About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

18 April 2012

M2M... Macam zaman sekolah menengah

Assalamualaikum...

Kalau diikutkan aku belum lagi buat entri pasal pengalaman praktikal. Jadi hari ni nak share la ek! Hehehe... Anyways, hari ni merupakan hari yang ke-3 aku di Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Yes, untuk pengetahuan, aku kini dah bertukar ke MRM. Sebelum ni aku pernah menjalani praktikal kat tempat lain selama seminggu. Aku terpaksa bertukar sebab tempat lama tu sangatlah tak sesuai dalam bidang aku dan dilayan dengan teruk sekali. Mungkin next time aku cerita pengalaman hitam tu... Huhuk!

Fyi (Tau tak makna fyi ni? sape tak tau sedih!), aku tidak keseorangan di MRM ni sebabnya, roommate aku yakni Chot/Ina/ Siti pun join sekali, yay! Ok jugak ade member kan? Takde mati kebosanan aku kat sini. Bosan pun boleh mati ke? Hihihi... Nau'zubillah... Mintak dijauhkanlah... Kalau time diploma dulu aku 'forever alone', tapi kali ni ade roommate merangkap classmate pun kira orait la kan! *wink*

So far, aku happy dekat sini. Staff-staff dia, masyaAllah baik sangat-sangat... Peramah... Asal terserempak je mesti tegur dan memberikan senyuman yang manis... Barulah semangat nak datang kerja hari-hari macam ni! Ecececeh...

Masa first day masuk tu, kitorang belum dapat kerja lagi. Duduk lepak-lepak sambil baca buku tentang Design, Advertising & packaging dekat library MRM. Kat sini banyak sangat buku berkaitan dengan design. Dah berapa banyak buku aku dah khatam. Masalahnya buku yang beli banyak-banyak kat Basheer dan Book Excess pun tak abis baca lagi... kui...kui..kui... Disebabkan kitorang tak bawak notebook masing-masing, itu jelah kerja kitorang satu hari. Sumpah esok bawak laptop!

Bila dah masuk second day, barulah tak boring sebab dah bawak notebook. Kebetulan pulak hari tu dapat job pertama dan kedua, iaitu design Poster & Brochure untuk MRM... Memang terbaik! Dah tak boleh nak enjoy-enjoy sangat. Perlulah menjadi pekerja berdedikasi... Mestilah dedikasi, datang kerja pun awal. Staff lain tak sampai lagi kitorang dah sampai dulu. Tapi semestinya kakak yang jaga bahagian admin sampai dulu dari kitorang. Kalau tak, tak dapatlah kitorang masuk office! huhuh...

Hari ni pulak ada pelawat dari Maktab Perguruan Perlis datang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh MRM. Yang bestnya, aku berpeluang menggunakan Wacom Cintiq! Gila canggih... Sebelum ni aku biasa pakai Wacom Tablet je... Teruja uolls! Hahah...


Ini Chot... Dia paling excited...


Nampak tak buku yang berlambak kat depan nuu...


Kenapa tembam sangat ko ni? Muke tengah menahan excited tu...


Lukisan yang berjaya dilukis...

First time lukis pakai Wacom Cintiq ni memang ketaq tangan... Tak biasa lagi, sebab lain sikit daripada guna tablet. Dapat merasa pun dah syukur Alhamdulillah... By the way, kalau nak tengok hasil lukisan aku pakai Wacom Tablet boleh tengok dekat blog KURONEKO... *wink*

Nampaknya tu sajelah yang dapat aku kongsikan... InsyaAllah next time aku akan update lagi. Harapan aku di MRM ni ialah nak dapatkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang menjalani praktikal selama 3 bulan... Semoga 3 bulan disini tak sia-sia... InsyaAllah...

*Ada ketikanya bila tengah kat opis ni teringat kat officemates praktikal masa diploma dulu di BERNAMA. En Farhan (Supervisor), Kak Nina, Kak Mid, Kak Am, Abang Wandy, En. Dun, En. Fariz dan lain-lain... Mash rindu kalian! ;)




P/s : MRM vs M2M... Jangan buat aku teringat!

6 comments:

  1. awak sangat kretip, lefthanded rpenye mashi ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... tp, jgn salah fhm... sy bkn lefthanded, tu Nash yg penyanyi tu... sy right-handed. gambar tu sbb pakai webcam so jd songsang mcm cermin...ekekek...

      Delete
  2. ler, tak tau plak kalau pakai webcam jadi mirror image....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... entah le.. pakai webcam macbook mmg jd camtu agknye.. nanti nak try setting.. :D

      Delete
  3. Perghh..power..power..teruskan mengilap bakat yang terpendam tu. Jangan pendam buat pekasam. :P

    ReplyDelete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...