About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

05 November 2013

Oh, Taragang Rasuk!*


* Oh, taragang rasuk = Oh, Si Baju Merah dalam bahasa Kadazan Dusun. ( Tajuk lagu yang aku belajar masa darjah 2 kalo tak silap! )

Assalamualaikum... Rasanya macam dah lama tak selak nota Mashi ni. Berhabuk sudah... Huhuh... My bad! Sejak kebelakangan ni busy dengan kerja. Penat sampai takde mood nak buat sesuatu yang aku suka... I need a vacation! Waaaa... Ok, stop! ini bukan masanya untuk aku bersedih... There's no reason to be sad... I should celebrate! Yep... Apakah itu?

Well... Pada 26 Oktober 2013 yang lalu aku telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik secara official!! Yieehhaaa... Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya aku telah bergraduasi... Sungguh, aku bersyukur... Finally aku telah berjaya harungi dugaan dan cabaran sepanjang study... Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan penulisan. Cukup sahaja hanya Allah sahaja yang mengerti...

Seingat aku, time mula-mula daftar diperingkat Degree... Aku tak berapa yakin. Boleh ke aku bertahan sampai semester akhir? Dah tentu dugaannya lebih dahsyat daripada time diploma... Tapi, dari hari pertama aku dah berazam nak teruskan dan berusaha untuk dapat result yang paling best! Walaupun mustahil nak gapai bintang, sekurang-kurangnye dapat sentuh sentuh awan pun jadilah kan? Rezeki Allah bagi, tapi kita pun kena usaha untuk mencari... Haaa... 


Thanks Demi Lovato... Sampai hilang suara hari-hari dok jerit! :P

USAHA > DOA > TAWAKAL... :')



Usaha, doa dan tawakal... Tak dilupakan juga kepada individu-individu yang turut sama berada disisi demi merealisasikan impian aku ini... 

My Parents yang melahirkan dan mendidik aku... <3
I just want them to be proud of having me as their daughter...


Lecturers... Thanks like a million times! ^^

En. Rini yang kat sebelah aku tu... Sifu Drawing (diploma) & Animation (degree).

The Noks... Haha... Classmate ku yang awesome!!

Classmate besarrr... BG11 A...


Zam... Sahabat yang sentiasa bersama sejak dari Diploma dan akhirnya degree... 5 tahun weyh!!

Bagi aku, Zam is the real S.S.B! Mane boleh lupa nama group yang pertama dicipta sejak Diploma. Ketika itu S.S.B ada 4 orang ahli. Dan nama tu melekat sehingga habis diploma. Classmates aku termasuk En. Izham (Lecturer) selalu menggelarkan kitorang dengan nama tu. Tak payah susah-susah sebut nama setiap seorang, bila sebut S.S.B, semua dah tahu siapa...Haaa.. gitu! Susah-Senang Bersama, itulah S.S.B! Selepas tamat Diploma, S.S.B dah berkubur... Kerana masing-masing membawa haluan sendiri... Sejak Degree nilah aku kekal bersama dengan Zam. Kalau ada group assignment, kitorang tetap selesa bersama... Thanks Zam... Banyak sangat memori suka dan duka kita bersama... 5 tahun tu... Terima kasih sebab sudi layan kawan macam aku yang banyak cengkadak ni haa.. Hahaha... Happy gile bila nama kita berdua dalam first class honour... ^^ Tahniah Zam!

Bersama parents masing-masing...<3


Dikesempatan ini juga Mash sangat-sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang menyampaikan ilmu yang sangat berharga kepada Mash sepanjang pembelajaran di Unisel, Shah Alam...

1.  Dr. Junita ( Graphic Communication )
2. Pn. Irina Muis ( Graphic Reproduction )
3. Prof. Hashim Hassan ( Basic Typography, Major 2 )
4. En. Zaim ( Basic Illustration )
5. Pn. Lita @ Aliyaah 
6. En. Khairol Ezedy Abdul Rahman ( Electronic Print Publishing, Web Design )
7. Dr. Ghazali @ GD Marang ( Digital Packaging Design )
8. Dr. Vincent ( Multimedia Design, Online Advertising )
9. Pn. Ellyna Bt. Hashim ( Advertising & Marketing )
10. En. Zulkifli B. Yusoff ( Corporate Branding )
11. Pak Mat ( Multimedia - 2D Animation)
12. En. Rini Fauzan ( Multimedia - 2D Animation )
13. En. Kamal ( Art Direction & Story Board )
14. En. Sayuti Che' Tajuddin.
15. En. Ibrahim ( Major 1 , Major 2 )
16. Prof. Dato' Raja Zahabuddin ( Major 1, Major 2 )
*Nama mengikut Semester.

Semoga Allah membalas jasa dan merahmati kalian... Amiinn...


Kenangan Manis time study Degree...
  • Lawatan sambil belajar di kilang pembuatan 'packaging' di Print Pro... Baru lepas sembuh dari demam.
  • Pot-luck bersama Pn. Elly & Classmates... Masak macaroni goreng banyak-banyak!
  • Barbeque di Tasik Sek 7 Shah Alam.
  • Shooting iklan Cadbury... Subject Dr. Junita.
  • Shooting Music Video dengan Dichi Michi ( Ade juga pengalaman pahit...hahah )
  • Belajar After Effects... Tapi tak pandai-pandai...hahah
  • Menyertai pertandingan Cinemini 2011 untuk kategori iklan animasi sekaligus menang 4 kategori! ^^
  • Pertubuhan Geng Nok-Nok & Mugen Production... Classmates!
  • Latihan Industri di MRM... <3


Kenangan pahit...
  • Major 2... T^T... Apa-apa pun yang berlaku sepanjang belajar subjek ini. 
  • Music Video shooting... Ada best, ade yang tak best... Duit macam air sungai mengalir... Uhuhukk...
  • Pressure dengan assignment... Hahah... Dah biasa... Dah biasa...
  • Tension duduk kat Flat Sek 7... Ada orang main mercun kuat-kuat malam-malam... Nak tido dan buat last minute assignment pun tak senang! Huhuh... 

Kenangan yang manis itu memang indah untuk dikenang... Untuk kenangan pahit pula aku harap untuk lupa semua dan terus maju kehadapan. Sekali-sekali pandang belakang hanya sekadar nak belajar dari kesilapan. Insha Allah... Semua itu yang mengajar aku untuk jadi insan yang lebih baik... Insha Allah...Yang penting sekarang ialah fikir untuk masa depan yang bakal mendatang... Hope everything will be fine... Keep moving on and survive! ^^


Nota kaki : Ok, dah tak perlu nak log in website and student portal bagai... Mungkin kalau aku nak gi Unisel pun untuk nak menjenguk lecturers saje... Apa yang diajar mereka ada keberkatan!

3 comments:

  1. Tahniah..moga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. ohhhhh Taniah anda! aku bru bukak blog! asik piqi nk menaip psl degree x menyempat2~ nok!
    trima kasih jua la slama ni sme2 bt keje group~ ntah aku lg cengkadak nk mampus jd cengkodok! hahahaxD
    anyway ko dh isi form utk biasiswa 2? aku ada isi borang tp x ambek lg pengesahan la =.="
    nkk tye gak ko psl pt pn x nyempat2 T^T asik lpe~

    ReplyDelete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...