About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

03 April 2012

Budak Hostel buat kecoh!

Assalamualaikum...

Tajuk macam gempar je kan? Hihihih.... Pernah baca Budak Hostel? Sesiapa yang pernah menjadi pembaca setia Majalah Ujang pada tahun 90-an mesti familiar dengan koleksi Budak Hostel yang pernah diterbitkan pada tahun 1994. Koleksi ini dihasilkan oleh kartunis yang bernama Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi! Rasanya nama ni tak asing lagi dalam bidang komik dan kartun, nak-nak pulak brader Ubi ni pernah dinobatkan sebagai Kartunis Paling Popular (Macam anugerah Bintang Paling Popular pulak!) pada tahun 2001 dan 2002 oleh pembaca Majalah Ujang sendiri.


Guna, Husin dan Ah Seng...


Tapi, bukan pasal anugerah tu yang aku nak ceritakan. Sebenarnya aku nak bagi khabar gembira buat peminat karya Ubi atau Budak Hostel. Kepada yang masih tak tau lagi berita ni, dengan sukacita dan happynya aku nak umumkan bahawa, korang boleh dapatkan koleksi ini secara free! Yes, FREE! Nampak tak aku highlight kat situ? Tak percaya? Perlukah aku nyanyi lagu 'Percayalah' kat sini? Tak perlu kot...

Ok, kepada sesiapa yang ingin mengembalikan nostalgia zaman muda-muda korang yang dah kertu itu, dan juga nak mengenangkan semula kenangan korang ketika menjadi budak hostel seelokknya korang boleh download Komik tu secara free disini!

Actually, dulu aku tak mengikuti sangat kisah Budak Hostel/BH ni, sebab terlambat sikit kenal Ubi. Bila aku start suka baca Majalah Ujang tu, aku dah start syok baca Aku, Dia & Volkswagen dan IN. Hehehe... Tapi ada jugak sempat baca beberapa episod BH... Memang best dan lawak. Aku yang bukan budak hostel ni pun rasa teruja bila baca pengalaman budak hostel 3 orang ni iaitu Husin, Guna dan Ah Seng...

Anyways, bagi nak memujuk hati aku yang frust gila tak dapat kumpul koleksi Aku, Dia & Volkswagen (ADV) dan hanya sempat kumpul sampai Vol 3 je. Aku nak simpan jugak koleksi BH, sebagai tanda support kat Ubi... Heheh... Hidup Ubi! ;P


P/S : Oh ya, BH ni dalam bentuk file PDF... Senang nak save dan simpan buat kenangan. Enjoy! ;)

5 comments:

  1. siapa yang tak baca memang kehilangan salah satu nikmat dunia lah! komik lejeng ni kot. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceh... takdelah sampai macam tu... over sgt ni!XD

      Delete
    2. ceh..budak kecik ape tau. hmpph! =P

      Delete
    3. Sy cari komik IN.. mne nk dpt agak2 nye eh..

      Delete
    4. Setahu sy komik IN dah lame xde... Last cerita dia kat majalah APO? kot... Koleksinya blm pernah diterbitkan.

      Delete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...