..." Tanya Mash kepada rakan beliau. Hehehe... :P


Alhamdulillah, meeting berjalan dengan lancar dan mudah sekali. Thanks to mr Os yang sudi spare masa untuk hadir ke MRM. Kami akan memulakan kerjasama pada minggu depan, InsyaAllah... Semoga Allah S.W.T memudahkan urusan dan kerja kami... Amiinnnn... 

Selepas meeting tu, kitorang lepaskan tensen dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti....


"Jom main ping-pong! Ewah....!!"


Aksi seorang atlet ping-pong dengan pakaian sukan yang terkini... Aktif tapi masih lagi sopan... Ahakss!!


Ni la kerja kitorang bila dah tension-tension buat kerja. Pergi bilik seminar, main ping-pong... Hehehe... Jangan kata kitorang, staff-staff lain pun tak terkecuali okayh! Konon-konon melepaskan tension. Apa yang tension pun aku tak tau la... Best je kerja kat sini. Walaupun banyak kerja, no pressure! Heheh... Bak kate seorang staff kat sini, "Boss pergi meeting, kita main la!" Hahah... Kantoi ponteng kerja eh! Sebenarnya dah beberapa tahun aku tak main pingpong... Bila kat MRM ni barulah dapat melepaskan gian! Kat sini jugak ada 'carrom'! Kalau boring, rasa macam nak bengkakkan jari aku main benda alah tu... Hehehe... Enjoyyyysss...



Dari tingkat 26 ni aku dapat lihat kecantikkan masjid Shah Alam dengan lebih jelas... Permandangan seluruh Shah Alam jugak aku boleh tengok... Best!


* Gambar Ihsan En. Muhajir (MRM). Thank you! ^^


Nota Kaki : "Sabar eh!" "Boleh, Takde masalah" ... Dua ayat ni akan ku dengar setiap hari di MRM... Hehehe... 

13 May 2012

Hingga Akhir Pasti

" I... Love... You!"
" How much? "
" More than you can't imagine! "
" Tipu! "
" Betul... I'll do anything for you... Even die for you... "
" That's really sweet, but that only happens in the movies "


Hingga Akhir Pasti - Innuendo

#DamnIt'sTrue! 

Memang betul... Best betul kalau ada yang betul-betul sanggup buat apa sahaja untuk kita. Banyaknya perkataan betul diulang... Tapi kebanyakkannya tak betul! Manusia selalu sangat menabur kata-kata indah dan janji untuk menarik minat dan memujuk manusia yang lain. Sweet stalker Talker... Sayangnya hanya sedap didengar ditelinga saja. Buktinya takde. Janji yang selalu manusia tak dapat tunaikan. Janji tinggal janji. Kata-kata janji dibuat demi memperoleh kepercayaan juga sebagai harapan kepada orang lain. Sakitnya bila kepercayaan yang kita berikan dengan mudahnya diperkotak-katikkan.

Jika benar dia sanggup buat apa sahaja demi kamu, Sanggupkah dia berdepan dengan ibu-bapa kamu dan meminta kebenaran untuk bertemu dengan kamu? Bolehkan dia menjaga maruah dan aurat kamu? Benarkah dia boleh berjanji bahawa dia akan menjaga batas pergaulan ketika bersama-sama kamu?

Bersemangatlah! Janji Allah tetap ada... Satu-satunya janji yang ditepati. Dia sudah janjikan Syurga kepada yang taat, dan Neraka kepada yang ingkar. Demi memperolehi janji itu kita hanya perlu mencari-Nya dan mendekatkan diri padaNya... Jangan mengharapkan janji manusia yang penuh dusta. 



*Yes, it only happens in the movies… I rather believe that the true love only comes from Allah S.W.T. Look for the person who loves Allah more than he loves you, you will gain more than you can't imagine!

Don't makes me speak in english! Heh!




Nota kaki : Kata-kata manis biasanya ilmu dari Syaitan. Bisikannya mampu menggugat imanmu. Hati-hati ye! Love songs are no longer be my favourite...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...