About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

05 June 2013

Rindu bertandang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Hari ni aku amik MC, pasal demam selesema. Tak bestnya bila demam ni badan jadi lemah. Asyik nak baring je! Konon tak larat nak bergerak, selera makan takde. Kadang-kadang tu sebab psychology je. Sebenarnya badan boleh je gerak, cuma minda kita macam sibuk hasut badan kata   yang kita ni sakit, lemah badan... So, jangan banyak sangat buat aktiviti! Ceh... Nak salahkan siapa tu? Hahaha... Semuanya terletak kat diri sendiri...

Memang hari ni aku selalu baring... Tak semangat je. Tapi bila time lunch, aku makan macam hari-hari biasa. Lagipun minda aku cuba bagi nasihat positif kat badan. "Kalau ko tak makan, nanti lapar... Bila lapar, badan jadi lemah... So, baik ko makan!" Jadi, badan aku termakan nasihat si minda aku tu tadi. Lalu aku pun makan dengan berselera. Ahh... Tak payah nak poyo sangat! Time tu memang aku tengah lapar, ditambah pula sebab lauk yang dihidangkan Mak sangat menyelerakan... Huahuahua... 

Gila! Siapa tak berselera kalau ada lauk pucuk paku masak lemak, ayam masak kicap, kacang boto goreng dan sambal kicap?? Haaaa... Aku syak korang yang baca ni pun mesti kecur liur kan?? Hahaha... Gasak! (Masalahnya kat sini, ada ke yang baca nota usang aku ni?" Teeetttt!!). Okay, abaikan!

Lagi satu kalau dah demam, badan jadi lemah, aku ada something unnatural yang terjadi bila jadi camni. Aku akan teringat balik peristiwa-peristiwa kat sekolah menengah. Aku dapat rasakan 'aura' atau suasana pada waktu itu. Pelik, tapi benar! Hahaha... Maybe sebab walaupun aku demam, aku akan tetap datang ke sekolah. Jarang sangat aku ponteng sebabkan demam! Boleh dikira dengan sebelah jari je kot kalau ada... So, mungkin sebab itu... Aku syak jelah! Haha...

Paling aku tak boleh lupa, ada suatu hari aku pakai sweater pergi ke sekolah. Awal juga aku datang. Dengan muka yang merah, mata steam tak hengat... Tapi degil jugak nak datang... Gasak la ko Mash! Hahaha... Boring kot duduk umah kan? Lagipun bila datang sekolah, mesti banyak bergerak... Bila dah banyak bergerak, peluh yang panas tu pun keluar... Automatik demam semakin kebah... Cantik tak teori aku tu? Hahaahancurrrr...

Dengan bersweater hoody, aku datang sekolah... Dah la masa tu ada kelas ganti je sebab ada SPM. So, tak penting pun kalau datang sekolah. Setakat nak penuhkan kedatangan je. Hari tu jugak aku ada tolong cikgu disiplin aku buat 'marking'. Subjek Pendidikan Seni. Aku ikut Cikgu Rahimy ke bilik disiplin... Bilik yang menggerunkan bagi pelajar-pelajar lain, tapi tidak pada aku! hehehe... Kalau tak buat salah buat apa nak takut kan? Ecececeh... Tapi sampai kat situ jelah aku ingat... Peristiwa lain dah jadi samar-samar. Mungkin banyak benda yang patut aku lupakan? ;)

Sebenarnya aku takde topik sangat nak tulis nota kali ni. Cuma nak melepaskan rindu. Tu yang saja merapu pasal demam! Tapi part demam selesema tu memang aku sedang alami... Doakan aku cepat sembuh ye kawan-kawan! Jika demam ini untuk menghapuskan dosa-dosaku, aku redha... ;)


Nota Kaki : Banyak je peristiwa yang berlaku masa demam... Tapi yang ini paling diingati... PEACE!


29 May 2013

Meanwhile...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Dah lama tak menyelak nota Mashi ni... Berhabuk sudah... Hihihi... Kalau dulu dulu dulu dulu aku rajin menulis sebab takde tempat mengadu (forever alone la kunun!)... Kat blog jelah tempat aku meluahkan perasaan atau berkongsi perasaan. Semenjak dah ada tempat mengadu ni, makin malas pulak nak menulis... Hehehe... Astagfirullaha'zim... Apa nak jadilah dengan ko ni Mashi... Bila la nak jadi seorang yang beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara? Huhuhu... Sabor jelah! Harapnya selepas post kali ini, aku menjadi seorang yang rajin menulis seperti zaman muda-muda dulu... Ececeh..

Anyways, sebenarnya ada sebab-musababnya aku dah lama tak menulis ni... (Haaa... Cubaan memberi alasan la tu! ) Antara sebabnya ialah aku dah ada komitmen pekerjaan, atau dalam bahasa mudahnya aku dah kerja! Puihh... Tak payah nak berkomitmen sangat! Hahaha... Dan untuk menambahkan lagi alasannya ni ialah aku punya waktu bekerja start dari hari Isnin sehingga Sabtu. Hari Sabtu tu kerja halfday... So, kurang sikit waktu senggang untuk menulis uolls! Huhuhuk... Sedih... Tapi takpe... Semua itu pengorbanan namanya! Susah-sudah dahulu, senang-senang tak tau bila... Haha... Senang-senang kemudianlah... ^^

So far, Alhamdulillah... Aku sangat happy dengan apa yang aku dapat sekarang... Syukur Alhamdulillah! Walaupun tempat kerja aku tu jauh jugak, dekat Pandan Indah. Tapi apa de hal kan? Jauh perjalanan luas pemandangan... Ececeh... 


"1 hari je cuti dalam seminggu, tapi saya ok!" - Mashitah Othman, A.G.D.


Sekarang ni apa yang aku sentiasa doakan dan harapkan Allah akan memudahkan segala urusan aku dan memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Amiinn... Tiba masanya untuk  berbakti kepada Mak dan Ayah... Insha Allah...






Nota kaki : Masih dalm tempoh percubaan untuk... doakan aku dapat tetap! Amiinn... :)

08 April 2013

Aku benci, tapi aku suka...


Bismilllahirrahmanirrahim...


Masa aku kat sekolah menengah dulu-dulu tu, aku selalu menyumbangkan karya-karya berbentuk penulisan untuk dimasukkan dalam majalah Visi Utama pada ruangan Pena Kreatif. Majalah sekolah SMKSU yang aku miliki sejak mula-mula Visi Utama diterbitkan pada tahun 1998 sehingga tahun 2006 masih tersusun rapi dalam almari. Macamane aku boleh ade majalah terbitan pertama sedangkan aku masuk sekolah tu masa tahun 2002? Ada rahsia disebalik itu…

Ketika itu, aku berada di tingkatan 3. Aku, Yana & Mira tolong cikgu Mahsuri mengemas bilik Panitia Bahasa Melayu yang akan berubah menjadi bilik belajar untuk kelas 4 Sains Bakti. Apa kes aku kena tolong kemas plak? Huhuhu… Biasalah, kitorang ni kan selalu jadi sukarelawan yang berhati mulia… Ececehh… Tapi, bukan pasal tugas kitorang nak dijadikan cerita. 

Sedang-sedang aku mengemas sebuah Almari untuk di pindahkan ke bilik yang lain, tetiba aku perasan ada banyak majalah-majalah berwarna biru tersusun rapi. Aku tergerak hati untuk mengambil dan membelek-belek majalah tersebut. “Eh, Ini majalah Visi Utama tahun 1998!”. Aku selak-selak sehelai demi sehelai… Zaman Abang Razin ni! Abang Razin ialah antara pelajar batch pertama sekolah tu sejak ditubuhkan pada tahun 1995.

“Wei, Yana! Aku terjumpe majalah sekolah yang lame…”
“Mane?”
“Ni haa…” Aku menunjukkan majalah tadi kat Yana & Mira.
“Cam best je…” Kata Mira sambil menyentuh majalah Visi Utama.
“Ade lagi tak?” Tanya Yana ingin tahu.
“Tu haa… dalam lemari tu…” Aku menunding jari ke arah almari buku.
“Perghh… banyaknye!” Yana teruja.
“Aku nak amiklah… Boleh ke ha?” Tanya aku slumber.
“Cube ko tanye cikgu Mahsuri,” Mira member cadangan.
“Ok…”

Tanpa membuang masa dan tanpa memikirkan masa depan, aku, Yana dan Mira pun berjumpa cikgu Mahsuri yang sedang sibuk di suatu sudut.

“Err… cikgu Mahsuri… Nak tanye sikit boleh?”
“Haa… Ada ape?”
“Hmm… Majalah sekolah yang ade dalam almari tu ada orang yang punye ke?”
“Yang mane?”
“Yang ini…”
“Ohh… Takde sape-sape punye… Nak buang sume buku-buku yang ada dalam almari tu…”
“Err… Boleh tak saye nak amik majalah tu?”
“Ambiklah…”
“Terima kasih!”

Mira, Yana & Aku ketika form 3, tahun 2004


Yes! Cepat-cepat aku dan lagi dua orang tu pergi amik majalah tadi untuk dijadikan koleksi masing-masing… So, sekarang dah cukuplah koleksi aku… Majalah tahun lain pun ade, sebab abang aku yang terlebih dahulu sekolah kat sini yakni Sanusi pun dah beli majalah yang sebelum ni. Barulah aku dapat lihat perkembangan & evolusi Visi Utama!

                                    *                                                    *                                                    *

Sejak aku tingkatan 1 lagi aku dah pandai hantar karya pertama aku iaitu Seloka 1 Bakti. Kalau masa sekolah rendah dulu tak de plak aku reti nak tulis-tulis ni. Yep, kebanyakkan karya aku berbentuk Seloka. Ade jugak puisi sikit-sikit. Karya aku yang terakhir plak mase aku di tingkatan 5, yakni cerpen yang bertajuk “ Terima Kasih… Domo Arigato… Thanks a lot!”. Cerpen ni jugak disisipkan pada muka surat pertama dalam ruangan Pena Kreatif. Tapi, kat bahagian terakhir cerpen tu aku letak nama ‘SAM’… Bukan nama sebenar aku… Aku letak nama SAM tu sebab tak nak bagi orang tau la yang aku tulis cerpen tu… SAM=MAS… hehehe… Tapi, ade jugak sesetengah member aku tau bahawasanya aku yang tulis termasuklah Guru Penasihat Editorial Board, Mr Jega. Sejak haritu, kalau dia terserempak dengan aku dia akan panggil, “ Hai, SAM!”. Hahaha… Segan aku dibuatnya.


Kenangan bersama Editorial Board 2006. Mr Jega yang pakai baju kemeja purple! Aku sebagai Penolong Pereka Grafik Majalah. (Okay, boleh cari sekarang kedudukan aku!)


Antara puisi yang aku sumbangkan bertajuk “Aku benci, Tapi Aku suka…” mase Form 3. Puisi ni aku dapat ilham selepas berlakunya peperangan antara Amerika Syarikat & Afghanistan (Kalau tak silap…) beberapa tahun yang lalu. Sebelum tu aku tengok berita pasal peperangan tu dan jugak iklan kempen anti keganasan. Dari situlah hati aku mula berkata-kata, lalu aku tulis luahan perasaan aku pada sehelai kertas…

Aku benci keganasan,
Kerana keganasan berakhir dengan kemusnahan.
Aku benci keegoan,
Kerana keegoan itu punca persengketaan.
Aku benci kegagalan,
Kerana kegagalan itu mendukacitakan.

Tetapi aku suka akan kasih sayang,
Kerana kasih sayang itu membawa kebahagiaan.
Aku suka persahabatan,
Kerana persahabatan itu membawa kegembiraan.
Aku suka kedamaian,
Kerana kedamaian itu menjanjikan keharmonian.
Aku suka akan kejujuran,
Kerana kejujuran menampakkan keikhlasan di hati.

Tetapi kenapa yang dibenci tidak kita tinggalkan?
Sebaliknya kita masih melakukan perkara-perkara yang dibenci.
Dan kenapa yang kita sukai
Tidak kita hargai dan tidak mengamalkannya?
Sebaliknya kita lupa mengapa dan kenapa
Kita dilahirkan ke dunia ini.
Jawapannya hanya berada di dalam
Hati sanubari kita sendiri, Think about it!



Nota kaki : Semoga negara kita dilindungi Allah S.W.T. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...