About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

19 August 2013

You'll be missed dearly...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Pada hari Jumaat petang yang lalu (16 Ogos 2013), Warga Unisel telah dikejutkan dengan pemergian bekas pelajar yang bernama Nadia Syazwani Zahari ke rahmatullah. Yep, aku yang mengetahuinya turut terkejut... Sungguh tak disangka-sangka. Nadia Zahari yang aku kenal sejak 3 tahun lalu, ketika kami sama-sama mendaftrakan diri di Unisel. Ketika itu arwah merupakan pelajar baru, aku pula sambung dari diploma. Kami duduk bersebelahan ketika menunggu giliran mendaftar. Dari situlah kami kenal, sehinggalah Jumaat lalu.

Walaupun aku tidaklah serapat teman-tema arwah yang lain, tapi aku tetap terasa kehilangan. Kerana kami pernah berada dalam satu kelas yang sama untuk subjek Web Design, dan apabila berjumpa di fakulti pasti kami akan bersalaman dan berpelukan. Semasa hayatnya, arwah merupakan kawan yang sangat baik budi pekerti dan sentiasa mengukir senyuman. Wajahnya yang kelihatan seperti cina memang sejuk mata memandang. Kehilangan arwah sungguh terkesan di kalangan fakulti FSSR, kerana arwah sangat berbakat dalam bidang grafik, dan juga terkenal dalam bidang photography. 

Dan yang pasti, pemergiannya membuatkan kita tersedar dan menginsafi diri, betapa kerdilnya kita disisi Allah S.W.T... Begitu juga aku... Terasa hidup kita sungguh singkat. Arwah Nadia pergi meningalkan ilmu-ilmu yang bermanfaat... Jom Solat adalah usaha arwah untuk mendidik kita supaya memahami maksud bacaan dalam solat... Terima kasih Nadia diatas keperihatinan dan perkongsian. 

Mash berharap Arwah Nadia Zahari bahagia kerana ramai orang yang mendoakan kesejateraannya disana... Insha Allah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada didalam kalangan orang-orang yang mendapat khusnul khotimah... Amiin...

Terima kasih sebab menjadi inspirasi kepada semua yang mengenali dan diriku sendiri. Syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk mengenali arwah. Personality yang indah milik Nad akan dikenang oleh kami... You'll be missed dearly... Insha Allah...

Kami sepatutnya akan berkonvo bersama pada bulan Oktober ini... Dan paling menyedihkan, arwah akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober ini juga... Aku harap Tunang arwah tabah mengharungi dugaan Allah... We love you, but Allah loves you more... :')


Petikan ayat Al-Fatihah dari Jom Solat















Nota : Seronok ber'wechat' dengan Arwah tempoh hari... Wechat pertama dan terakhir daripada Arwah Nadia Zahari (1988 - 2013)... Insha Allah, aku akan cuba mengikut jejak arwah untuk berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Amiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...