Di entri lepas aku ada share pasal meeting dengan OSBON, tapi hanya Mr. Os yang berjaya hadir dalam meeting tersebut. Patutkah aku cerita semula apa agenda meeting kitorang tempohari? Kalau nak sangat tahu boleh check kat sini!... Heheh... Ok, to make it short... Alhamdulillah, last two weeks kitorang dah selesai photo shoot kumpulan OSBON ni... So far, segalanya berjalan dengan lancar dan happening! Almaklumlah, bila dah bekerjasama dengan orang-orang professional ni segalanya jadi mudah... Nak-nak pulak mereka ni memang lawak... Especially Abon! Dari pagi membawak ke malam tak henti-henti buat kitorang ketawa... Sepanjang bekerja dengan mereka ni, memang tak tension...
Pada entri ini, aku tak nak bebel panjang-panjang. Enjoy je la gambar 'behind the scene' kitorang ketika di Muar, Planetarium, Studio MRM, Sendayan dan Shah Alam...
Muar, Johor ( 22 - 23 Mei 2012)
- Dinner di Sabak Awor
Selamat datang ke Anjung Medan Ikan Bakar Sabak Awor!
Yay, makan free!
Mash, Chot & Project Manager kami, En. Zuljar... kat sebelah tu Abon...hihih
Gendang- gendut tali kecapi, perut gendut macam kami! Hahah... Dari kiri : En. Sayutie, En. Zuljar, En. Quzailan, Sham, Mash & Chot.
- Muar Traders Hotel
Breakfast... Makan lagi? Seronoknyeee!
Di hadapan Muar Taders Hotel...
Jom gerak ke SJY Showroom... Kay merosakkan gambar dibelakang... Hahah...
- SJY Showroom ( Bilik Pameran perabot dan barang-barang perhiasan dalaman rumah ), Muar Johor.
Ok, pose OSBON!
Mengerlit!
Hi, I'm the videographer... Let's stalk 'em!
Model baru... Kumpulan Maschot!
Kumpulan Maschot dah dibubar... Muncul pula kumpulan Super Junior... Dia super, saya Junior! Hehe..
Apa yang penting? Kerjasama!
Selesai... di SJY!
Kuala Lumpur ( 23 Mei 2012 )
- Planetarium ( Agensi Angkasa )
Like a boss!
Dah start dah perangai masing-masing... Hihihi...
Senior-senior ku kalo bergambar memang begini pesennnya... Jangan rasa pelik... Haha...
Kerja! Kerja!
Fokusss....
Bersama juniorku, Kay & Sham... Walaupun junior (diploma), tapi umur senior... Camne tu?
Selesai sudah photo shoot di Planetarium!
Shah Alam ( 23 Mei 2012 )
- Photo Studio, MRM.
Sendayan, Negeri Sembilan ( 24 Mei 2012 )
- Taman Permainan, Sendayan.
Ada lagi!
Belajar dari senior.. Heheh..
Macam-macam!
Shah Alam ( 24 Mei 2012 )
- Dataran Shah Alam.
Bungkusss!! Tamat sudah pengembaraan kami!
Satu pengalaman yang tough jugak, sebab kena rush pergi sana, pergi sini... Bayangkan, satu hari ada dalam 2, 3 tempat kena singgah... So far, nak kata penat tu kurang sebab kitorang enjoy! Hehehe... Keesokkan harinya yakni hari Jumaat, hari rehat sedunia... Hahaha... Mentang-mentang supervisor takde, pergi Penang... Curik tulang! The week after tu barulah kitorang start progress design 'billboard'.
Hikmahnya ikut Supervisor dan Project Manager ni, dapat serap ilmu daripada mereka... Plus, merapatkan lagi silaturrahim antara kami. Sebelum ni kalau kat office serious sikit, tapi tak tension la... Bile ade aktiviti macam ni barulah dapat tengok 'true color' masing-masing... Hehehe... Betul la kate Senior Manager MRM, "Designer-designer I kat sini semua gile-gile... Tak paham I!" Haha... Sabar eh! Kalau serious sangat pun bosan gak ape? Mana ade designer yang skema? Hehehe... Kalau tak gila, memang tak dapat idea yang gila yakni gempak!
* Barulah tahu maksud "Ado mlm" = Abon Dan Os Maharaja Lawak Mega!
Nota Kaki : Sebenarnya, aku tak tengok pun Maharaja Lawak Mega. Sebab kena buat research, terpaksalah gigih meng'download' kat youtube...
ammboii chot sjak kwan ngan retis tdung dh maju... hmpa pn makin2 seri2~~~~ manaaaaa laaaaaaaaa pak imam x nmpk pn~~~ huhuuhuh
ReplyDelete