Assalamualaikum... Aku nak luahkan perasaan aku hari ni. Tapi perasaan tu datang sejak hari Rabu lalu... Bukan nak luahkan perasaan terhadap seseorang, cuma nak luahkan perasaan gembira atau dalam erti kata lain nak 'share' peristiwa yang best! Hihihihi... Kenapa delay nak memblog? Sebab bile fikirkan balik, aku takde bukti dan aku tak tahu nak macamane nak menggambarkan perasaan aku ketika itu. Sebab Perasaan tu best sangat! Perasaan happy yang pada aku memang best la senang cerita! Hahaha... Tengok... Nampak tak susah nak describe kat situ?
Dapat bayang tak bila impian kita menjadi kenyataan? Bukan impian yang ditanam selama 2,3 tahun. Tapi impian ini dicipta sejak aku belum baligh sekolah rendah lagi! Impian itu tercipta sejak aku baca Majalah Ujang pada tahun 2000. That means dah masuk 13 tahun? Aku pun dah tak ingat... Mungkin dari tahun sebelum tu lagi... Mungkin...
Impian apakah itu?
Rabu, 21 Ogos 2013...
"Kak Yana, Kak Yani... Mash balik dulu ye?"
"Ok, take care... " Ucap Kak Yana, merangkap boss aku... Actually boss besar aku ialah Suami beliau. Tapi aku anggap je dia macam boss aku jugak.
Aku pun keluar office, turun tangga dan masukkan card untuk di'punch'kan. Lalu, bergeraklah aku ke stesen minyak Petron. Disitulah selalunya aku tunggu bas. Masa berjalan dari opis ke stesen minyak memakan masa selama 5-7 minit. Sesampai je aku di stesen minyak, aku pun melabuhkan punggung diatas tembok di tepi jalan.
Tiba-tiba aku terpandang seseorang sedang mengisi angin kedalam tayar belakang kereta Satria berwarna kelabu. Macam kenal! Rasanya tak perlu kot aku mention nombor pendaftaran kereta beliau... Hihihi... Kebetulan masa aku pandang 'seseorang itu' pun dia sedang pandang aku... Aku syak je lah... Nanti korang kata aku perasan pulak kan... Mungkin jugak dia tengah pandang Amoi yang turut sama berada disitu untuk menunggu bas!
Takdelah jauh mane tempat isi angin tu...
Dalam hati aku terdetik satu nama... Terus dapat tangkap pulak tu! Tapi betul ke itu dia? Oleh kerana perasaan ingin tahu yang meluap-luap, sesekali aku tengok la gelagat dia... Sebab Aku rasa memang nampak familiar. Cuma aku tak pasti, sebab sebelum ini orang yang aku nampak ni macam orang yang aku selalu tengok dan 'komen' kat Friendster/ Facebook/Twitter... Ok, jangan kerut dahi bila baca perkataan 'friendster' tu ye... Sebab itu cerita lama, time tengah aktif main Friendster! Haha...
Time tu jugak aku jot down nombor plate kereta dia... Mana tau nanti boleh tanya dia kat FB... Untuk kepastian... Ececeh... Tapi, harap-haraplah dia keluar lalu depan aku... Senang sikit nak pastikan kalau tengok dari dekat, ye tak? Tak lama selepas itu, 'dia' pergi isi minyak pulak. Lepas isi minyak, tetiba aku dah tak nampak dah kereta dia... Hampa!
"Hmmm.. Bukan dia la kot! Buat ape dia kat sini pulak kan? Haritu katanya opis dah pindah kat Sungai Buloh, bukan kat Ampang lagi dah..." Kata akal aku cuba membuat andaian sendiri.
"Tapi kenapa aku rasa macam dia ek?" Macam biasa, hati aku tak pernah bersatu dengan akal!
"Macamana ko nak pastikan? Ko kan tak pernah jumpe dia 'in person'?" Nampaknya akal berjaya berfikir secara logik.
"Betul jugak tu!" Akhirnya hati aku bersetuju dengan logik akal!
Selepas hati dan akal bermonolog, tetiba...
"Omaigod...omaigod... Kereta tu patah balik ke sini!!" Hati aku menjerit...
"Ok... ready untuk tengok pemandunya!" Akal aku excited.
Tetiba kereta Satria itu berhenti didepan aku. Dibunyikan hon... Bayang pemandu kereta itu samar-samar kerana cerminnya 'tinted'... Aku kerut dahi... Betul ke ni? Cermin kereta diturunkan... Akhirnya aku nampak bayang dengan jelas...
"Mashitah, kan?" Tanya tuan punya kereta.
"Eh, UBI ye?"
Seperti yang dirasai oleh hati... Memang dia ialah Kartunis Ubi... Kartunis yang sangat diminati oleh aku. Semuanya gara-gara karya-karyanya yang sangat aku kagumi, especially 'Aku, Dia & Volkswagen'.... Hihihi... Peristiwa yang tak pernah aku fikirkan akan berlaku... Memang aku nak sangat jumpa dia 'in person' dekat event-event tertentu. Tapi tak pernah terfikir untuk jumpa di tepi jalan macam ni... And the best part is, beliau personally yang tegur dan ingat nama aku! Seriously tak sangka! Macam mimpi pun ada...
Ubi sendiri cakap dia pun tengok aku rasa macam kenal... Haaa... Bermakna, aku tak perasan la ye? Hahah...
Antara koleksi karya Ubi..
Sempat jugak borak-borak dengan dia... Tapi sekejap je... Huhuhu... Tak dapat nak interview dia secara mendalam... Terharu sebab dia seorang yang peramah dan baik hati... Ingat jugak dia kat aku... Nampak sangat aku ni suka 'kacau' dia... Mana taknya, sejak zaman Friendster, Facebook, dan sekarang Twitter asyik dok komen and 'like' status dia... Blog dia pun dulu aku ade komen jugak... Mesti dia dah bosan layan aku ni...Haihh...
Komen di blog...
FB... Memang die-hard fan terserlah disitu!
Aku pernah post pasal Ubi sebelum ini... Masa aku dapat beli bookmark tu... Tak cukup dengan bookmark, aku jugak pernah beli Mug yang ada autograf beliau...
Hehehe... Simpan je mug ni... Bukan guna untuk minum pun!
Seriously, aku sangat happy... Walaupun dapat jumpe sekejap je, (5 minit kot?) aku tetap rasa bersyukur...Alhamdulillah... Selama ni aku dok cerita kat member-member aku pasal Ubi... Siap promote cerita dia... Aku rasa member yang betul-betul kenal aku je yang tau aku minat kat karya Ubi ni... Hahaha... Sorry lah korang... Macam takde topik lain kan? Hahah...
Cuma, aku takde bukti yang aku pernah jumpa dia... Oleh sebab menghormati kehendak dia untuk tidak bergambar bersama, aku akur... Huhu... It's okay, I understand... Hihihi... Dan sebab rasa gugup time jumpa dia, aku lupa nak mintak autograf ke... Atau suruh dia lukis ke... Atau apa-apa yang boleh dijadikan kenangan... Hmmm... Sedih disitu! Takpelah... Mungkin kenangan ini untuk disimpan dalam hati je... Huhu... (Try pujuk diri sendiri)...
Mungkin ini jelah satu-satunya bukti yang ada.... ^^
"Semoga kita akan berjumpa di satu hari nanti..." Kata-kata keramat tu, Ubi!
Begitulah ceritanya... Hehehe... Ada jugak hikmahnya aku kerja jauh sampai ke Pandan Indah ni... Pastu travel dengan bas dan LRT... Mintak-mintak dapat terserempak dengan Aaron Aziz pulak! Hahaha.. Berangan!
*Tadi aku ceritalah peristiwa ni kat Kausyar and Jannah... pastu nak tau apa yang Jannah kata? "Wahhh... dia tegur ko? Ko lagi famous dari dia la ni?"
Hahahahahahaha... Jangan marah ye Ubi!
Nota Kaki : Semasa Ubi tengah isi minyak, aku teringat episod Ubi kerja part time as 'Pam Attendant' time cuti sekolah dalam koleksi Aku, Dia & Volkswagen Vol 2... Hihihi...
0 Orang Pinjamkan Nota:
Post a Comment
Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.
Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.