*Pesen = Fesyen = Fashion
Assalamualaikum,
Aku nak share satu story. Pada satu hari, member aku berceritalah dengan aku pasal aktiviti dia masa keluar dengan pakwe beliau. Ada satu part ni masa dia cerita tu memang aku ketawa sangat! Tapi yang tak bestnya tak dapat nak gelak sepenuh hati dan seikhlasnya pasal masa tu kami berada dalam office. Jadi kena la control sikit. Ceritanya berbunyi begini...
"Mashi, Boifren aku lawaklah... Ko tau tak tadi aku keluar dengan boifren aku. Tengah berjalan-jalan tu, seluar aku macam londeh-londeh... Pastu aku mengadulah kat boifren aku tu... 'Abang, seluar ayang londeh la...' pastu ko tau tak dia jawab ape? 'Memangla londeh, sape suruh pakai tali pinggang kat baju? Tali pinggang tu patutnya pakai kat seluar!'... Pastu aku ketawa wei... "
Lepas member aku cerita macam tu, terus aku gelak tak hengat! Betul jugak kan? Sekarang ramai perempuan suka buat pesen gitu... Pakai tali pinggang kat baju... Nak nampak ramping gitu! Pakai accessories tak kena dengan tempat. Kalau dah londeh seluar tu, pakai la tali pinggang kat seluar, ye dak? Hahahha... Macam-macam pesen!
Yang tak bestnya aku jadi sakit perut sebab tak dapat gelak kaw-kaw... Kalau kat rumah ni dah terguling-guling dah... Peritnya tahan gelak nih! Hihihih...
Nota kaki : Berpesen pun kena ikut guidelines yang betul sebagai muslimah. Jaga aurat dan maruah...
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.