About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

18 July 2012

Redha itu ikhlas... Sabar itu iman..

Assalamualaikum...

Hari ni selesai sudah aku 'khatam' membaca salah satu karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yakni 'SUNAN MUSAFIR'. Akhirnya RAM membuat keputusan untuk menamatkan kisah Laksmana Sunan dalam naskhah Sunan Musafir ni. Kalau diikutkan, siri Laksamana Sunan ni ada 6 buah iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan yang terakhir sekali, Sunan Musafir. Aku hanya berjaya mengumpul 4 koleksi daripada 6 siri karya RAM ni. Huhuh... Yang kelakarnya, aku tak start lagi baca Cinta Sufi dah pun selesai baca karya yang terakhir tu... Punyalah tak sabar nak tau ending cerita Laksmana Sunan ni... Pastu boleh pulak skip Sutera Bidadari? Nampaknya aku kena belajar untuk banyakkan bersabar! Hehehe...

Gambar kredit untuk 'Uncle Google'


Pada bahagian akhir helaian novel thriller karya ni, RAM sempat jugak menyelit nota ilmu yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Iaitu 'Cara untuk mewujudkan keikhlasan dalam beramal'... Apakah cara-cara tersebut?

Cara Untuk Mewujudkan Keikhlasan Dalam Beramal



  • Kita digalakkan sentiasa berdoa supaya wujud keikhlasan dalam setiap amalan dan ibadat seharian. Susah sebenarnya nak wujudkan keikhlasan tu. Kadang-kadang mulut kata ikhlas, tapi hati tak pernah nak ikhlas... Jadi, cara yang terbaik ialah dengan dengan berdoa. Meminta-minta dengan Allah takpe, tapi tak elok meminta-minta sesama manusia... Ingatan untuk diri sendiri jugak tu! Heeee...
  • Kita digalakkan menyembunyikan amal dan usah berbangga-bangga dengan amalan yang dilakukan. Part ni pun patut diberi penekanan jugak. Selain mengelakkan diri dari perasaan riak, ini juga dapat mengelakkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Pendek kata, biarlah low-profile...
  • Sentiasa menganggap amalan yang dibuat masih belum cukup bagi mengelak rasa takbur dan kagum berlebihan. 
  • Tidak terpengaruh dengan ucapan dan pujian kerana pujian membuatkan kita lalai dan berasa diri sudah cukup baik menyebabkan kita tidak berusaha memperbaiki diri. Agreed! Manusia memang suka akan pujian. Oleh itu berdoalah supaya kita ditetapkan iman dan ingatlah bahawa segala pujian itu hanyalah milik Allah S.W.T.
  • Sentiasa ingat bahawa Syurga dan neraka bukan milik kita.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan semua... InsyaAllah... Bulan puasa dah nak dekat kan? Harap-harap kita semua dapat beramal dengan seikhlas hati... Amin!


P/S : Aku hormat dengan sifat kau yang low-profile dalam beramal tu... Walaupun kau tak cakap direct, tapi aku faham... Keep it up ok! ^_^

1 comment:

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...