Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum... It's been awhile since my last post... Rasa macam dah lama tak menulis sesuatu... Busy... Itu je la alasannya... Sekarang ni tengah countdown untuk Degree Show yang bakal menjelma... Kalau takde aral melintang, insha Allah pada 26 Disember 2012 akan berlangsungnya first assessment... Tak lama dah tu... Oh tidaakkkk...!!
Sekarang ni perasaan bercampur-baur... Nampak je macam takde ape-ape, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu... Huhuhu... Apa yang aku boleh buat sekarang ialah pujuk diri untuk banyakkan bersabar... Walaupun banyak cabaran yang melanda, hadapi dengan tenang. Kalau hidup takde cabaran, bukan kehidupn namanya... Ye dok?
Adapun, aku ingin panjatkan rasa syukur kepada mu Ya Allah... Kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dengan selesa, sihat tubuh badan dan diberi rezeki yang mencukupi... Sedangkan ada yang lebih malang nasibnya berbanding aku... Lihatlah apa yang berlaku di Gaza... Semoga Allah melindungi mereka disana... Aamiinn...
Entri kali ni tak nak cerita banyak... Sekadar nak bersihkan habuk-habuk yang bertimbun diatas kertas nota ni...
Haaaa-chummmm!!
Ada siapa nak hulurkan bantuan?
About Me
- Ini Mashi
- Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...
24 November 2012
14 October 2012
The Fruits
Assalamualaikum...
Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang paling aku sayang? DING-DONG! Jawapannya anak buah aku... Hehehe... Tetiba teringat kat anak-anak buah kesayangan... Miss them so much, mucho mucho... Tengok gelagat diorang memang seronok... Melayan diorang pun lagi seronok... Tapi kekadang tu penat jugaklah nak melayan lebih-lebih... Hahah... Sebab ada ketikanya diorang ni banyak cengkadak jugak... (Macam Achu dia!) Lepas tu, nakal pulak tu... (Macam Achu dia gak!) Bila layan diorang, kekadang rasa hilang sekejap masalah... Happy yang teramat... ^^
Aiman, Aisya, Fahim, Alia, Qistina, Adib Ashraff & Alwani... Penenang jiwa... Son & Daughter of fruits... (Anak buah laaa...)
" Bukanlah dari golongan ku barangsiapa yg tidak mengasihi kanak kanak dari kalangan kami dan memuliakan orang tua dari kalangan kami dan memerintah berbuat kebaikan dan mencegah daripada berbuat kemungkaran.." [At Tirmidzi]
Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang paling aku sayang? DING-DONG! Jawapannya anak buah aku... Hehehe... Tetiba teringat kat anak-anak buah kesayangan... Miss them so much, mucho mucho... Tengok gelagat diorang memang seronok... Melayan diorang pun lagi seronok... Tapi kekadang tu penat jugaklah nak melayan lebih-lebih... Hahah... Sebab ada ketikanya diorang ni banyak cengkadak jugak... (Macam Achu dia!) Lepas tu, nakal pulak tu... (Macam Achu dia gak!) Bila layan diorang, kekadang rasa hilang sekejap masalah... Happy yang teramat... ^^
Aiman, Aisya, Fahim, Alia, Qistina, Adib Ashraff & Alwani... Penenang jiwa... Son & Daughter of fruits... (Anak buah laaa...)
Aiman... like a boss..!!
Aisya... Kak Long Kajang...
Alia... Princess Barbie die hard fan...
Qistina Balqis... Muka yang memang nak mintak Q(K)iss...
Fahim encem... Yutaka Takenouchi Junior... Pasal ayah dia bajet YT... Hahah (Ok, boleh google sekarang kalau tak kenal...
Adib Ashraff... mintak-mintak dah besar nanti pandai masak macam chef wan.
Alwani... Bakal jadi pembaca berita di Astro Awani
Sepupu kamceng... Nakal tak abis-abis...
Budak zaman sekarang layan iPad... Untungleeerr...
Teringat hadis Rasullullah, drpd Ibnu Abbas ra,
" Bukanlah dari golongan ku barangsiapa yg tidak mengasihi kanak kanak dari kalangan kami dan memuliakan orang tua dari kalangan kami dan memerintah berbuat kebaikan dan mencegah daripada berbuat kemungkaran.." [At Tirmidzi]
"Achu sayang kalian..." <3
Nota Kaki : Tahun depan bakal dapat anak buah lagi sorang... InsyaAllah... Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...
Koleksi
Nota Bergambar,
Nota Peribadi
10 October 2012
Aku memang best
Kengkadang tu ada jugak rasanya hilang hala tuju... Bukan hala tuju hidup kat dunia ni. Tapi hala tuju untuk projek akhir ni... Tak pasti dengan apa yang patut dilakukan dan tak yakin dengan kebolehan diri. Mampu ke aku selesaikan semua tugasan sebelum 'hari keramat' tu tiba?
Tapi, sejak bulan lalu perkataan "Buat apa yang kita minat" asyik bermain kat fikiran. Kalau ikut kata hati aku ni, sumpah aku memang nak buat sesuatu yang aku minat. Sebab aku rasa ralat sangat masa diploma dulu aku tak buat something yang aku minat. Sebab rasa takda apa sangat untuk dibanggakan, atau dalam erti kata lain rasa tak puas! (Manusia memang tak pernah nak puas!)
Akhirnya aku cuba jugak untuk buat sesuatu yang aku minat tadi... Aku rasa bersemangat. Excited nak buat... Pada mulanya, memang excited... Pastu tak sangka pulak benda yang aku buat tu jadi tak elok... Apa yang aku tengah buat ni sebenarnya?? Kenapa jadi buruk? Kenapa skill aku jadi tumpul? Aku tengah kesuntukan masa ni! Time camnilah aku dah start putus asa... Terus jadi blank... Habislah Final aku! Aku biarkan semua peralatan bersepah dalam bilik... Fed up! Aku STOP! Sudahlah tengah demam, selesema dan batuk... Ok, aku cuba bagi alasan... (Lemah kan aku?)
Keesokkan harinya, bila aku bangun dari tidur... Aku tengok peralatan yang bersepah... So, camne? Apa cerita ni? Takkan nak biarkan gitu je kan? Selesai je breakfast aku start sambung projek yang terbengkalai... Tarik nafas dalam-dalam... Dalam hati aku terbit pula perkataan "Aku memang best!" yang di'repeat' berulang-ulang kali... Untuk membenarkan diri aku menjadi positif...
"Aku memang best! Aku memang best! Aku memang best!"
*nampak macam poyo... tapi peduli hapa aku! Hehe...
Selesai je projek, aku renung hasilnya... Kali ni aku senyum... "Ye, aku memang best!" Hahaha... *gelak riak lagi takbur*... Akhirnya aku puas hati... Alhamdulillah... Tak sia-sia aku pilih untuk bersabar dan tak putus asa... *wink*
Nota Kaki : Lecturer aku dah tengok, dan pertama kali aku rasa mereka betul-betul suka dengan apa yang aku buat. Walaupun mereka melihat perjalanan aku nampak 'senang', tapi hakikatnya tiada siapa faham apa yang aku lalui. Melawan sifat negatif dalam diri lebih susah daripada melawan musuh. Wallahualam...
Koleksi
Nota Melekit,
Nota Peribadi
Subscribe to:
Posts (Atom)









