Assalamualaikum... Dah lama tak menyelak nota Mashi ni... Berhabuk sudah... Hihihi... Kalau dulu dulu dulu dulu aku rajin menulis sebab takde tempat mengadu (forever alone la kunun!)... Kat blog jelah tempat aku meluahkan perasaan atau berkongsi perasaan. Semenjak dah ada tempat mengadu ni, makin malas pulak nak menulis... Hehehe... Astagfirullaha'zim... Apa nak jadilah dengan ko ni Mashi... Bila la nak jadi seorang yang beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara? Huhuhu... Sabor jelah! Harapnya selepas post kali ini, aku menjadi seorang yang rajin menulis seperti zaman muda-muda dulu... Ececeh..
Anyways, sebenarnya ada sebab-musababnya aku dah lama tak menulis ni... (Haaa... Cubaan memberi alasan la tu! ) Antara sebabnya ialah aku dah ada komitmen pekerjaan, atau dalam bahasa mudahnya aku dah kerja! Puihh... Tak payah nak berkomitmen sangat! Hahaha... Dan untuk menambahkan lagi alasannya ni ialah aku punya waktu bekerja start dari hari Isnin sehingga Sabtu. Hari Sabtu tu kerja halfday... So, kurang sikit waktu senggang untuk menulis uolls! Huhuhuk... Sedih... Tapi takpe... Semua itu pengorbanan namanya! Susah-sudah dahulu, senang-senang tak tau bila... Haha... Senang-senang kemudianlah... ^^
So far, Alhamdulillah... Aku sangat happy dengan apa yang aku dapat sekarang... Syukur Alhamdulillah! Walaupun tempat kerja aku tu jauh jugak, dekat Pandan Indah. Tapi apa de hal kan? Jauh perjalanan luas pemandangan... Ececeh...
"1 hari je cuti dalam seminggu, tapi saya ok!" - Mashitah Othman, A.G.D.
Sekarang ni apa yang aku sentiasa doakan dan harapkan Allah akan memudahkan segala urusan aku dan memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Amiinn... Tiba masanya untuk berbakti kepada Mak dan Ayah... Insha Allah...
Nota kaki : Masih dalm tempoh percubaan untuk... doakan aku dapat tetap! Amiinn... :)
:)
ReplyDeleteAdik! :)
Deleterindu baca. upload sll tau! :D :D
ReplyDeleteHehe... terharu... insha Allah.. :)
Delete