About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

02 January 2013

Buka Nota Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Agak lama jugak aku biarkan nota ini berhabuk! My Bad! Sejak beberapa minggu yang lalu kehidupan aku kurang terurus... Maksud aku, kurang terurus dari segi aku tak dapat nak settle down... Busy dengan FYP... Alhamdulillah, segalanya dah berakhir... Aku dah berjaya tamatkan Degree... Syukur Alhamdulillah...

Aku dah kembali ke PJ... Meaning, aku dah tak stay kat Shah Alam... Dah selesai pindah keluar dari rumah sewa dan kembali menetap dirumah Mak Ayah... There's no place like home!

SHAH ALAM, AKU TINGGAL!

So, rasanya belum terlambat untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2013...!! Tahun baru sebagai penganggur... Hohoho... Tak boleh honeymoon lama sangat... Kena cepat bergerak... Cari kerja > Dapat kerja > dapat gaji > simpan duit gaji > beli aset > pastu... jeng! jeng jeng! Hahaha... Lu pikir lah sendiri! *jelir lidah sambil buat muka kiut!*

Tahun 2012 ialah tahun yang banyak makna dalam hidup aku... Pada tahun ini lah mempamerkan jatuh dan bangun aku... Begitu jugak rasa yang pahit dan manis... Complete set! Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku hidup dan memberi ruang untuk aku berfikir dengan matang... Setiap hari aku mempelajari sesuatu...

Tahun baru ni kena buka helaian nota yang baru... Memandangkan nota lama dah berhabuk, aku nak bertukar kepada nota yang baru...

Bismillahirrahmanirrahim...


P/s : Aku tak tahu kenapa bila aku buat entri ni macam tak happy... Padahal aku patut celebrate sekarang ni! hmmm....


nota kaki : Aku akan update mengenai Degree Show Unisel pada entri yang akan datang... Insha Allah.

2 comments:

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...