About Me
- Ini Mashi
- Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
06 April 2012
Apa yang kau mahu?
03 April 2012
Budak Hostel buat kecoh!
Assalamualaikum...
Tajuk macam gempar je kan? Hihihih.... Pernah baca Budak Hostel? Sesiapa yang pernah menjadi pembaca setia Majalah Ujang pada tahun 90-an mesti familiar dengan koleksi Budak Hostel yang pernah diterbitkan pada tahun 1994. Koleksi ini dihasilkan oleh kartunis yang bernama Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi! Rasanya nama ni tak asing lagi dalam bidang komik dan kartun, nak-nak pulak brader Ubi ni pernah dinobatkan sebagai Kartunis Paling Popular (Macam anugerah Bintang Paling Popular pulak!) pada tahun 2001 dan 2002 oleh pembaca Majalah Ujang sendiri.
Guna, Husin dan Ah Seng...
Tapi, bukan pasal anugerah tu yang aku nak ceritakan. Sebenarnya aku nak bagi khabar gembira buat peminat karya Ubi atau Budak Hostel. Kepada yang masih tak tau lagi berita ni, dengan sukacita dan happynya aku nak umumkan bahawa, korang boleh dapatkan koleksi ini secara free! Yes, FREE! Nampak tak aku highlight kat situ? Tak percaya? Perlukah aku nyanyi lagu 'Percayalah' kat sini? Tak perlu kot...
Ok, kepada sesiapa yang ingin mengembalikan nostalgia zaman muda-muda korang yang dah kertu itu, dan juga nak mengenangkan semula kenangan korang ketika menjadi budak hostel seelokknya korang boleh download Komik tu secara free disini!
Actually, dulu aku tak mengikuti sangat kisah Budak Hostel/BH ni, sebab terlambat sikit kenal Ubi. Bila aku start suka baca Majalah Ujang tu, aku dah start syok baca Aku, Dia & Volkswagen dan IN. Hehehe... Tapi ada jugak sempat baca beberapa episod BH... Memang best dan lawak. Aku yang bukan budak hostel ni pun rasa teruja bila baca pengalaman budak hostel 3 orang ni iaitu Husin, Guna dan Ah Seng...
Anyways, bagi nak memujuk hati aku yang frust gila tak dapat kumpul koleksi Aku, Dia & Volkswagen (ADV) dan hanya sempat kumpul sampai Vol 3 je. Aku nak simpan jugak koleksi BH, sebagai tanda support kat Ubi... Heheh... Hidup Ubi! ;P
P/S : Oh ya, BH ni dalam bentuk file PDF... Senang nak save dan simpan buat kenangan. Enjoy! ;)
Koleksi
Nota Penting,
Nota Review
01 April 2012
Persatuan Salah Cakap
Assalamualaikum...
Pada suatu hari, minggu lepas kalau tak silap. Aku dan classmates sibuk uruskan hal praktikal/internship kat Unisel. Masing-masing tengah serabut nak pilih tempat praktikal. Ada yang pilih lebih dari satu tempat. Macam aku, pilih yang paling dekat dengan rumah. Tak kisahlah berhampiran dengan rumah di PJ atau di Shah Alam. Bab elaun, aku tak berapa pikir sangat, yang penting pengalaman dan ilmu yang bakal aku dapat time praktikal nanti (Yeke ni?).
Tapi bagi classmates aku yang seorang ni, dia lebih kepada nak cari tempat yang diberikan elaun yang secukupnya. Lagi banyak elaun lagi best, katenya... Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia perlukan elaun tu. Wallahua'alam. Apa yang aku nak ceritakan bukan pasal elaun atau tempat praktikal yang kitorang cari tu. Tapi ada cerita disebaliknya yang aku rasa lawak bila dikenang. Tadi masa ayah hantar aku ke Shah Alam pun aku boleh tersengih sorang-sorang teringatkan perbualan kitorang tempohari.
Kitorang masuk ke dalam lift Bangunan Satelite Unisel, Shah Alam...
C : Aku tak yakin pulak nak praktikal kat tempat A tu... Macam 'barai' je company tu...
Z : Ko ni, buat aku berbelah bahagi pulak... Aku dah confirm dah nak praktikal kat situ...
C : Alaa... Entahla wei... Aku ingat nak apply kat Company B la, untuk back up...
Z : Ko jangan. Company A dah confirm nak amik ko... Yang Company B tu pun belum tentu dapat... Jangan nanti 'Yang di kejar... Err... Berciciran?' Err... Macam mane eh peribahasa tu?
C : 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong disusukan lah!' (Cakap dengan penuh confident)
Mashi : Eh... Mende yang dikendong disusukan pulak? Yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciranlah!
Bergema lift dengan hilaian ketawa kitorang... Nak-nak pulak, kebetulan Dekan fakulti kitorang yang turut berada dalam lift ketawa sekali. Siap geleng-geleng kepala melihat gelagat kitorang...
P/S : Teringat ada satu fanpage kat Facebook tajuk dia 'Persatuan Salah Cakap'. Page tu untuk budak-budak muka buku kongsi pengalaman salah cakap masing-masing. Memang best dan lawak fanpage tu...

Subscribe to:
Posts (Atom)