About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

09 August 2013

Tahun ni tema hijau

Bismilillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum... Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan...



Ucapan ini khas untuk keluarga, sedara-mara, sepupu-sepapat, teman-teman, sahabat-sahabat, rakan dan taulan, serta kepada sesiapa yang mengenali diri ini... Mohon maaf zahir dan batin. 


Nota kaki : Baju raya tahun ni berwarna hijau... 

23 July 2013

Setiap tahun sekali mesti bergelek...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Tajuk sangat kontroversi okay... Hahaha... Apa ke halnye bergelek di bulan yang mulia ni? Haaa... Sebelum ni aku pernah mentioned nak share resepi kan? Pada asalnya aku nak share resepi lain... Tapi tetibe dapat idea nak post resepi lain pulak gara-gara kecoh kat dalam "One busu group" di Facebook yang dianggotai oleh sedara-mara dan sepupu-sepapat keluargaku disebelah Mak. Puncanya sebab aku jugak... Gatal sangat pergi post gambar menu tradisi nenek moyang kami...






















Pernah dengar kuih 'Gelek Cocok'?

























Adik-beradik aku terus kecur liur tengok gambar tersebut... Sebabnya setiap kali bulan Puasa mesti mak buat kuih Gelek Cocok ni. Menu wajib katakan... Hehehehe... Tak pasal-pasal semua pakat nak balik rumah Mak sebab nak makan kuih ni. Padahal boleh je buat sendiri... Saje la tu nak bermanja-manja... Haahaha... 


Inilah dia rupa kuih Gelek Cocok.... *picture credit to Along Shimah.


Nampak menarik kan? Looks tempting bak kata omputih... So, cakap banyak pun tak guna... Sekarang ni nak share bahan-bahan dan cara untuk buat kuih ni.


Bahan-bahan :

1) Tepung pulut
2) Air Santan
3) Gula
4) Air
5) Daun pisang sebagai pelapik.

Caranya senang je... 

1)Adunkan tepung pulut dengan air sikit. Main uli-uli...  Sama macam nak buat Ondeh-ondeh atau kuih Puteri Mandi.... 

2) Kemudian, buat ketulan kecil dengan adunan tadi. Gelek-gelek kat tangan sampai jadi bulat kecil...

3) Tekan/ cocok ketulan tepung pulut .... Ulangi langkah diatas untuk buat seberapa banyak kepingan tepung pulut.

4) Susun kepingan kedalam loyang yang dilapik dengan daun pisang. 

5) Taburkan gula diatas setiap kepingan tepung pulut.

6) Curahkan air santan kedalam bekas loyang sampai banjir... Hehe.. Pastu boleh tabur sikit gula kedalam air santan tadi.

7) Kukuskan hasil 'seni' anda itu selama beberapa minit sehingga masak ranum... hehe

Siap! Haaa.... Simple je kan... Bahan-bahan pun simple... Kalau nak nampak sedap lagi tambah pewarna hijau atau air pandan kedalam air santan (sikit je) untuk naikkan seri kuih... Kalau ada warna baru menarik kan?

Sesuai dimakan diwaktu berbuka. Rasanya lemak manis berkrim disukai ramai! Hehehe... 

SELAMAT MENCUBA!


nota kaki : Resepi ini akan bersiaran di Majalah 3 (TV3) pada minggu ini! ^^


11 July 2013

Selamat datang Ramadhan! Bismillah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan yakni bulan Ramadhan... Rasa macam baru je sambut yang last year punye... Sekejap je masa berlalu... 

Pada bulan Ramadhan kali ini ialah kali pertama aku berpuasa dalam opis... Bagi aku puasa kat opis atau masa study dulu ok je... Sebab sepanjang hari dipenuhi dengan aktiviti tertentu. So, takdelah bosan sangat. Bila dah buat kerja ni rasa macam cepat je tiba waktu berbuka.. Hehehe...


Buat apa-apa pun mesti mula dengan Bismillah... Tahu?


Cuma cabaran pada aku buat masa ni bila nak balik rumah. Bulan ni dapat balik awal! Yihaaaaa...!! Kalau sebelum ni waktu balik jam 6 petang, dah bertukar jadi 5.30 petang... What? Setengah jam je awalnye? Hmm... Gitulah... Syukur jugak, at least sampai awal sikit... Sempatlah nak berbuka dengan family... *wink*

Ehemm... Ehemmm... Terpesong pulak topik tadi. Cabaran bila nak balik umah ni sebab kena travel jauh sikit la kan... Kena jalan dalam 5 - 10 minit > Tunggu bas (Bas ikut suka hati dia je bila nak muncul!) > Naik bas dalam 5 - 10 minit > Naik LRT Aliran Ampang > Sampai Masjid Jamek > Tukar tren Masjid Jamek > Sampai ke destinasi. Huhuuh... Total perjalanan memakan masa selama 1 jam atau lebih. So, sempat jugak sampai sebelum pukul 7 petang. Weee...

Apa yang perlu diingatkan ialah bila nak membeli juadah berbuka tu kenalah berpada-pada. Jangan membazir, nanti kawan dengan syaiton... Syaitan dah kene ikat, takkan kita nak ganti beliau... Betul tak? So far, nafsu makan aku tak berapa nak tinggi... Masih boleh kawal... Hihihik! Berbuka simple-simple pun ok... Yang penting air sedap! Huahuahua...

Last but not least... Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah wajib dan sunat sepanjang bulan Ramadhan ini! Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T.





nota kaki : Next post nanti aku nak share resepi lah pulak... hehe... Insha Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...