About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

07 April 2012

Bagaikan Dejavu

Aku tiba dirumah dia. Jam menunjukkan pukul 12. Aku rasa 'awkward', sebab ini kali pertama aku datang ke rumah dia. Kesian pulak tengok Abang Lan dan Amier, terpaksa tidur di ruang tamu. Dia minta aku tidur sekali dengan dia... Bukan tidur dengan Abang Lan, tapi dengan dia... Dia tu Kak Lila. Nampaknya malam ni aku berkongsi kasih dengan Aisy. Mana taknya, aku tidur disebelah kiri Kak Lila, Aisy pula tidur di sebelah kanan Kak Lila.

Cuma yang membuatkan aku rasa terharu, Kak Lila lebih melayan aku malam tu. Lagi pulak Aisy tengah tidur. Takde pulak nak mintak susu. Pada saat inilah aku berpeluang berborak-borak dengan dia. Ini je masa yang sesuai aku rasa. Dalam kegelapan malam, kami berbicara hati kehati. Seperti biasa, Kak Lila memberi nasihat dan semangat untuk aku. Demi Allah, aku rindukan saat ini. Dah lama tak berborak dengan dia. Sampai aku tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa. Sehingga kehari ni, barulah ada peluang. Aku sanggup ikut Kak Lila balik rumah dia di Sungai Buloh, demi meluahkan apa yang terbuku dihati.

Aku berjanji pada diri aku yang aku takkan menumpahkan air mata. Yes, aku berjaya tunaikan janji tu. Tapi, hanya untuk setengah jam pertama aku berborak dengan dia. Jam selebihnya, aku mungkir jugak janji aku tu... Bencinya... Aku ingat aku dah cukup kuat. Nampaknya aku masih belum kenal diri aku sendiri.

Aku memeluk lengan Kak Lila yang berada disebelah. Dia mengusap lembut rambut dan memujuk. Peristiwa ini macam pernah terjadi 6 tahun yang lalu...


Lepas aku tolong Kak Lila pasang inai dijarinya, kami pun masuk tidur kira-kira pukul 2... Lampu bilik ditutup. Kak Lila tidur disebelah aku... Aku peluk erat tangan dia... Kak Lila mengusap-usap rambutku dengan lembut. Dengan suara yang tersekat-sekat aku berkata, "Kak Lila... Tiba-tiba Mash teringat masa mula-mula kita kenal..." Air mataku tak dapat dibendung, akhirnya mengalir jugak... "Janganlah menangis... " Kak Lila memujuk.
Air mataku terus mengalir... Esakan tangisan aku cuba ditahan sikit-sikit... Selepas ni mesti masa untuk aku dan Kak Lila menjadi singkat. Kak Lila dah ada 'commitment' lain... Aku tak dapat lagi meminta pertolongan dia... Sekarang baru aku tau yang aku sangat sangat perlukan dia...



Bagaikan 'Dejavu'. Peristiwa yang aku takkan lupa. Dan tanpa disangka, ia berlaku lagi! Sememangnya aku perlukan dia sebagai teman suka dan duka. Aku bersyukur kerana dapat mengenalinya. Selama ni aku fikir, selepas Kak Lila dah kahwin mesti susah untuk aku berhubung dan minta pendapat. Nampaknya anggapan aku salah. Kak Lila kini dah ada 2 orang anak, tapi masih berpeluang untuk tidur dan berborak bersama.

Mungkin aku rasa kesunyian... mungkin aku tak punya ramai kawan... Mungkin aku kehilangan orang yang disayangi. Tetapi untuk mendapat sahabat sebaik Kak Lila tidak ada galang ganti! Terima kasih sekali lagi ya Allah...



Dia kakak angkat saya!



p/s : Peristiwa 6 tahun lalu tu aku pernah karang dalam blog Friendster & Penulisan2u. Tapi sekarang FS pun dah lain. Blog lama aku tu pun dh pupus... sedih!

0 Orang Pinjamkan Nota:

Post a Comment

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...