About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

04 May 2012

Welcome to MRM...

"Hai Welcome to MRM " Ucap aku tatkala pintu lift dibuka. Beberapa orang 'mat saleh' melangkah keluar dari lift dah dan memberikan senyuman manis selepas mendengar ucapan aku. "Thank you, " Balas mereka. Kemudian aku berjalan mendahului mereka untuk menunjuk arah pintu masuk MRM. "Please be seated" Kataku lagi sambil tanganku menunjukkan tempat duduk. Mereka mengucapkan terima kasih dalam bahasa 'omputih'. Lalu aku meninggalkan mereka untuk menyambut tetamu MRM seterusnya terdiri daripada pelajar dari University Of Twente. Sehinggalah kesemua pelajar dan pensyarah mereka selamat masuk ke pejabat MRM.


Masuk hari ni dah dua kali aku jadi 'usher' bila ada pelawat datang. Kali ni pelawat dari Netherlands pulak yang datang. Tinggi-tinggi orangnya! Boleh tahan sengal tengkuk aku bila selalu mendongak ke langit. Hehehe... Nasib baik diorang ni cantik-cantik dan hensem-hensem... Ececeh!



                                     *                                    *                                          *




Petang ni ada tetamu nak datang. Jadi pagi-pagi kitorang prepare bilik seminar untuk kegunaan pelajar dari University Of Twente dan MRM untuk membuat presentation untuk memperkenalkan institusi masing-masing. Selain daripada bilik seminar, kitorang juga mengagih-agihkan paperbag untuk diberikan kepada tetamu-tetamu ini sebagai cenderahati.


Tulis ape tu?


Tak macam student pun... Matang macam gaya orang dah berkerjaya....


Sesi mengagih paperbag! En. Peja nak tembak sape?


Dah selesai... Group Photo pulak!


Selepas masing-masing dah buat presentation, pihak MRM jugak ada sediakan minum petang untuk diorang ni. Tak dilupakan, bergambar beramai-ramai... Sebelum diorang balik, aku menyerahkan paperbag kepada setiap orang sebagai tanda penghargaan kerana sudi datang MRM. Tetiba ada 'minah saleh' ni tegur...

"I like you wearing this... Very colourful...." Merujuk kepada shawl yang dipakai aku...


" Thank you... " Jawabku ringkas sambil malu-malu...



Entri kali ini aku nak jadi 'usher' dan tour guide yang tak bertauliah kepada yang membaca. Maybe kalau sebelum ni yang tak pernah kenal apa itu MRM, boleh rujuk disini! Dan aku akan tunjuk sikit apa yang ada di MRM...



Lepas keluar dari lift tingkat 26, benda first sekali korang akan nampak 'orang' tengah memerhati korang! Hahaha... Takdelah! Ni backdrop yang di install kat dinding berhmpiran pintu lift. Inilah staff MRM yang senior...


Bersama supervisor aku, En. Que Haidar.... Eh... En. Quzailan. Tak dapat bergambar dengan tuan empunya diri, dapat bergambar dengan replika pun boleh laaaa... Hihihih...




Sebelum melangkah masuk ke pintu MRM, korang akan nampak 'foot step' ni...  



Ni gambar bersama staff MRM, classmate aku si Chot dan pelajar diploma unisel yang buat praktikal jugak kat sini....


Wall Of Fame katanye... Ada jugak kat sini...



'Love Sofa' ni memang favourite aku! Nampak tak aku senyum sampai ke pipi? Tempat tido yang selesa bila mengantuk... Hahah... Tapi selalunya hari jumaat jela ada masa nak lepak sini. Sebabnya hari tu je yang waktu rehat lama sikit! Hihihi...


 Saya kat Library MRM!


Library ni banyak sangat buku pasal design. Ada buku pasal Fine Art, Industrial Design, Photography, Packaging, Brochure, Interior Design dan banyak lagi! First day masuk sini memang aku dok mentelaah je... Rambang mata pulak tengok buku-buku kat sini. Kat Unisel pun takde buku design sebanyak ni. By the way, sesiapa pun boleh datang untuk baca buku dan buat rujukan kat sini. MRM menyambut korang dengan tangan terbuka! :)


Pagi tu sempat main angry bird kat TV LCD besar gedabak! Hahah... Seronok!


Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga menjalani praktikal kat sini aku rasa selesa sangat dan seronok... Yang bestnya, kat sini team MRM sangat prihatin dan sporting dengan kitorang... Rasa macam duduk dalam rumah keluarga... Suasana happening dan ceria je hari-hari. Kerja walaupun banyak, tapi tak pressure... Sebab masing-masing support each other... Yang paling penting dapat pengalaman cara kerja yang sebenar. 

Supervisor and senior designer kat sini pun memang baik dan sporting, banyak jugak dapat serap ilmu dan dengar pengalaman diorang selama ni. Masa meeting pun santai je... Macam borak dengan kawan-kawan...   Bila mereka layan kitorang macam tu, membuatkan kitorang selesa dan tak awkward... Barulah berani nak menyuarakan pendapat. Thanks, En. Que & En. Zuljar! Mereka memang hebat dan berpengalaman... Bukan calang-calang!

Nampaknya sampai sini jelah aku dapat jadi tour guide... Tiba masanya aku resign! Hehehe... InsyaAllah aku akan update lagi pasal MRM pada entry yang akan datang... Mungkin perkara yang lebih menarik lagi! Who knows? Hiihihi...




P/S: Shawl tu terkoyak pulak pada hari yang sama... Tak sedar pulak bila masa terkoyak... Mungkin takde jodoh dengan shawl tu... Mungkin jugak sama dengan orang yang menghadiahkan shawl tu... Ramai dah orang puji shawl tu... Sorry...

02 May 2012

Ada Ubi Ada Batas, Ada Ubi Ada Bookmark...

Assalamualaikum...

Hari ni nak share pasal minat dan inpirasi aku dalam bidang Illustrasi dan design... Hehehe... Baru-baru ni aku ada beli bookmark dari Ubi! Bookmark limited edition. Mungkin bagi korang benda ni biasa. Even aku sendiri pun boleh buat bookmark sendiri. Tapi disebabkan tukang buat bookmark ni ialah seorang yang aku kagumi dan jugak sebab aku minat sangat karya-karya yang dihasilkan beliau, jadi tak jadi salah untuk aku support beliau dengan membeli bookmark ni. :)

Siapakah Ubi? Oh, ya... Beliau seorang kartunis dan Illustrator yang pernah berkhidmat di Majalah Ujang start tahun 1994 - 2002. Antara karya-karya yang berjaya menarik minat pembaca Ujang pada dahulu kala ialah Budak Hostel, Aku, Dia & Volkswagen, IN, Skoolastik dan Aku, dia & Test.

Aku mengikuti perkembangan career beliau sejak sekolah rendah lagi. Sampai brader Ubi ni pun dah naik muak tengok Friendster/Facebook/twitter updates dari aku... Hahahahah... Malang betul Ubi layan peminat yang banyak cengkadak macam aku ni... :P



Cari nama tersembunyi!


Kepada sesiapa yang membeli bookmark ni dengan lebih awal (100 pembeli terawal) dapat autograf dari Ubi. Jadi tanpa melengahkan masa, aku pun dengan pantasnya membeli bookmark ni dengan harapan dapat autograf dari Ubi... Itulah bukti 'kejayaan' aku tu... Hehehe...  Rasa terharu sebab Ubi siap letak autograf aku dalam website dan twitter beliau... Peminat setia katanye....

Yay... Tolonglah jeles kejap! :P


Ubi kata dia nak bagi autograf gambar IN pulak, sebab aku dah pernah dapat autograf pertama yang ada gambar Ubi...




Kepada yang berminat nak dapatkan bookmark ni bolelah beli kat SINI! Kot-kot sempat lagi nak dapat autograf! XD

*Budak Hostel dan Aku, Dia & Test kini boleh dibaca secara percuma di laman web Kartunis Ubi . Download je! *wink2*


P/S : "Aku tak kisah kalau kau nak pergi, sebab aku tau satu hari nanti aku pasti akan lalui peristiwa ini... Tapi kalau kau nak pergi sekalipun, sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal......!!!" - Ubi (Aku, Dia & Volswagen)

25 April 2012

Kenal, Cinta, Hargai

Assalamualaikum...

Bumi yang tiada rimba, seumpama hambar... Ia dicemar manusia, yang jahil ketawa. Masih ingat lagi tak dengan bait-bait lirik lagu 'Hijau' ini yang dipopularkan oleh Zainal Abidin? Kepada yang membesar pada zaman 90s mesti tak asing lagi dengan lagu ni. Sebenarnya lagu ni salah satu lagu favourite aku. Sangat bererti dan mendalam maksudnya tapi mudah difahami.

Lagu ni berkisar tentang alam. Kalau cakap pasal alam, semua orang tahu yang alam ni dipinjamkan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Amanah yang perlu kita jaga sebaiknya. Macam kita pinjam barang kawan kita, dah tentulah kita guna dan dalam pada masa yang sama kita kena jaga supaya tidak ada cacat-cela sebelum kita pulangkan semula pada pemiliknya. Semua orang tahu kan? Tetapi ada juga yang masih buat-buat tak tahu.

Semasa aku berada ditingkatan 1, aku telah menyertai satu kelab yang diberi nama Kelab Pencinta Alam (KPA). Aku pun dah lupa kenapa aku join kelab ni, sebab penasihat kelab ini ialah Guru Disiplin yang paling digeruni kat sekolah SMKSU. Macam saje nak tempah tiket untuk gantung diri! Tetapi rupanya takde apa-apa pun yang perlu ditakutkan. Semua orang tak tahu betapa menariknya join kelab ni. Pelajar lain tak tahu yang banyak ilmu yang kitorang dapat sepanjang menjadi ahli KPA. Yang paling best sekali, semua pelajar tak tahu yang Guru Disiplin yang paling garang tu sebenarnya tak pernah meninggikan suara semasa kitorang menghadiri perjumpaan kelab ni, apatah lagi kena maki! Semuanya sebab perkataan 'Tak Tahu' tadi lah...

Kenapa tak tahu? Sebab tak nak ambil tahu... Kenapa tak nak ambil tahu? Sebab ego tak menentu... Kenapa perlu ego? Sebab rasa diri itu lebih hebat... Siapa yang paling hebat? Yang Maha Hebat itu hanya satu... Maha Pencipta.

Aku ingin berkongsi satu formula sayangi alam yang pernah diajar oleh Guru Penasihat KPA. Sejak hari pertama aku didedahkan dengan formula ini, dan melalui pengalaman ilmu bersama KPA, barulah aku benar-benar dapat mengenal, cinta dan hargai alam ini.

Kenal - Cinta - Hargai

Kenal. Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta". Macam bila kita nak kenal - kenal dengan orang yang kita suka... Kena tahu dulu latar belakang orang tu, selidik mengenai tingkah laku dan pe'el dia. Suka tak bermakna kita cinta dia betul tak? Bila agak-agak dah kenal, dah serasi dan berkawan barulah kita start cinta dia kan? Kalau dari segi islamnya, kita 'taaruf' dulu atau merisik le... Haaa... Samalah macam kita nak kenal dengan alam ni. Kita kena tahu siapa penciptanya, kemudian kita kaji tentang kejadian alam ni dan banyak membaca tentang fenomena alam. Dari situ, sedikit sebanyak kita tahu apa sebabnya Allah ciptakan alam ini?

Cinta. Bak kata Rahul dalam filem Kuch-Kuch Hotak Hang Hota Hai, "Love is Friendship" Mengambil contoh sayang sesama manusia tadi, cinta itu datang bila kita kenal seseorang itu. Kenal dari segi kita dah berkawan, mesti kita rasa happy sebab kita ada teman yang rapat. Kita perlukan dia bila kita kesusahan. Pada masa yang sama kita juga sayang kawan kita tu, cuba untuk menjaga hati dia dan ada rasa tanggungjawab untuk menjaga dia. Sweet tak? Begitu jugak bila kita dah kenal dengan alam ini, barulah kita rasa cinta. Sebab kita tahu, manusia dan alam saling memerlukan antara satu sama lain. Bila kita memelihara alam ni sebenarnya, kita sedang memelihara proses kitaran hidup diri kita dan juga alam sekitar. Kita pun akan rasa aman dan damai dibumi sendiri.

Hargai. Cinta itu mengajar kita untuk menghargai. Biasanya kalau dah sayang sangat-sangat dengan seseorang atau dengan benda sekalipun, mesti kita jaga dan hargai kewujudannya. Sampai orang nak usik sikit kita dah tak senang duduk. Mesti kita sanggup melakukan sesuatu demi seseorang atau sesuatu itu. Sebab bagi kita, dia atau benda tu sangat penting dalam kehidupan kita. Tapi ada jugak selalu kita dengar orang kata, " Kita akan lebih menghargai orang itu apabila dia sudah tiada ". Ayat penyesalan ni selalu timbul bila kita dah kehilangannya. Macamana dengan bumi dan alam ini? Apa yang dapat kita lakukan bila ia sudah tiada? Nak menyesal pun tak berguna. Semuanya sebab kita tak belajar untuk menghargai.

Peringatan ini untuk diri aku dan sesiapa yang sudi membaca. Selepas aku dah kenal, cinta dan hargai ni, barulah aku mendapat kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Selalunya kalau makan makanan yang berbungkus, mesti aku buang dalam tong sampah, takpun aku simpan dalam poket atau dalam beg sebelum buang sampah kat rumah. Mungkin bagi korang benda tu remeh. Tapi cuba tengok disekeliling korang. Benda yang remeh tulah yang selalu orang tak ambil peduli. Sampah-sampah ini juga yang mengganggu penglihatan korang dan bagi penyakit kat korang.

Kita kena ingat, setiap perkara yang berlaku tu bersebab. Sedangkan kita hidup kat dunia ni pun bersebab. Jadi, sempena Hari Bumi pada 22 April 2012 lepas, jom kita mula menjaga bumi kita dengan mengamalkan formula Kenal-Cinta-Hargai ini! :)




P/S : Cikgu Rahimy, bila agaknya kita dapat bertemu lagi? Buku Nota pemberian cikgu masih lagi saya simpan dengan baik. Cikgu garang sangat, tapi cikgu ialah cikgu Seni yang saya kagumi. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...