About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

14 April 2012

Dendam kesumat


Dah lama aku pendam perasaan ini,
Baru sekarang aku nak luahkan segalanya,
Supaya semua orang tahu siapa kau sebenarnya!
Perasaan aku dah mula memberontak,
Memang aku bengang dengan sikap kau!

Kenapa kau selalu mengganggu hidup aku?
Sampai mak aku pun ko nak ganggu?
Kau rasa dah bagus sangat ke kau tu?
Membuatkan aku benci padamu!

Kalau macamnilah perangai kau,
Siapa-siapa pun akan benci kat kau!
Sentiasa menghantui hidup aku...
Sehingga mengganggu tidur ku!

Tak pernah ke kau rasa penat?
Sikap kau yang selalu menggugat?
Sanggup kau meninggalkan kesan luka
Membuatkan diri aku terseksa.

Apa kau tak punya hati dan perasaan?
Mujurlah kau juga makhluk Tuhan.
Kalau tidak dah lama aku bagi tumbukan
Biar kau tahu apa aku rasakan.

Seriously, kau dah melampau
Siap bawak kaum kerabat dan mak kau,
Kalau macamnila peel kau
Sampai 7 keturunan aku takkan maafkan kau!

Suara kau yang membingit
Telinga aku jadi sakit
Jangan kau sakiti aku lagi
Kalau tak kau akan mati!



Aku bunuh kau sampai pengsan... NYAMUK!!!!!! Amik kau makan Ridsect!



P/s: Hanya 10 minit, anda mampu lakukannya! Cegah sebelum terlambat! Nyamuk Aedes pembunuh! Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia... ^^


2 comments:

  1. haha lawak la mash... igt kan apa td rupanya nyamuk...

    btw, cantik blog baru.. blog kucing hitam ada lg ke x eh?

    p/s: jgn lupe follow blog saya di http://nullblade.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... blog si itam dah xde... btw, sape ni? sila perkenalkan diri anda... huhu... sorry, x familiar plak...

      Delete

Pecah Kaca Retak Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Kata-kata melambangkan peribadi,
Komen ikhlas anda amatlah dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...