Masuk hari ni dah dua kali aku jadi 'usher' bila ada pelawat datang. Kali ni pelawat dari Netherlands pulak yang datang. Tinggi-tinggi orangnya! Boleh tahan sengal tengkuk aku bila selalu mendongak ke langit. Hehehe... Nasib baik diorang ni cantik-cantik dan hensem-hensem... Ececeh!
* * *
Petang ni ada tetamu nak datang. Jadi pagi-pagi kitorang prepare bilik seminar untuk kegunaan pelajar dari University Of Twente dan MRM untuk membuat presentation untuk memperkenalkan institusi masing-masing. Selain daripada bilik seminar, kitorang juga mengagih-agihkan paperbag untuk diberikan kepada tetamu-tetamu ini sebagai cenderahati.
Tulis ape tu?
Tak macam student pun... Matang macam gaya orang dah berkerjaya....
Sesi mengagih paperbag! En. Peja nak tembak sape?
Dah selesai... Group Photo pulak!
Selepas masing-masing dah buat presentation, pihak MRM jugak ada sediakan minum petang untuk diorang ni. Tak dilupakan, bergambar beramai-ramai... Sebelum diorang balik, aku menyerahkan paperbag kepada setiap orang sebagai tanda penghargaan kerana sudi datang MRM. Tetiba ada 'minah saleh' ni tegur...
"I like you wearing this... Very colourful...." Merujuk kepada shawl yang dipakai aku...
" Thank you... " Jawabku ringkas sambil malu-malu...
Entri kali ini aku nak jadi 'usher' dan tour guide yang tak bertauliah kepada yang membaca. Maybe kalau sebelum ni yang tak pernah kenal apa itu MRM, boleh rujuk disini! Dan aku akan tunjuk sikit apa yang ada di MRM...
Lepas keluar dari lift tingkat 26, benda first sekali korang akan nampak 'orang' tengah memerhati korang! Hahaha... Takdelah! Ni backdrop yang di install kat dinding berhmpiran pintu lift. Inilah staff MRM yang senior...
Bersama supervisor aku, En. Que Haidar.... Eh... En. Quzailan. Tak dapat bergambar dengan tuan empunya diri, dapat bergambar dengan replika pun boleh laaaa... Hihihih...
Sebelum melangkah masuk ke pintu MRM, korang akan nampak 'foot step' ni...
Ni gambar bersama staff MRM, classmate aku si Chot dan pelajar diploma unisel yang buat praktikal jugak kat sini....
Wall Of Fame katanye... Ada jugak kat sini...
'Love Sofa' ni memang favourite aku! Nampak tak aku senyum sampai ke pipi? Tempat tido yang selesa bila mengantuk... Hahah... Tapi selalunya hari jumaat jela ada masa nak lepak sini. Sebabnya hari tu je yang waktu rehat lama sikit! Hihihi...
Saya kat Library MRM!
Library ni banyak sangat buku pasal design. Ada buku pasal Fine Art, Industrial Design, Photography, Packaging, Brochure, Interior Design dan banyak lagi! First day masuk sini memang aku dok mentelaah je... Rambang mata pulak tengok buku-buku kat sini. Kat Unisel pun takde buku design sebanyak ni. By the way, sesiapa pun boleh datang untuk baca buku dan buat rujukan kat sini. MRM menyambut korang dengan tangan terbuka! :)
Pagi tu sempat main angry bird kat TV LCD besar gedabak! Hahah... Seronok!
Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga menjalani praktikal kat sini aku rasa selesa sangat dan seronok... Yang bestnya, kat sini team MRM sangat prihatin dan sporting dengan kitorang... Rasa macam duduk dalam rumah keluarga... Suasana happening dan ceria je hari-hari. Kerja walaupun banyak, tapi tak pressure... Sebab masing-masing support each other... Yang paling penting dapat pengalaman cara kerja yang sebenar.
Supervisor and senior designer kat sini pun memang baik dan sporting, banyak jugak dapat serap ilmu dan dengar pengalaman diorang selama ni. Masa meeting pun santai je... Macam borak dengan kawan-kawan... Bila mereka layan kitorang macam tu, membuatkan kitorang selesa dan tak awkward... Barulah berani nak menyuarakan pendapat. Thanks, En. Que & En. Zuljar! Mereka memang hebat dan berpengalaman... Bukan calang-calang!
Nampaknya sampai sini jelah aku dapat jadi tour guide... Tiba masanya aku resign! Hehehe... InsyaAllah aku akan update lagi pasal MRM pada entry yang akan datang... Mungkin perkara yang lebih menarik lagi! Who knows? Hiihihi...
P/S: Shawl tu terkoyak pulak pada hari yang sama... Tak sedar pulak bila masa terkoyak... Mungkin takde jodoh dengan shawl tu... Mungkin jugak sama dengan orang yang menghadiahkan shawl tu... Ramai dah orang puji shawl tu... Sorry...
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.