About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

18 May 2012

Dari tingkat 26

Assalamualaikum...

Kalau dalam drama korea My Girl, ada scene di bangunan tingkat 63, Joo Rin kata bila kita nak apa yang dihajatkan menjadi kenyataan bila kita dapat tahan nafas dari tingkat 1 sampai 63... Tapi kalau nak naik bangunan Wisma MBSA ke tingkat 26, yakni office MRM rasanya belum sampai tingkat 26 muka jadi biru. Sebabnya 'elevator' kat situ banyak problem! Setiap tingkat dia nak bukak pintu tak boleh jugak... Itupun belum ambik kira pasal sesaknya bila masuk lift! Pekerja MBSA serius ramai... Bila dah ramai, macam-macam 'perfume' la boleh bau... Hihihi...

Mukadimah apakah ini? Hahaha... Actually, aku nak share pasal apa yang aku buat sepanjang minggu ni kat tempat aku practical ni. Minggu ni sibuk nak prepare untuk hasilkan billboard untuk 'Malaysia Good Design Mark (MGDM) iaitu salah satu program yang dianjurkan MRM. Apa yang menariknya, dalam menghasilkan billboard ni kami akan menggunakan konsep dan 'talent' dari Maharaja Lawak Mega iaitu OSBON!

So, pada hari selasa lalu kitorang adakan meeting dengan OSBON. Tapi yang tak bestnya, hanya encik Os je yang dapat datang. Abon mungkin ada hal yang tak dapat dielakkan. Busy bebenor... Hehehe... Walaubagaimanapun, meeting tetap berjalan dengan lancar tanpa Abon. Lagipun Mr Os memang professional, tak de hal la kalau dia sorang je yang dapat datang sebagai wakil.


Mr. Os bebeh!


Tujuan meeting ni lebih kepada nak menerangkan konsep dan idea kat OSBON ni. Supaya diorang faham macamane kitorang akan 'visualize'kan idea dengan menggunakan khidmat OSBON sebagai 'talent'. Lagi satu, kitorang nak bincang pasal 'photoshoot' yang akan dijalankan di Muar, Nilai dan kat Shah Alam. InsyaAllah, kalau takde aral melintang nanti aku akan ikut serta untuk sesi 'photoshoot' ni. Ini jugak kali pertama aku keluar dan kerja diluar dari MRM. Hehehe... 


"Yang begini-begini takpe lagi... Kalau yang begitu-begitu camne?" En. Quzailan.

En. Quzailan ni la supervisor aku yang bertanggungjawab membawa kami, untuk sama join projek MRM ni. Siap ajak keluar outstation lagi. Sporting habis beliau ni, memahami pulak tu...


"Penumbuk saya ada dua... Jam saya ada satu je kat belah kiri. Pilihlah yang mana awak nak?" En. Zuljar.

En. Zuljar ni otai Industrial Design. Sangat berpengalaman dan cool orangnya. Masa first meeting best jugak dengar pengalaman dan cerita dia. Orangnya nampak je serius, tapi bila bercerita tu lawak jugaklah! Hehehe...


Keadaan agak tegang.... Hihihi... Acah-acah je tu...



Bajet khusyuk sangat perlu dalam situasi ini...



Kelihatan Mr Os sedang sakit kepala ketensenan akibat di'brainwash' oleh kami... 


"Gigi aku ada macam Mr Os tak? Ngehh..." Tanya Mash kepada rakan beliau. Hehehe... :P


Alhamdulillah, meeting berjalan dengan lancar dan mudah sekali. Thanks to mr Os yang sudi spare masa untuk hadir ke MRM. Kami akan memulakan kerjasama pada minggu depan, InsyaAllah... Semoga Allah S.W.T memudahkan urusan dan kerja kami... Amiinnnn... 

Selepas meeting tu, kitorang lepaskan tensen dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti....


"Jom main ping-pong! Ewah....!!"


Aksi seorang atlet ping-pong dengan pakaian sukan yang terkini... Aktif tapi masih lagi sopan... Ahakss!!


Ni la kerja kitorang bila dah tension-tension buat kerja. Pergi bilik seminar, main ping-pong... Hehehe... Jangan kata kitorang, staff-staff lain pun tak terkecuali okayh! Konon-konon melepaskan tension. Apa yang tension pun aku tak tau la... Best je kerja kat sini. Walaupun banyak kerja, no pressure! Heheh... Bak kate seorang staff kat sini, "Boss pergi meeting, kita main la!" Hahah... Kantoi ponteng kerja eh! Sebenarnya dah beberapa tahun aku tak main pingpong... Bila kat MRM ni barulah dapat melepaskan gian! Kat sini jugak ada 'carrom'! Kalau boring, rasa macam nak bengkakkan jari aku main benda alah tu... Hehehe... Enjoyyyysss...



Dari tingkat 26 ni aku dapat lihat kecantikkan masjid Shah Alam dengan lebih jelas... Permandangan seluruh Shah Alam jugak aku boleh tengok... Best!


* Gambar Ihsan En. Muhajir (MRM). Thank you! ^^


Nota Kaki : "Sabar eh!" "Boleh, Takde masalah" ... Dua ayat ni akan ku dengar setiap hari di MRM... Hehehe... 

4 comments:

  1. waaaa.. selalu jumpa artis la ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... xde la selalu... ni first time kerjasama dengan artis senior... :D

      Delete
  2. takleh blah betul ayat ni --> "Gigi aku ada macam Mr Os tak? Ngehh..." Tanya Mash kepada rakan beliau. Hehehe... :P

    repot kat Pakcik Os!!! hahahaha *gelak guling-guling*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... report la... pg report polis... ekeke!

      Delete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...