About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

29 December 2013

Tahun kesyukuran...


Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas dibumi Allah S.W.T. sehingga ke hari ini. So, rasanya ini ialah post terakhir untuk tahun 2013. Say what?? Dah terakhir? Pejam-celik-pejam-celik dah nak masuk tahun baru! Nampak sangat masa tu berlalu dengan pantas tanpa kita sedar... Jadi, adakah masa yang kita dapat telah dimanfaatkan dengan sebaiknya? Haaa... Lu pikirlah sendiri! Hihihi... 

Kalau nak buat review untuk apa yang berlaku sepanjang tahun ni, apa yang dapat disimpulkan ialah tahun 2013 adalah tahun yang sangat bermakna bagi kehidupan aku. Buat masa ini lah! Hehehe... Sebab tak  tahu lagi untuk tahun yang seterusnya macamana... Mungkin lebih best, atau mungin juga sebaliknya... Who knows?

Apa yang bestnya tu? Well, banyak perkara dan event dimana menjadi titik permulaan dalam perjalanan hidup aku selepas study... Obviously! Yep.. Aku dah tamatkan pengajian selama 2 tahun setengah dalam bidang Seni Reka Grafik di Unisel... So, lepas grad aku dah start bekerja. Which is satu pengalaman baru bagi aku... Paling tekanan sekali sebab ada sesi interview... Hahah... First time ok! Dia punya nervous hanya Allah sahaja yang tahu. Peluh betina semua keluar... Dan bukan sekali je aku menghadapi interview tu.... Tapi yang menariknya, bila first time tu agak kekok... Tapi bile dah kali kedua, ketiga dan kali berapa entah baru rasa rileks sikit... Ade improvement la bak kata orang. Semua tu pengalaman... 

Akhirnya, aku dapat diterima untuk bekerja di satu company Advertising & Signcraft area Pandan Indah... Terus dapat jauh bak hang! Masa tu dah tak nak pikir banyak, terus terima je since dah 4 bln menganggur... Apa yang sampai dulu aku grab... Demi mencari pengalaman... Jauh ke, dekat ke, gaji berapa pun tak kisah dah... Aku nak pengalaman bekerja as designer! Nak rasa gak pressure dia camne... Dan nak rasa macamana nak liase dengan client... Phewww... Boleh tahan dia punye cabaran! Hahah... Alhamdulillah, pengalaman pertama ni banyak juga mengajar aku erti committed dan serious dalam kerjaya... Sekarang ni bukan zaman study lagi dah... This is reality! Lagi-lagi kena hadap client... Memang kena meet the expectation... =.=!!

Naik LRT ke Ampang, turun kat sini...


Sebelum aku dapat kerja, aku telah mengikuti kelas memandu... Hehehe... Lambat sikit masuk kelas memandu... Umur dah 24 tahun barulah berpeluang nak amik lesen kereta... Noob! Hahah... Habis tu kalau dah rezekinya dapat sekarang? Nak buat macamane kan? Syukur Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya aku dapat keluarkan duit sendiri untuk amik lesen... *wink!*


Sekolah untuk jadi pandai memandu!


So, aku pilih Safety Driving Centre (SDC) sebagai sekolah untuk aku belajar memandu kereta... Sekolah turun-temurun adik-beradik aku...Hahaha... Sebab dekat je dengan rumah... Lagipun kat situ memang dah ade trek sendiri... Senang sikit nak belajar. Oh, ya... Thanks Cikgu Normala sebab sudi ajar aku yang blur-blur sotong ni! Hahaha... Setiap kali pegi kelas je nervous... Nak bawak kereta kat atas jalan raya lagi la nervous... Puihh! Tak pasal-pasal kena amik test sebanyak 2 kali... Sebab kantoi kat bahagian bukit dalam trek... Nasib baik la ujian jalan raya pass! Alhamdulillah... ^^v....


Bukti aku ada lesen... hehe... Saje tutup alamat sebab tak nak bagi korang hantar rombongan... XD


Sepanjang tahun ni aku rasa yang aku paling perasan ialah tahap kesihatan aku. Alhamdulillah sangat baik! Bila fikir balik macam miracle pun ade... Sebabnya time study dulu, hampir setiap bulan aku dapat demam... Selalu gak pergi klinik.. Tapi, sejak dah tak study ni so far aku rasa ade la dlm 2 kali je amik MC... Hihihi... Ada jugak la tapi tak selalu... Aku rasa mungkin faktor persekitaran dan mental banyak mempengaruhi tahap kesihatan diri ni. Yela, dulu stress pasal study... Degree plak tu kan? Dari segi persekitaran pulak sebab sekarang duduk dengan family... Tak dapat dinafikan tahap pemikiran menjadi lebih positif... Huhuh... Lebih selesa dirumah sendiri... Dan berada disamping family... There's no place like home! Ececehh... 




Bagi aku, kemuncak peristiwa sepanjang tahun 2013 ialah hari pertunangan aku la of course! Ekekeke... Event penting uolls untuk tahun ni... Huhu... Kitorang plan dalam sebulan je kot... Secara tiba-tiba... Sepatutnya kitorang plan selepas je konvokesyen bulan Oktober tu, terus tunang nak hantar rombongan meminang. Tetapi terpaksa tunda diatas sebab-sebab tertentu... Faktor masa dan komitmen. Alhamdulillah everything went smooth... Seminggu sebelum tunang, barulah nak cari cincin... Haaa... Nampak tak memang plan last minit je... Yang bestnya bakal mak mertua dan adik ipar pun join sekali pilih cincin... Hehehe... Mintak pendapat 'senior' la... Hihihi... Best sangat! Dapat juga aku berjalan-jalan disekitar Banting dan Morib... Pertama kali jejak Pantai Morib!

Kenangan di Morib bersama bakal adik ipar & bakal mertua.. Peace!

Phewiiitt!



Untuk penambah perasa ke'best'an tahun 2013 ni, aku telah di'offer' oleh sebuah syarikat yang berdekatan dengan rumah ku dibahagian Advertising & Visual Merchandising. Suatu peluang yang sangat baik! Alhamdulillah... Jadi, aku akan mula bertugas ditempat baru pada pertengahan bulan Januari tahun 2014... Perasaan aku sangat happy yang tak terkata! Memang banyak kali doa nak dapat kerja yang dekat dengan rumah... Alhamdulillah dimakbulkan! Mak dan Kak Mun kata "Mungkin rezeki orang nak kawen..." Hahaha... Yep, berita dapat offer tu ialah 2 hari sebelum aku bertunang... How's that?? Ke'happy'an berganda! Syukur Alhamdulillah... Thank you Allah! Berita untuk berhijrah ke company baru ni something yang tak expect berlaku dalam tahun ni. Sebabnya aku plan selepas setahun berkerja barulah nak cari pengalaman lain pula... Konon nak cukupkan setahun pengalaman... Tapi, rezeki dapat awal sikit daripada apa yang dirancang... Sebab tu happy sangat! 


A016
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Dalam pada mengingati hari yang menggembirakan, ada juga suatu peristiwa yang menyedihkan dan tak dapat dilupakan. Keluarga kami kehilangan seorang nenek yang disayangi pada bulan Mac yang lalu. Nenek disebelah keluarga mak... Satu-satunya nenek yang ada sehinggalah dia meninggal dunia... Sekarang ni dah takde orang yang paling tua dalam keluarga... Kehilangan arwah sangat terasa bila tiba Hari Raya Aidilfitri... Tahun ni kami pulang pada hari raya yang pertama. Tak seperti sebelum ni... Sehari atau dua hari sebelum raya mesti pulang awal... Nak tolong buat persiapan raya... Berbeza untuk kali ini... Mungkin juga untuk tahun-tahun yang akan datang... Semoga roh Arwah Wan dirahmati Allah S.W.T... Al-Fatihah...

DaripadaNya kita datang dan pada DIA juga kita kembali... Mati itu pasti, hidup tu... Insha Allah... Semoga kita sentiasa menjadi bijak dengan mengingati mati...

Jadi, ini sahajalah rasanya review aku untuk tahun ini... Harapnya tahun ini juga ialah tahun yang best kepada yang membaca... Mari sama-sama doakan kesejahteraan hidup kita untuk tahun-tahun yang akan datang... Yang penting, semoga hidup kita mendapat keredhaan dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Amiinn...

Wallahu'alam...

Selamat tinggal 2013... And welcome 2014...


Nota kaki : Oh, ya... tahun ni jugak aku dah dapat sijil kursus kahwin! hahah... Best! Nak start selak chapter baru... Chapter 2014! ^^

0 Orang Pinjamkan Nota:

Post a Comment

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...