About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

30 March 2012

Full takpe, Fool Jangan...

Assalamualaikum...

Tahukah korang, haram bagi kita umat Islam bagi menyambut dan meraikan hari April Fool yang iaitu budaya yang dibawa oleh barat pada setiap 1 April? Tentu saja ia haram kerana islam melarang kita menipu, tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah. Sifat-sifat ini tergolong dalam sifat orang munafik.

Time aku sekolah rendah dulu pun selalu aku main 'April Fool' ni. Cuma masa tu takde sorang pun yang menegur aku yang apa aku lakukan ni salah. Mungkin perkara ni remeh bagi sesetengah orang. Tapi, sedarkah perkara remeh inilah yang selalu diamalkan oleh orang kafir? Maka, salahlah kita menyerupai perangai orang kafir. Sebagaimana sabda Rasululullah S.A.W :
"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka,"

Seperkara lagi, mesej ini bukan sahaja untuk April Fool sahaja, tetapi juga untuk kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu kawan-kawan ku, janganlah kita menipu. Sekali sahaja kita tipu, selama-lamanya kita susah nak dapatkan kepercayaan orang lain dan juga Allah S.W.T. Islam juga melarang kita memungkiri janji dan tidak pegang amanah. Jadi, hindarilah diri daripada sifat-sifat keji ini. :)

Kalaulah mase kecik-kecik dulu, aku dah tau perkara ini, mesti aku cakap kat member aku,

"Tak baik au fool-fool ni... Fool dosa, Allah marah au..." Cakap dengan pelat-pelat anak buah aku iaitu Fahim


*Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang banyak dosa, tapi banyak bertaubat.


P/S : Bumi kita adalah amanah Allah yang kita perlu jaga sebaiknya. EARTH HOUR 2012 ^^

2 comments:

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...