About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

20 June 2013

#Road Trip - Siapa Kawen tu?

Bismillahirahminirrahim...

Assalamualaikum... Seperti didalam post yang lalu, aku ada mentioned pasal majlis kenduri kahwin housemate/classmate yang diadakan di Muar, Johor. So, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aminah atau lebih dikenali sebagai Chot dan suaminya, Shuk kerana selamat menjadi suami isteri... Alhamdulillah... Kawen jugak korang... Semoga kekal sehingga ke syurga... Love until Jannah kata orang... hihi...

On the way to Parit Amal, Muar... Jaja, Kila, Yati & Me...

Thanks to Jaja sebab sudi tumpangkan aku ke Muar... Kalau takde diorang ni rasanye tak sampailah aku ke sana... Alhamdulillah, semuanya ok! Perjalanan pun lancar... Pepagi buta selepas subuh kitorang dah start gerak. Oleh kerana kitorang dari KL, jadi senanglah pergi sekali harung... Time balik je aku tumpang Kak Fazie, Zam, & Fathul..


Rindu korang!!


Berkumpul!! Colourful...

Jumpe Cik Ah! <3

Akhirnya dapat jumpa semula Cik Ah setelah setahun... Cik Ah ni Mak Cik si Chot... Masa Chot bertunang dulu kami pernah menumpang kat rumah beliau... Sangat baik orangnya, dan ikhlas melayan kami yang 'feeling-feeling' pelancong ketika itu... Hahaha... Aku pernah story pasal Cik Ah & Suami kat sini! Thanks sebab pernah tolong aku naikkan berat badan walaupun hanya berkesan untuk sementara! Hihihi...

Small Reunion!! 


Ambik berkat la... Apa lagi??? Haha... *Cantik baju ko Chot!


Bestnya tengok member-member ramai yang dah kawen... Aku pulak dah naik bernanah telinga dengar orang asyik tanya bila nak kawen? Especially kalo balik kampung... Mak Cik-Mak Cik, Mak Jemah semua tanya uolls... Hmmm... Jawap jelah Insha Allah... Hihihik... Doakan aku cepat sampai jodoh ye... Amiinn...


*Thanks to Kak Fazie kerana sudi tumpangkan aku sampai ke pintu pagar rumah... Alhamdulillah... Kalau takde Kak Fazie aku rasa kena jadi orang Muar la gamaknye... Huhuhu...


Nota kaki : Hai, bakal imamku... :)

rasional vs emosional





Nota kaki : Kalau sebelum ini aku mampu berfikir secara rasional... Tapi sekarang, terlalu emosional! Jangan jadi bodoh... kbai!

11 June 2013

Apakah makna semua ini?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, sekarang ni aku dah sihat daripada demam dan selesema. Walaupun masih ade lagi saki-baki selesema sikit dan batuk sikit, tapi aku bersyukur sebab tahap kesihatan aku semakin baik... Weeee... 

Muka orang sihat macam ni la kot!


Cukuplah dapat MC 1 hari je, sebab aku ada amik cuti 2 hari pada hari Jumaat dan Sabtu lalu sebab nak pergi kenduri roommate/classmate time belajar Degree kat Muar, Johor. Insha Allah sekiranya ada kelapangan nanti aku update! ^^

Gigih nak update blog kan? Sebab dah janji nak merajinkan diri untuk menulis sesuatu diatas nota aku yang tak semenggah ini. Huhuhu... Amik masa dalam office untuk buat pos ni. Mentang-mentang bos takda! Hahaha... Tapi lepas lunch nanti ada meeting dengan client. Tapi tak pasti bilakah waktunya... Kalau ada nanti, ada lah!

Kat opis ni sejuk jugak... Aku ni dah la 'slim river'... Bile dah slim river ni, kalau rasa sejuk dia sampai ke tulang gitu! Hihihi... Pastu bile dah sejuk, cepat lapar... Pagi-pagi makan nasi lemak pun tak jalan! Bila dah pukul 12 nanti lapar dah... Padahal lunch hour pukul 1! So, terpaksalah sediakan kudap-kudapan untuk mengalas perut ku. Lagi satu, time petang-petang pun ialah waktu perut aku menyanyi lagu "Segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuat ku rasa perut kosong...kosong...oh!"


Terima Kasih Munchy's kerana berada disisi ku selalu! (Gambar ni terbalik, malas nak edit, sebab amik gambar pakai webcam! kbai!)


Yes, sekali lagi posting yang takda tema dan cerita yang menarik... Saja-saja merapu... Hahaha... Sengaja merugikan kertas... Mohon jangan tiru perangai aku yang tak semenggah ini. Pembaziran itu amalan Syaitonn... Hehehe...


Nota kaki : Dimana ada kaki, disitu ada jalan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...