About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

15 July 2012

Design Innovation & Exploration (DIX)

Assalamualaikum...

Pergh... Rasa macam dah lama tak update blog. Patutlah tangan ni terasa macam sengal-sengal, rupanya dah lama tak menaip. Aik, rasanya baru je selesai menaip report minggu lepas... Hehe... Sebenarnya dah lama tak mengarang kat blog kesayangan ni le... Nampak tak aku sayang kat blog ni? Nampak tak? Hihihihi... Rindu la tu! Yep, rindu jugak la... 

Sebenarnya, ketika entri ini ditulis aku baru sahaja menamatkan sesi Latihan Industri di Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Macam tak percaya pun ada... Rasanya macam baru je aku update pasal pengalaman aku praktikal kat situ. Cepat jugak masa berlalu kan? Aku rasa macam baru je semalam aku jejakkan kaki disitu. Pejam-celik-pejam-celik, dah habis... Macam tu je! 

Namun begitu, ( Ayat tak payah nak sastera sangat! ) boleh tak episod 'mengenang semula' ni berhenti seketika? Mungkin akan bersambung pada post akan datang... Sebabnya ada nota menarik yang ingin dikongsi... Bagi aku nota ini sangat menarik sebab ini antara nota yang best dan penting sekali untuk diingati. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan, insyaAllah...

Ceritanya bermula macam ni...

Pada 19 Jun sehingga 25 Jun 2012, MRM telah menyertai pameran Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012 & Karnival Sains dan Inovasi, di Persada Johor Bahru. Sebagai warga sementara MRM, aku dan Chot ( Roommate merangkap classmate ) pun tak terkecuali untuk join aktiviti seperti ini... Sebenarnya, keputusan kami ( Aku dan Chot ) untuk menyertai pameran ini pun dibuat pada saat-saat akhir jugaklah kerana sebab-sebab yang tertentu. Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat pergi outing dengan geng-geng 'Design Innovation & Exploration' (DIX) di MRM... Hehehe.. Best gile!




Di karnival ini terdapat banyak booth-booth yang turut sama memeriahkan Minggu Sains Teknologi dan ICT. Antaranya Petrosains, Misti, Mosti, Agensi Angkasa, Mimos, Unit Media & Komunikasi, MMOG dan banyak lagi... Ingatan aku tak berapa baik buat ketika ini... Hihihi... Maaf! Seperkara lagi, pameran ini berlangsung selama 7 hari! Wah, lama tu... 

Hmm... Cerita banyak pun tak guna, tembak pun tak kena... Apa kata jom usha gambar kita... Hihihi! Sebenarnya aku malas nak taip panjang-panjang... Let's chekidaut!

Suasana di booth MRM... Meriah!

Main lukis-lukis pakai Wacom Cintiq! Heeee....

Inilah hasilnya... Hai, Kak Zurina! Err... Hai, Ubi! hihih...

Mash bersama Sifu illustration, En. Faizal Ahmad! ( Sila abaikan muka ku yang acah-acah ganas! )

En. Faizal sedang menunjukkan skill beliau... Skill bergambar! Hihihi...

Saya sangat berbangga bergurukan individu seperti En. Faizal ni. Beliaulah yang bertanggungjawab mengajar saya mengendalikan menatang Wacom Cintiq ni... Hihi... Thank you En. Faizal! Beliau sangat hebat! Harapnya saya pun akan jadi sehebat beliau pada masa akan datang... *wink*

Kelihatan En. Ismail sedang mengajar boss untuk melukis dengan lebih efektif sambil disaksikan oleh gadis-gadis...

"Kalau kita tekan butang merah ni, akan berlakunya gempa bumi pada 10 skala richter," Kata En. Muhajir yang cuba menipu daya para pengunjung... Hehehe... Takdelah, gurau je!


Kebanyakkan barang-barang yang dipamerkan di booth MRM ialah rekabentuk prototaip daripada penyertaan-penyertaan atau pemenang bagi Pertandingan Rekabentuk Malaysia (MDC) dan MGDM yang diadakan pada setiap tahun. Selain mendidik masyarakat betapa pentingnya industri rekabentuk di Malaysia, MRM juga menjadi penggalak kepada pereka-pereka, penggemar seni dan industri pembuatan untuk terus menghasilkan rekabentuk yang bermutu melalui penganjuran pertandingan seperti MDC dan pengikhtirafan seperti Malaysia Good Design Mark (MGDM).





Next...

Jadi Cikgu Seni sekejap! Hihihi...


Kak Na, Chot & Mashi..



En. Peja sedang membuat demonstrasi masakan...

Kakak Tudung biru : Berapa riya nok jual hok ni?
En. Peja : Lapan belas riya dapak tigo..
Kakak Baju hitam : Bakpo mahal gak! Kawe dok ado pitih... *dialog rekaan semata-mata*

En. Mail sedang melayan peminat-peminat cilik beliau...


Weeeee....

En. Peja dan En. Jay dikelilingi amoi-amoi... "Mu berkenan hok mane, Jay?" Tanya En. Peja kepada En. Jay.

Bersama En. Mail dan Puan Ita yang sempoi... ^^

And looks, who was here!! En. Megat Marwan a.k.a Abang Wan...

Subhanallah... Satu pertemuan yang tak disangka... Seniorku ketika di SMKSU, merangkap kawan abang aku... Pergh... Setelah beberapa tahun tak jumpa. Rasanya last sekali jumpa masa join mendaki Gunung Tahan, 6 tahun lalu... Kecik jugak dunia ni ye... Walaupun rumah kami dalam kawasan yang sama kat PJ, tak sangka pulak boleh jumpe dekat negeri orang! Hihihi... Kebetulan Abang Wan sekarang jadi Kaunselor di Sekolah Menengah Sains di Mersing. Walaupun sebelum ni pernah bertanya khabar di Facebook, tapi sejak dah takde FB ni terus lost contact... 

Bila dah lama tak jumpe banyaklah benda nak 'catch up'... Tapi apa kan daya masa dan situasi tak mengizinkan. Ni dah bertukar contact number... Harapnya kalau beliau nak kahwin nanti jemput la saya eh.. Hihihi... 


Acah-acah gaduh... Hihihi..

Macamni la agaknya gaya kalau lelaki kena buli dengan perempuan... Ekekeke!

En. Mail sedang menunjukkan demonstrasi rekabentuk menggunakan 'Epoxy'

Hasilnya... Nampak lembut, tapi sebenarnya keras dan ringan!

Errr... En. Li... Are you sure about this??

Omagah... Ibrahim in the house!

Kawanku Ibrahim pun ada jugak! Hehe... Beliau yang ku kenali dari seorang teman yang pernah rapat dengan aku pada suatu ketika dahulu... Ekceli aku pernah contact beliau melalui YM... Memandangkan beliau menetap di JB, jadi aku pun bagitahu yang aku akan berkampung di JB. Masa hari kedua aku di JB, dia call dan berhajat nak datang ke pameran ni sambil-sambil boleh jumpa dan gosip-gosip hot stories! Hahaha... Terima kasih sebab sudi datang dan jugak sudi kongsi 'cerita panas' itewwww... Hohoho...


Demo melukis menggunakan pensel warna...

Sesi kuiz bersama Abang Jay!

Semangat inilah yang kita mau!


Tamat sudah perkongsian nota.... PEACE! ^^

Rasanya setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan. Lagipun dah panjang meleret-leret post ni... Hihihi... Almaklumlah seminggu punya peristiwa, mesti banyak lagi gambar... Hmmm... 

Banyak jugak hikmah dan kebaikan aku join pameran ni sebenarnya. Hikmah yang tersirat dan tersurat... Macam-macam perkara yang berlaku. Yang paling penting dan berharga sekali ialah hubungan silaturrahim bersama-sama keluarga MRM dapat di eratkan... Seronok dapat bersama-sama menjayakan pameran ni dengan En. Mail, Pn. Ita, En. Li, En. Faizal, En. Peja, Kak Na, Chot dan En. Jay... Weeee...

Kesimpulannya, aku sangat enjoy sepanjang pameran ini berlangsung. Bertambah best sebab penginapan dan breakfast disponsor... Hehehe... Benda free sape tak happy ye dak? Hehehew! Terima kasih bebanyak... Terima kasih jugak kepada En. Ismail sebab 'paksa' jugak kitorang join. Heeee... Oh, ya... Terima kasih yang tak terhingga kepada En. Que yakni supervisor ku, sebab bagi pelepasan untuk mengikuti aktiviti DIX...


Nota kaki : Pengalaman manis bagaikan gula!

2 comments:

  1. wah..bagus siap tunjuk demo guna epoxy lagi... staff mrm takde yg bebetul bole sketch industrial design ke? ermmm mrm tak direct link dgn mimos kan? model ROV silver tu hasil geng2 mimos yg menang anugerah aritu..why tak minta or upah mereka buat demo sketch or 3d..rasanya gitu lagi menarik..

    *nak kontek sy pun bole...keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... Actually mmg dah ade designer sendiri yg pandai sketch, bkn setakat industrial design je, semua jenis illustration beliau blh sketch... Kalau tgk dr gambo ade sorang staff name dia En. Faizal... Beliaulah yg bertanggungjwb buat demo time pameran DIX ni... Cume sy x attach pule hasil lukisan beliau..huhu...

      Tapi, bagus juga idea Ahmad Firdaus tu... Boleh juga orang luar kongsi pengalaman dan buat demo sketching kan? Cube2 lah usulkan cadangan dekat FB MRM... Mane tau ade tuahnye.. :)

      Delete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...