About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

29 May 2013

Meanwhile...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Dah lama tak menyelak nota Mashi ni... Berhabuk sudah... Hihihi... Kalau dulu dulu dulu dulu aku rajin menulis sebab takde tempat mengadu (forever alone la kunun!)... Kat blog jelah tempat aku meluahkan perasaan atau berkongsi perasaan. Semenjak dah ada tempat mengadu ni, makin malas pulak nak menulis... Hehehe... Astagfirullaha'zim... Apa nak jadilah dengan ko ni Mashi... Bila la nak jadi seorang yang beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara? Huhuhu... Sabor jelah! Harapnya selepas post kali ini, aku menjadi seorang yang rajin menulis seperti zaman muda-muda dulu... Ececeh..

Anyways, sebenarnya ada sebab-musababnya aku dah lama tak menulis ni... (Haaa... Cubaan memberi alasan la tu! ) Antara sebabnya ialah aku dah ada komitmen pekerjaan, atau dalam bahasa mudahnya aku dah kerja! Puihh... Tak payah nak berkomitmen sangat! Hahaha... Dan untuk menambahkan lagi alasannya ni ialah aku punya waktu bekerja start dari hari Isnin sehingga Sabtu. Hari Sabtu tu kerja halfday... So, kurang sikit waktu senggang untuk menulis uolls! Huhuhuk... Sedih... Tapi takpe... Semua itu pengorbanan namanya! Susah-sudah dahulu, senang-senang tak tau bila... Haha... Senang-senang kemudianlah... ^^

So far, Alhamdulillah... Aku sangat happy dengan apa yang aku dapat sekarang... Syukur Alhamdulillah! Walaupun tempat kerja aku tu jauh jugak, dekat Pandan Indah. Tapi apa de hal kan? Jauh perjalanan luas pemandangan... Ececeh... 


"1 hari je cuti dalam seminggu, tapi saya ok!" - Mashitah Othman, A.G.D.


Sekarang ni apa yang aku sentiasa doakan dan harapkan Allah akan memudahkan segala urusan aku dan memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Amiinn... Tiba masanya untuk  berbakti kepada Mak dan Ayah... Insha Allah...






Nota kaki : Masih dalm tempoh percubaan untuk... doakan aku dapat tetap! Amiinn... :)

08 April 2013

Aku benci, tapi aku suka...


Bismilllahirrahmanirrahim...


Masa aku kat sekolah menengah dulu-dulu tu, aku selalu menyumbangkan karya-karya berbentuk penulisan untuk dimasukkan dalam majalah Visi Utama pada ruangan Pena Kreatif. Majalah sekolah SMKSU yang aku miliki sejak mula-mula Visi Utama diterbitkan pada tahun 1998 sehingga tahun 2006 masih tersusun rapi dalam almari. Macamane aku boleh ade majalah terbitan pertama sedangkan aku masuk sekolah tu masa tahun 2002? Ada rahsia disebalik itu…

Ketika itu, aku berada di tingkatan 3. Aku, Yana & Mira tolong cikgu Mahsuri mengemas bilik Panitia Bahasa Melayu yang akan berubah menjadi bilik belajar untuk kelas 4 Sains Bakti. Apa kes aku kena tolong kemas plak? Huhuhu… Biasalah, kitorang ni kan selalu jadi sukarelawan yang berhati mulia… Ececehh… Tapi, bukan pasal tugas kitorang nak dijadikan cerita. 

Sedang-sedang aku mengemas sebuah Almari untuk di pindahkan ke bilik yang lain, tetiba aku perasan ada banyak majalah-majalah berwarna biru tersusun rapi. Aku tergerak hati untuk mengambil dan membelek-belek majalah tersebut. “Eh, Ini majalah Visi Utama tahun 1998!”. Aku selak-selak sehelai demi sehelai… Zaman Abang Razin ni! Abang Razin ialah antara pelajar batch pertama sekolah tu sejak ditubuhkan pada tahun 1995.

“Wei, Yana! Aku terjumpe majalah sekolah yang lame…”
“Mane?”
“Ni haa…” Aku menunjukkan majalah tadi kat Yana & Mira.
“Cam best je…” Kata Mira sambil menyentuh majalah Visi Utama.
“Ade lagi tak?” Tanya Yana ingin tahu.
“Tu haa… dalam lemari tu…” Aku menunding jari ke arah almari buku.
“Perghh… banyaknye!” Yana teruja.
“Aku nak amiklah… Boleh ke ha?” Tanya aku slumber.
“Cube ko tanye cikgu Mahsuri,” Mira member cadangan.
“Ok…”

Tanpa membuang masa dan tanpa memikirkan masa depan, aku, Yana dan Mira pun berjumpa cikgu Mahsuri yang sedang sibuk di suatu sudut.

“Err… cikgu Mahsuri… Nak tanye sikit boleh?”
“Haa… Ada ape?”
“Hmm… Majalah sekolah yang ade dalam almari tu ada orang yang punye ke?”
“Yang mane?”
“Yang ini…”
“Ohh… Takde sape-sape punye… Nak buang sume buku-buku yang ada dalam almari tu…”
“Err… Boleh tak saye nak amik majalah tu?”
“Ambiklah…”
“Terima kasih!”

Mira, Yana & Aku ketika form 3, tahun 2004


Yes! Cepat-cepat aku dan lagi dua orang tu pergi amik majalah tadi untuk dijadikan koleksi masing-masing… So, sekarang dah cukuplah koleksi aku… Majalah tahun lain pun ade, sebab abang aku yang terlebih dahulu sekolah kat sini yakni Sanusi pun dah beli majalah yang sebelum ni. Barulah aku dapat lihat perkembangan & evolusi Visi Utama!

                                    *                                                    *                                                    *

Sejak aku tingkatan 1 lagi aku dah pandai hantar karya pertama aku iaitu Seloka 1 Bakti. Kalau masa sekolah rendah dulu tak de plak aku reti nak tulis-tulis ni. Yep, kebanyakkan karya aku berbentuk Seloka. Ade jugak puisi sikit-sikit. Karya aku yang terakhir plak mase aku di tingkatan 5, yakni cerpen yang bertajuk “ Terima Kasih… Domo Arigato… Thanks a lot!”. Cerpen ni jugak disisipkan pada muka surat pertama dalam ruangan Pena Kreatif. Tapi, kat bahagian terakhir cerpen tu aku letak nama ‘SAM’… Bukan nama sebenar aku… Aku letak nama SAM tu sebab tak nak bagi orang tau la yang aku tulis cerpen tu… SAM=MAS… hehehe… Tapi, ade jugak sesetengah member aku tau bahawasanya aku yang tulis termasuklah Guru Penasihat Editorial Board, Mr Jega. Sejak haritu, kalau dia terserempak dengan aku dia akan panggil, “ Hai, SAM!”. Hahaha… Segan aku dibuatnya.


Kenangan bersama Editorial Board 2006. Mr Jega yang pakai baju kemeja purple! Aku sebagai Penolong Pereka Grafik Majalah. (Okay, boleh cari sekarang kedudukan aku!)


Antara puisi yang aku sumbangkan bertajuk “Aku benci, Tapi Aku suka…” mase Form 3. Puisi ni aku dapat ilham selepas berlakunya peperangan antara Amerika Syarikat & Afghanistan (Kalau tak silap…) beberapa tahun yang lalu. Sebelum tu aku tengok berita pasal peperangan tu dan jugak iklan kempen anti keganasan. Dari situlah hati aku mula berkata-kata, lalu aku tulis luahan perasaan aku pada sehelai kertas…

Aku benci keganasan,
Kerana keganasan berakhir dengan kemusnahan.
Aku benci keegoan,
Kerana keegoan itu punca persengketaan.
Aku benci kegagalan,
Kerana kegagalan itu mendukacitakan.

Tetapi aku suka akan kasih sayang,
Kerana kasih sayang itu membawa kebahagiaan.
Aku suka persahabatan,
Kerana persahabatan itu membawa kegembiraan.
Aku suka kedamaian,
Kerana kedamaian itu menjanjikan keharmonian.
Aku suka akan kejujuran,
Kerana kejujuran menampakkan keikhlasan di hati.

Tetapi kenapa yang dibenci tidak kita tinggalkan?
Sebaliknya kita masih melakukan perkara-perkara yang dibenci.
Dan kenapa yang kita sukai
Tidak kita hargai dan tidak mengamalkannya?
Sebaliknya kita lupa mengapa dan kenapa
Kita dilahirkan ke dunia ini.
Jawapannya hanya berada di dalam
Hati sanubari kita sendiri, Think about it!



Nota kaki : Semoga negara kita dilindungi Allah S.W.T. 

25 March 2013

Belasungkawa

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Pada post kali ini aku hanya ingin memaklumkan berita yang menyedihkan kami sekeluarga yakni pemergian nenda kami yang tercinta menghadap Illahi pada 12 Mac 2013. Nenek yang kami sayangi, Wan (Nama panggilan) yang menderita selama 6 tahun akibat lumpuh disebelah kiri tubuhnya akhirnya menyahut panggilan Allah S.W.T. Ini bermakna nenek dan datuk disebelah kedua-dua mak dan ayah tidak ada lagi... Kami telah kehilangan orang yang paling tua didalam keluarga...


Wan dalam kenangan...


Terima kasih Wan sebab sentiasa menyambut kami pulang ke kampung dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir... Melayan kerenah cucu-cucu yang ramai dan nakal... Rindu nak peluk Wan, nak tengok Wan senyum... Bila Wan senyum terasa keikhlasan dan kegembiraan terpamer diwajah... Mash sayang Wan...

Al-Fatihah... Semoga Wan bersama dalam kalangan orang-orang yang beriman... Amin...


Nota Kaki : Melihat Wan terbujur kaku dan pucat membuatkan hati terasa bagai direntap... Sungguh mengharukan... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...