About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

28 August 2012

#CERKON: Kisah Mashi & Abang-Abangnya di Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya! Sempena hari raya ni aku tak nak tulis panjang-panjang... Cukuplah jawapannya walau sekadar senyuman gambar menceritakan segalanya... Hehe... Lagipun, ini blog Mashi, bukan blog Ahmad Albab... Kalau ini blog Ahmad Albab, maybe beliau tulis karangan SPM kat sini... Heee... By the way, macam biasa kami sekeluarga beraya di desa Waterpark tercinta yakni Kampung Guai, Temerloh, Pahang... Mari kita ikuti kisah Mashi di Aidilfitri...


Di sebuah kampung yang indah permai...


Terdapat sebuah rumah yang tersergam indah


Di dalamnya, tinggallah seorang gadis bernama Mashi, yang cuba melakonkan iklan Adabi...


Sejak Abangnya, yakni Abang Mie insaf daripada menjadi 'tokan' mercun atas nasihat keluarganya...


Mashi berasa sunyi... Tiada lagi kedengaran bunyi "dam dam dum.. bunyi mercun"...


Namun, kehadiran Abang-abangnya yang sengal ini jugalah yang mampu menceriakan suasana... Sanusi, Razin & Yusree...


Mak & Ayah juga tempat Mashi mengadu...


Mashi & Razin selalu bergaduh... Selalunya Yusree lah yang menjadi orang tengah, cuba meleraikan pergaduhan...


Sanusi cakap... "Air dicincang takkan putus... Lebih baik bermaaf-maafan daripada bersengketa,"


Mereka berdua tak mengendahkan kata-kata Sanusi... Kerek la konon!


Yusree cuba memujuk mereka... "Kalo korang berbaik semula, aku bagi duit raye setiap seorang..."



Oleh kerana masing-masing tengah sengkek, mereka pun bersetuju untuk berbaik dan mendengar nasihat Sanusi dan Yusree...


Sekejap jela tapi... Pastu sambung balik gaduh...!



Nampak sangat tak ikhlas! Hampeh...



"Bagi balik duit kalo tak ikhlas!" Kata Yusree kepada Razin.
"Lu ni buruk siku la... Same je tak ikhlas!" Razin merungut.



"Macamanelah nak menyatukan balik diorang ni? Asyik gaduh je..."



Haaa... Pak Belang tu the rescue!



"Huh?? Apa Sanusi cuba lakukan??"



"Mu nampok dok diorang tu? Pegi serangggg....!!!"



"Huk Aloh... Larikkk...!!" Mereka cuba melarikan diri.



"Hahahaha... Tau pun takut..."



"Siapa kate kitorang takut? Bersedialah untuk bertarung!"



"Alamak... baik gua chow dulu...!!"



"Oitt... Ko terlupa sesuatu ke?"



"Ahh, sudahh... Pak Belang dah merajuk!"



"Sabar eh Encik Belang... Sanusi memang macam tu... Habis madu sepah dibuang... huhu"



"Nah, bawak Pak belang sekali... Pi main jauh-jauh..!!"



"Aku tak patut gaduh dengan Mashi... Walaupun dia selalu sangat menyakat aku... Dia tetap adik aku jugak... Haishh.." Razin menginsafi diri.



"Buat apelah aku nak ego dengan Abang aku sendiri... Padahal aku yang suka cari pasal... Di hari yang mulia ni sepatutnya aku berbaik-baik dengan beliau," (Monolog dalaman)



Akhirnya mereka berdua berdamai... *tepuk tangan*



"Dah... Jom Balik!!!"



"See ya later... Sayounara!"


THE END!


Moral of the story... Janganlah bergaduh sesama sendiri... Takde faedahnya.... PEACE! ^^


Nota kaki : Gambar dan cerita spontan

24 August 2012

Cahaya Syawal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita dah berjaya grad di University Ramadhan selama sebulan yang menuntut kita beristiqamah... Semoga ibadah-ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan sampai bila-bila, InsyaAllah...

Dengan rasa rendah diri dan seikhlasnya, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diri ini sekiranya pernah melakukan kesalahan sehingga mengguris perasaan sesiapa... Ketahuilah, aku juga telah memaafkan semua dari awal lagi...






Nota kaki : Setiap tahun mesti beraya di Pahang... dah tak kemana-mana lagi buat masa ni... Mungkin satu hari nanti kat tempat lain pulak? hik :P

13 August 2012

Monolog sekeping hati dan sewaras akal... Bila hati dan akal tak bersatu-padu

"Mash, aku tak paham sebenarnya dengan diri aku... Pendirian aku jadi tak tetap... Semuanya start bila aku mula masuk kerja. Dan punca pendirian aku jadi tak tetap ialah sebab hati dan akal aku..." 

Sahabat aku mengadu masalah dia kat aku. Sahabat yang paling rapat. Dia kata aku tahu 90% pasal diri dia... Dia yang cakap la, bukan aku yang cakap... Aku terima je... Sebab aku pun anggap dia memang sahabat aku yang paling rapat...

Ini cerita dia...

Hari pertama aku terpandang dia kat dalam office, hati aku terdetik sesuatu perasaan yang tak pasti rasanya... Tapi aku ignore je perasaan aku tu... Sebab akal aku cakap kena fokus dengan kerja... Yep, maybe sebab aku nervous... Almaklumlah aku baru je kerja kat sini... Belum lagi kenal semua staff kat office aku ni... Dalam seminggu aku kerja kat situ, barulah aku tahu nama dia... Tapi aku tak nak bagitau kau... Shhh... Rahsia! hehehe...

Sejak haritu, aku semangat nak pergi kerja. Selalu bersiap awal... Datang office pun awal... Semuanya disebabkan ada inspirasi! hehehe... Memang niat aku ialah nak kerja, nak cari rezeki dan menimba ilmu yang takde penghujung... Tapi nampaknya dia juga antara inspirasi aku untuk datang office... 

Akal : Dia tu inspirasi kau je kan?

Hati : Tapi, aku suka dialah... Ada ciri-ciri lelaki idaman!

Akal : Tapi kau tak boleh lebih-lebih... Ingat, niat sebenar kau!

Hati : Jarang sangat aku dapat bertegur dengan dia... Tapi tak tahu kenapa aku macam suka kat dia...

Akal : Peliklah aku tengok kau ni... Takde pun nampak ciri-ciri yang kau suka dia... Sebab kau macam nak menjauhi dia je...

Hati : Ko nak tahu kenapa?

Akal : ( Mengangguk tanda ingin tahu )

Hati : Itulah rahsia pasal aku... Kalau aku suka kat seseorang tu, aku seboleh-bolehnya nak jauhkan diri daripada dia...

Akal : Kenapa?

Hati : Hehehe... Aku lebih selesa tengok orang yang aku suka dari jauh... Dengan harapan dia tak dapat 'detect' yang aku suka kat dia...

Akal : Kenapa kau tak nak dia tahu perasaan kau?" ( Dahinya berkerut, mempamerkan garis-garis halus )
Hati : Aku takut...

Akal : Takut... Kau hanya bertepuk sebelah tangan?

Hati : Hmmmm... ( Terasa berat melepaskan keluhan dari kerongkong )

Akal : Berapa kilo berat tu? ( Akal aku cuba berseloroh. )

'Mereka' ketawa bersama...



                                                        *              *               *


Pada suatu hari, akal aku berkeras tak nak mendekati 'inspirasi'. Lagipun bukan selama-lamanya aku akan bekerja kat sini. Kalau banyak sangat kenangan, yang parahnya nanti hati aku! Nak-nak pulak tetiba 'inspirasi' dah ade awek ke... Siapa nak tanggung? Tapi, itulah... Bila akal kata tak nak, hati pula kata nak... Bila hati dan akal tak bersatu-padu, susah nak jangka... Last-last, aku bertekad untuk lupakan 'inspirasi' terus... Sebelum hati aku jadi lebih parah... Kbai!

Sehinggalah pada suatu hari...

'Inspirasi' kena pergi outstation untuk seminggu... Ini bermakna dalam seminggu ni aku takde inspirasi! So, apa aku nak buat ni? Aku rasa nak sangat borak-borak dengan dia sebelum dia bertolak... Tapi, akal aku dah 'programme'kan kaki aku jadi rasa berat nak melangkah mendekati dia... Haizz... Masih tak boleh bersatu padu lagi? Aku berjalan menuju ke bilik office... 

Jantung aku berdegup kencang... Terasa macam jantung ni ada kaki boleh melompat-lompat... Bukan melompat-lompat kegembiraan... Tapi melompat-lompat macam nak keluar dari badan. Bahaya kalau biarkan ia berlaku. Tak pasal-pasal nanti aku kena buat pembedahan 'transplant' macam Nadira dalam drama 'Dejavu Di Kinabalu'... Tak cukup dengan itu, nanti aku kena paksa penonton untuk vote siapakah yang layak menjadi 'Jantung' Nadira? Team Amar atau Team Bazli? Tak ke gila tu? Okay, aku baru sedar aku tengah mengarut rupanya...

Terasa air hangat mengalir di pipi... Tak semena-mena! Tatkala ini barulah akal aku percaya yang aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan 'inspirasi'! Ya, Allah... Is it for real? Dah lama aku tak alami perasaan ini... Perasaan ni datang semula setelah beberapa tahun! Tapi, akal aku masih berkeras tak nak jumpa dia... Hati aku tak sanggup tengok dia pergi... 


Bila dah tengahari time nak lunch... Aku dah tak nampak dia... Pilunya hati aku ni....

"Aku suka sangat kat dia... Aku rindu perasaan ni... Perasaan suka kat orang... Aku dah jatuh cinta ke, Mash??"

Pernah tak korang lalui keadaan macam ni? Keadaan bila hati dan akal tak bersatu-padu? Macam yang dialami SAHABAT aku ni... Bila perkara macam ni berlaku, apa yang harus dilakukan? Kita nak dengar kata siapa? Tepuk dada tanyalah IMAN... So, dah dapat jawapan? ;)

It's complicated...


Nota kaki : Siapakah orang yang paling rapat dengan diri korang? Siapakah orang yang paling korang percaya? Yang sanggup mendengar luahan hati korang... Siapa? Bertuahlah kalau korang ada... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...